BTC USD 84,018.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

mufti perlis bapak setan!!! wakakakaka

Nie aku petik daripada harakah daily :)

Tulisan Mufti Perlis 'tamparan' kepada PM dan Umno

Tulisan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam akhbar arus perdana ahad lalu yang bertajuk "Wahai Pemimpin! Kemewahan Dirimu Bukanlah Kehebatanmu" disifatkan sebagai tulisan yang memberi tamparan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan pemimpin Umno.

Tulisan ini adalah satu tamparan yang hebat terhadap sikap pemimpin Umno yang sering menjadikan kedudukan mereka dalam Umno dan kerajaan sebagai peluang untuk menambahkan harta walaupun dengan cara 'mencuri' harta negara, kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Herman Shamsudeen.

Sikap ini jauh sekali dengan apa yang ditunjukkan oleh pemimpin Islam yang sejati iaitu Khalifah Umar Abd Aziz, katanya.

Kehidupan Khalifah Umar begitu jauh berbeza dengan gaya hidup pemimpin Umno, ujarnya dalam satu komentarnya hari ini.

Baju Khalifah Umar jauh lebih murah jika dibandingkan dengan jam tangan pemimpin Umno, katanya.

Makanan Khalifah Umar juga jauh lebih sederhana berbanding dengan pemimpin Umno yang sering makan di hotel-hotel bertaraf lima bintang yang mewah, katanya.

Jika dibaca riwayat Khalifah agung ini, beliau tidak memiliki begitu banyak rumah sebagaimana yang dimiliki oleh pemimpin Umno, katanya.

Selain itu, semua bil dan perbelanjaan mereka termasuklah untuk urusan peribadi dibayar menggunakan duit negara, dan ia berbeza dengan khalifah Umar yang mematikan pelita milik negara bila anaknya ingin bicara soal keluarga dengannya, katanya.

Antara petikan menarik dalam tulisan Asri ialah :

Hari ini, banyak sukatan dan ukuran telah berubah. Ramai manusia yang tidak memiliki idealisma atau karisma kepimpinan muncul menjadi pemimpin hanya kerana hartanya, atau kem politiknya yang telah berjaya, lalu dia pun dibakulkan sekali. Apabila seseorang naik dalam politik kerana hasil umpan hartanya semata, tentu dia inginkan pulangan modalnya.

Maka rasuah dan politik wang akan berluas-luasa. Jika dia naik dalam politik kerana ketajaman idealisma dan karismanya, maka sudah pasti dia ingin membuktikan kemampuan pemikiran yang bernas itu untuk dimanfaatkan masyarakat.

Maka rakyat mendapat pulangan faedah yang besar dari pemimpin yang berwibawa dan berkarisma, tetapi akan terpaksa membayar harga yang tinggi terhadap pemimpin yang diangkat kerena umpan hartanya.

Maka akhirnya nanti, golongan Ruwaibidah akan menguasai masyarakat. Al-Ruwaibidoh adalah satu istilah yang diguna pakai oleh Nabi s.a.w. untuk menggambarkan satu golongan yang akan muncul menjelang kiamat. Mereka adalah kelompok yang tidak berkualiti tetapi ingin berbicara persoalan besar.

Sabda baginda: 'Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh.

Para sahabat bertanya: "Siapakah al-Ruwaibidoh?" Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai)." Hadith ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya'la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih.dan ini disetujui oleh Al-Zahabi.

Maka menjadi tanggungjawab rakyat dan kepimpinan negara memastikan setiap tokoh yang akan dilantik adalah kerana kewibawaannya.

Karisma atau kewibawaan itu dirujuk kepada dua persoalan asas; pertama; persoalan pegangannya kepada agama secara menepati al-Quran dan Sunah.

Ini kerana kemuliaan umat ini mempunyai kaitan yang tidak boleh dipisah dengan penghayatan seseorang terhadap ajaran Allah dan RasulNya. Kedua; kemampuannya dalam memegang amanah kepimpinan dalam ertikata mampu memimpin umat ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat.

Bukan semestinya lebai atau ustaz, tetapi iltizam dan keupayaan. Bukan kemewahan hartanya, atau lebar serbannya, tetapi kewibawaannya. Firman Allah: (maksudnya) "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu." (Surah an-Nisa' ayat 58).

Amatlah dukacita bagi sebuah masyarakat yang apabila disebut perkataan pemimpin politik lalu terus terbayang dalam pemikiran kebanyakan orang tentang limpahan hartanya dan gaya mewahnya, bukan ketajaman mindanya atau keprihatinannya kepada rakyat. Sebenarnya, kita pun suka pemimpin yang kaya berharta, jika itu semua membolehkannya membantu rakyat khususnya kaum muslimin.

