BTC USD 84,448.2 Gold USD 4,130.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

~Mudahnya Marketing~

orait~~~ kita sambung perbincangan kita tentang marketing ni.

kepada mana2 bakal peniaga dan bakal usahawan yang taktaw nk start kat mana, nk meniaga apa, nak buat apa, haaa ni dya core dya. saya dah bentang dengan jelas di posting pertama.

jgn ingat eleh, benda2 alah ni semua orang taw. opppssss, itu adalah jalan kepada apa yang anda mahu berniaga. selidiki, selami, dan buat sedikit kajian terhadap diri sendiri, akhirnya, lakukan istikharah, insya-Allah.

pengeluaran, jualan, pasaran dan masyarakat. ni dek kerana saya serabut nengok ada dikalangan warga2 CG yang masih tercari2 perniagaan yang ingin diceburi tp duit dah berkepok2 dalam poket, (hehehe, kasi pusing sini bagus~~~)

ada soalan, modal 20K tp nk meniaga apa, nk meniaga apa, meniaga apa cepat untung, meniaga apa kurangnya risiko, tp bila ditanya, minat apa ? (minat tu dalam faktor pengeluaran, buat apa yang kita minat) haram taktaw lak dah minat apa, taw-taw, minat nak kaya. adess~~~

ok, nexttttttttt.....

perancangan strategik

dem, benda apa ni perancangan strategik?? perncangan strategik ialah proses merancang, membuat dan mengekalkan apa yang patut diantara objektif organisasi, sumber dan pasaran peluang yang dinamik. (hahahaha, apa definisi aku bagi nih??)

contoh, kita bukak satu kedai komputer, mungkin 10 tahun lepas kalau kita punya perancangan ialah untuk ajar budak2 pandai guna komputer, mmg laku dan laris. tp kalau la ni, kita dok nak bukak kedai komputer, nak ajar budak2 bg pandai komputer, sapa yang nk dok mai???

dulu, 10 tahun lepas, sungguh buleh buat duit, la ni?? kalau buat pesen ni gak, mmg tak boleh seduit la jawabnya, kena ubah perancangan strategik kita, dari ajar budak2 guna komputer ke bg budak2 main komputer (cyber cafe).[STRIKE]hehe, budak2 yang kita ajar dulu nuh, kita suruh depa main kat CC kit lak.[/STRIKE]contoh ja naaaa :D


sekarang kita akan masuk lak bab ~the heart of marketing~
  • product
  • price
  • promotion
  • place

tang sini pon ada yang dok fail jugak. adoi!!! takpa2, kita kupas satu2 mentara ada masa.

produk - nak juai benda apa kalau takdak produk kn, servis pon dikategorikan sebagai produk. cari produk yang elok dari segi kualiti.

harga - harga mestilah, wajib, sangat2 digalakkan, patut harga kompetitif, dan bukannya harga gila2 dan bukannya harga berubah2 dan bukannya harga ikut suka hati den la nk tarok harga berapa pon, den tauke (ethics of marketing) kawan2 oi. hari ni harga 350, lusa 100 saja, revert2 500, tup tap tup tap, 50 ringgit saja. kawan2 rapat 10ringgit. adesss!!! (where is your ethics in business)

tempat - mestilah ada tempat untuk berniaga. (dulu2 tempat ni dikategorikan kepada realiti) sekarang, tempat terbahagi kepada 3
  • brick and mortar
  • brick and click
  • pure click

brick and mortar tu, benar2 ada dalam realiti, ada kedai bagai

brick and click tu, ada kedai dan boleh order dalam internet

pure click tu, takdak kedai, ada dalam internet jugak

(dropshipping aku taktaw la nak dikategorikan sebagai apa, too much risks for less penny, hazy products, hazy place, hazy price. tried before, nama sendiri yang busuk kalau supplier buat silap)

promosi - bila dah ada barang, ada kedai, ada harga, ada planning. mesti kena ada promosi. takkan nak dok senyap ja, sapa nak taw. orang buat dosa, canang satu kampung, kita nak buat benda baik ikut sunnah awat tak canang satu dunia. selalu kalau kita buat pahala @ kebaikan pon kita dok canang2 (korang pahala, hehe) tp kalau bisness ni dah sunnah, kita lagi canang, lagi banyak pahala. tu pon penyegan, nak segan apa? benda baik, benda betul kita meniaga ikut sunnah. nnt kita sambung benda ni bagi panjang lebar.

stop dlu ya, nak ambik angin petang. nanti malam kita teruskan kepada membuat blue-print mcm ada sedara kita req semalam. :D
stay tuned:)cgrock
 
