BTC USD 60,602.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mufti Perlis dapat jenglot

tgk kotak kayu mcm yg budak poslaju aritu jumpa je

katanye tgh scan ada kotak ni bergerak2. dorg bukak jumpa jenglot
 
Beri jenglot kepada Mufti Perlis tidak patut berlaku – MB Perlis

Dr-Maza-681x454.jpg


KUALA LUMPUR – Pemberian hadiah berupa objek mistik dipercayai jenglot kepada Mufti Perlis oleh pihak-pihak tertentu tidak sepatutnya berlaku, kata Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.


Namun, jika perkara itu benar katanya, ia harus diselidiki. Sebenarnya saya pun tidak tahu mengenai perkara ini. Kalau itu benar-benar berlaku sepertimana yang dilapor di media sosial ia adalah sesuatu yang amat-amat dirasakan tidak sepatutnya berlaku. Saya harap berita ini tak betul,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkara itu dalam sidang media pada Majlis Mesra Kerajaan Negeri Perlis bersama Naza sempena Perlis Marathon 2017 di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Azlan yakin jika Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menerima objek tersebut ia mungkin diberi untuk tujuan dibuat kajian.

Beliau turut menolak kemungkinan objek itu diberi untuk tujuan yang tidak baik.

“Saya lebih mempercayai ia mahu dibuat kajian dan sebagainya.

“Kalau untuk tujuan yang buruk ia tidak diberikan secara berdepan seperti itu,” ujarnya.

Mohd. Asri kembali menjadi tumpuan netizen apabila memuat naik status di Facebook rasminya memberitahu beliau menerima objek mistik berbentuk anak patung kecil bertaring dan berambut panjang dipercayai jenglot.

Objek tersebut yang dikaitkan dengan ilmu hitam diterima Mohd. Asri beberapa hari lalu.

Mohd. Asri turut menyatakan mengenai makhluk berkenaan yang mempunyai pelbagai cerita aneh selain mengaitkannya dengan perkara-perkara melibatkan sihir.


http://malaysiagazette.com/v2/blog/...a-mufti-perlis-tidak-patut-berlaku-mb-perlis/
 
Mujur dia bagi kat Ulamak..

Kalau bagi kat aku mau tak tidur malam risau..

Ilmu x cukup mana
 
teknologi dah canggih. pelik kenapa bende2 ni tak da yang mengkaji.

paper dari universiti sains malaysia tentang jenglot tu kalau ada boleh share.

nak tahu apa method kajian dia, dan apa penemuan dia.
 
Apa motif orang beli, kumpul dan simpan jenglot ni.

Bukannya boleh buat duit macam toyol.
 
tengok jenglot terbayang rockers kental tgh goreng2 gitar kno karan bzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzt

hangus tebako htam golap, pastu mati kecut & jadi jenglot

muahahahaaahhaha
 
dlu ada pameran hantu kt s.alam. bnd ni ada skali. uncle seeker pn ada buat kajian masuk lab bagai..hidup lg tak blog uncle seeker tu google senddi tgok.
 
Back
Top
Log in Register