Namun hendaklah kekayaan adalah hasil dari titik peluhnya sendiri atau usahanya yang tidak mencemarkan kepentingan harta rakyat. Jika itu dapat dilakukan, dia bukan sahaja memimpin idea yang baik, juga penderma yang membawa kebaikan untuk rakyatnya. Kekayaan pemimpin mesti untuk manfaat rakyat.

Maka dengan itu dia dipilih di samping kewibawaannya juga kerana kesudiannya menghulurkan bantuan, bukan membisneskan harta rakyat. Dalam Musannaf Abi Syaibah juga meriwayatkan surat Amirul Mukminin 'Umar bin al-Khattab r.a. kepada gabenornya Abu Musa al-Asy'ari r.a., antara isinya:

"Sesungguhnya pemimpin yang paling bahagia ialah mereka yang menyebabkan rakyatnya bahagia, dan pemimpin yang paling celaka ialah yang menyebabkan rakyatnya celaka. Jaga-jaga engkau jangan bermewah-mewahan, nanti pegawai-pegawaimu juga akan bermewah-mewahan". (8/147)

Maka seorang pemimpin itu mestilah mempunyai penasihat-penasihat yang baik. Mereka menasihatinya dengan jujur, dan hendaklah selalu dia berkata "berikan pendapat yang ikhlas lagi diredhai Allah kepada saya" Sabda Nabi s.a.w.: "Tidak dilantik seorang khalifah melainkan akan ada baginya dua bitanah (penasihat yang rapat).

(Pertama) Bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kebaikan serta menggalakkannya. (Kedua) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kejahatan serta menggalakkannya. Hanya selamat ialah sesiapa yang selamatkan ALLAH. (Riwayat al-Bukhari dan al-Nasai).

Semua pemimpin hendaklah memastikan perdampingan dengan penasihatan yang baik itu benar-benar dihayati dalam kepimpinannya. Inilah jalan selamat setiap kepimpinan.Umara jujur hendaklah selalu bersama para ulama yang ikhlas.

Keikhlasan para ulama menyuburkan keadilan pemerintah. Maka haram dan khianatlah ulama jika mereka mengampu sehingga pemimpin terbuai nyenyak dalam kesalahan.
 
aper ni bro, cakap jgn ikut emosi.. kenapa ramai geng pembangkang mcm ni haa?? aku pun x suke BN, tapi takder la nak kutuk mufti sampai mcm ni sekali... jangan sokong membabi buta.. walaupun kita x suka BN tak semestinya semua pembangkang cakap betul.. pikir dulu beb, kata nak jadi pengundi bijak..

laa...emosi apanya...kutuk apanya.. jiwa ko tu terlalu lembut kot. kena kata camtu pun dah nampak kutuk ke ?

kalau nak berpolitik , jiwa kena kental... dah memang ustaz asri ni mata duitan. dia keluar dari Pas sebab boleh duit , ada kedudukan dan pangkat . shahidan kasi..
simple jer bro , Islam kata aurat wanita tu adalah termasuk rambut. dan aurat wajib ditutup..tapi berapa ramai ulama dan ustaz dlm Umno boleh mentarbiyah wanita2 Umno agar cenderung utk menutup aurat. so kat sini leh lah nampak , kesan atau pun tak ada utz dlm umno ni...

bukan takat nak meraih sokongan saja , buh pi lah ustaz. cuba tgk firdaus ngan mashitah , apa jadi ?....

dikatakan dlm senarai calon pun dah takde ?

so back to the point , ada rasional ust. badrul amin mengatakan dia begitu.

sebab salah satu ciri2 syitan ialah munafik.

p.s : secara jujur aku tak lihat pun ko ni atas pagar bro.... tapi kecenderungan utk mempertahankan Ustaz dalam Umno ni aku nampak lah...
 
hmmm..kan dah kata , kalau sentuh bab agama ni , pusing2 alih2 akan kena gak batang hidung umno ni...

sebab apa ? , sebab byk perkara buruk yg diperkatakan dalam Quran memang kena ngan Umno pun....

pening jenuh kepala ustaz nak cari potongan ayat atau nas utk menunjukkan Umno tu bagus dan menentang mereka tu berdosa kononnya...

tapi alih2 pusing2 , pun kena gak...hehehe...

Nak cuci dari dalam ? ...silap lah , last2 yang bersih sikit terpalit kena kotornya...habis ustaz ada cara baguih ka bagi mereka2 ni yg tak tutp aurat , tak beramal ibadat ni ikut apa yg ustaz ajar....tanpa perlu berkeras dgn mereka ?

...bagaimana ?..berapa ramaikah yg telah berjaya ustaz pulihkan ?

tgk tajuk thread ni pun dah haru .... dalam tajuk siap ada gelak .." wakakaka" apa kebendanya ni ?... ingat ini bab agama lawak jenaka ka ? :D

pemimpin islam yang tidak mahu
menegakkan undang2 islam dan rukun
islam boleh jatuh kafir,zalim dan
fasik.
rujuk surah Al-maidah

Nota : sila sampaikan kata2 saya ini kpd Ustaz Asri. Buktikan kpd saya bahawa kerajaan malaysia ini tidak menolak Islam sebagai hukum utk digunapakai...

kalau ini pun kamu gagal , bolehlah berkira2 utk meletak jawatan sebagai mufti. boleh kalih tukaq jadi businessman !
 
