BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mufti Besar Mesir kutuk ISIL.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
KAHERAH - MESIR. Pihak berkuasa tertinggi hal ehwal agama Mesir mengutuk keganasan dilakukan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) dengan menyifatkan kumpulan terbabit sebagai organisasi pelampau yang mencemarkan imej Islam.

Ulama paling berpengaruh di Mesir, Mufti Shawqi Allam berkata, kewujudan kumpulan itu adalah ancaman utama umat Islam di seluruh dunia kerana melakukan pembunuhan kejam dan melakukan kerosakan terhadap harta benda awam dengan sewenang-wenangnya.

“Kami mengambil pendirian tegas dan berani untuk mengutuk kemunculan ISIL yang mahu merosakkan imej Islam,” katanya kepada Al Arabiya/Antara.

Sementara itu, Senator Amerika Syarikat (AS) John McCain berharap, kerjasama antara negaranya dengan Indonesia diharap berhasil.

“Kerjasama ini penting kerana Indonesia adalah sebuah negara yang mempunyai penduduk Muslim paling ramai di dunia. Kami bersedia bantu untuk menyekat propaganda yang cuba dilancarkan oleh anggota ISIL yang dipercayai wujud di Indonesia,” katanya.

Terdahulu, Indonesia giat meningkatkan pemburuan anggota ISIL di negara itu selepas Majlis Mujahidin Indonesia (MMI) dan Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengisytiharkan kumpulan terbabit sebagai pengganas.**

http://www.sinarharian.com.my/global/mufti-besar-mesir-kutuk-isil-1.307596#.U-wSR_79CSg.facebook


Askar ISIL membunuh penduduk Iraq dengan cara sangat kejam. - Foto: AFP.

image.jpg
 
Pintu sempadan Mesir Palestin kenape xnak bukak???
 
mufti ni jgk yg menolak hukuman mati ke atas ahli i.muslimin


09/08/2014
Mufti Mesir tolak hukuman mati

KAHERAH 8 Ogos - Mufti Besar Mesir, Shawqi Allam dilaporkan menolak cadangan hukuman mati yang dicadangkan ke atas Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Mohammed Badie (gambar) dan 13 lagi anggota pergerakan itu atas kesalahan membunuh dan keganasan.

Pihak mahkamah, semalam meminta pihak berkuasa tertinggi agama Mesir itu untuk mempertimbangkan semula dan menangguh perbicaraan yang dijangka menyokong atau mengetepikan hukuman asal ke atas kesemua defendan sehingga 30 Ogos ini.

Undang-undang Mesir mengkehendaki sebarang hukuman mati dirujuk kepada Mufti Besar, namun satu daripada tiga hakim dalam kes itu menyatakan bahawa 'siasatan dan bukti tidak cukup untuk melaksanakan hukuman mati'.

"Mufti tidak memberi sebarang pendapat agama, tetapi memberikan pandangan itu berdasarkan kepada bukti dan keterangan kes tersebut," kata hakim itu sebagaimana lapor ArabNews. - AGENSI



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Lua.../Mufti-Mesir-tolak-hukuman-mati#ixzz3AKWT9K7q
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
org awam beli senjata? xfaham aku.....

13/8/2014: GUN SALES have massively increased in Kurdish cities as people arm themselves against ISIS and genocide threat!
Bu5_Ib-IYAAYvbw.jpg
 
Aduhaii.. kejam betul bunuh cara macam tu..
 
Back
Top
Log in Register