Last edited:
Segala tindakan Ust. Asri akan diperkuatkan dengan hadis dan sunnah nabi, bukannya fatwa keluar atas pendapat peribadi beliau. Perlis mmg berbeza dengan negeri2 lain sebab tidak mengamalkan mazhab shafie, Perlis mengamalkan ajaran sunnah wal jammah. jangan keliru sekiranya anda datang ke perlis dan mendapati ada sedikit perbezaan dalam ibadat, sebab perlis menolak perkara-perkara bidaah.

Cth :-
1. Membaca talkin semasa urusan pengkebumian <-- Tiada hadis sahih mengatakan nabi turut berbuat demikian.
2. Azan jumaat sekali sahaja, begitulah juga semasa zaman nabi
3. kenduri kendara majlis kematian akan menyusahkan keluarga si mati

Inilah antara sebahagiannya...
heheheh..itu la nama fahaman wahabi....satu fahaman yg tak diterima oleh sunnah wal jamaah
 
Aku x heran apabila UMAT ISLAM bercakaran ... ulamak ni kata si anu tu kapir ..ulama tu kat ulama tu setan.... memang ni perangai Umat Islam (konon) sekarang sejak Nabi wafat.... sampai penggal memengal kepala bunuh membunuh cucu nabi pasal politik !! ..... x serik2 .... memang inikah perangai Umat Islam?

:-?

Ahli UMNO
 
laa...emosi apanya...kutuk apanya.. jiwa ko tu terlalu lembut kot. kena kata camtu pun dah nampak kutuk ke ?

kalau nak berpolitik , jiwa kena kental... dah memang ustaz asri ni mata duitan. dia keluar dari Pas sebab boleh duit , ada kedudukan dan pangkat . shahidan kasi..
simple jer bro , Islam kata aurat wanita tu adalah termasuk rambut. dan aurat wajib ditutup..tapi berapa ramai ulama dan ustaz dlm Umno boleh mentarbiyah wanita2 Umno agar cenderung utk menutup aurat. so kat sini leh lah nampak , kesan atau pun tak ada utz dlm umno ni...

bukan takat nak meraih sokongan saja , buh pi lah ustaz. cuba tgk firdaus ngan mashitah , apa jadi ?....

dikatakan dlm senarai calon pun dah takde ?

so back to the point , ada rasional ust. badrul amin mengatakan dia begitu.

sebab salah satu ciri2 syitan ialah munafik.

p.s : secara jujur aku tak lihat pun ko ni atas pagar bro.... tapi kecenderungan utk mempertahankan Ustaz dalam Umno ni aku nampak lah...

bukan pertahankan mufti perlis ni, tapi ko sedar tak percakapan ko tu?? ko ader x bukti kukuh mufti ni keluar pas, ko ader bukti ker dia ni mata duitan.. orang mcm ko ni la buatkan rakyat malaysia x suke dgn pembangkang, cakap tanpa usul periksa. tau tak apsal rakyat malaysia suke anwar?? dia cakap betul, dia cakap base on fact.. tak membabi buta jer.. cakap guna otak la bro, jangan cakap macam budak sekolah form 3..
 
orang kata kat aku la
yang layak mengHUKUM tu Tuhan jer
kan?

yang ragu-ragu tinggalkan
tu la yg dorg ckp
 
Dari dulu lagi dah diberi peringatan kepada orang islam bahawa ada ulamak yang jahat....Allah pun ada bagitahu bahawa ada orang seperti binatang ternak.....;)
 
ok aku tak tahu la ustaz asri nie wahabi...
cuma aku rasa kesal apabila dia ada mengutuk kaum keluarga Rasulullah...

tapi itu hak masing masing punya ilmu...
kalau salah...dia patut bertaubat..

tak semestinya apa yang dia cakap tu betul..

jangan lupa ketika zaman Yazid Muawiyah ada banyak syed syed palsu yang telah dilantik oleh Yazid muawiyah untuk merosakkan pandangan orang Islam pada Rasulullah..

di malaysia pun ada syed yang bukan dari Golongan Syed..
contohnya banyak kat pulau pinang ler ...yang dikenali SYED JUMAAT...lahir hari jumaat diorang leh letak nama syed...

so ustaz asri jangan mudah kamu meletakkan kepandaian kamu seumpama orang lain tidak pandai di mata hati kamu

aku ada post nie pandai pandai ler korang bukak sendiri..
panjang sangat video nie..
bukak sendiri yerk

http://www.youtube.com/watch?v=0TyBYrTdCRk&feature=related
 
Back
Top
Log in Register