TT bleh x bg satu contoh/blueprint marketing online/offline yg berjaya/provenmethod?

klu ada contoh/casestudy lagila smangat kami nak blajag

ye dok?

maaf, ini hanya kerangka kepada marketing blueprint. bukannya existed blueprint. contoh2 akan diberikan berdasarkan case study giant companies. company kat malaysia susah sikit sebab belum matang. sungguh ada sesetengahnya yang sudah matang, tapi resources sikit sangat. nak buat research susah. maaf ea..

kita mulakan dengan misi perniagaan

sebelum berniaga, kita kena ada misi perniagaan. misi perniagaan ni secara teori, adalah tulang belakang perniagaan kita, driving forces kepada perniagaan kita esok ni. untuk kita mendapatkan misi perniagaan yang tepat, kita kena buat sedikit kajian berkaitan

  • manfaat yang dicari oleh pelanggan, bakal pelanggan dan orang ramai
  • kebolehan dan keadaan sekeliling

sebagai contoh, kita nak menjalankan perniagaan kita atas dasar apa, syarikat penerbangan kuwait, depa nak setiap pelanggan mendapat kualiti terbaik penerbangan dengan memberikan khidmat yang mesra, ramah, bangga dan menekankan kemewahan.

kita jangan letakkan mission statement kita dalam keadaan yang terlalu sempit atau terlalu luas. kena tepat2 dalam keadaan kebolehan kita dan apa yang orang mahu dan manfaat yang depa dapat dari perniagaan kita.

terlalu sempit = marketing myopia (perniagaan hanya semata2 untuk jual dan beli, kita bagi brang, orang ambik, sudah. xda sebarang kelebihan)

terlalu luas = tiada hala tuju

tepat2 = contoh BMW (bavarian motor works) menekankan aspek "sheer driving pleasure" dan kemewahan. bila orang beli saja kereta BMW, depa bukan sahaja mendapat kereta, tapi lambang kemewahan, kemegahan, kehebatan dan keseronokan pemanduan.

contoh, bila orang beli kat kedai topap kita, orang bukan sahaja dapat topap, tapi servis yang cepat, mesra dan memuaskan.

Objektif pemasaran

objektif pemasaran kita kena jelas. kenapa, mengapa kita buat pemasaran.
  • realisitk
  • boleh dinilai
  • masa yang spesifik
  • perbandingan

contohnya
bulan lepas(ogos), untung aku sebanyak 10K, bulan depan, selepas aku lakukan marketing sekian sekian sekian dalam bulan september, target aku pada bulan oktober ialah sebanyak 20K. untung sebenar hanya 18K

realistik = dari 10K kepada 20K
boleh dinilai = dalam jumlah ringgit
masa = target dalam 2 bulan lagi
perbandingan = kenapa tak capai target, kita kaji balik. mungkin ada sedikit kesilapan atau memerlukan improvement.


nilai kompetitif / competitive advantage

kita kena bina, buat, jadikan, create, satu competitive advantage dalam perniagaan kita untuk orang kenal kita. sebagai contoh, air asia, tambang murah. Hummer, kereta trak mewah. Alienware, laptop high spec gaming.

niche competitive advantage merupakan jalan termudah kepada kita semua dalam membina competitive advantage. contohnya, kita bukak kedai pomen kereta a.k.a car workshop. tapi apa kelebihan yang kita boleh buat. kita target dalam segmen yang kecil (niche). hanya repair kereta BMW. workshop BMWorld di KL, asalnya workshop kereta biasa, kereta kebanyakan, tapi dorang change the business, diverse the business to create competitive advantage in servicing BMW cars.

ataupon contohnya Z-tuning, niche market adalah kepada kereta2 sports car, tuning kereta, create kereta untuk race.


SWOT analysis

  • S = strength
  • W = weakness
  • O = opportunities
  • T = threat


kita membuat kajian dalam perniagaan kita, dan kebolehan kita. apa kekuatan yang ada pada perniagaan kita, kelemahan kita, peluang untuk kita kembangkan lagi perniagaan kita dan ancaman dalam perniagaan kita.

kekuatan kita, kita ada MADA untuk supply anak benih ikan keli, nasihat, modal dan sokongan

kelemahan kita, kita masih baru dalam dunia ikan keli, kurang pengalaman. mungkin ikan mati sebab faktor air dan sebagainya

peluang, kita mempunyai MEDEC untuk untuk tolong eksport ikan keli, kita ada CariGold forum untuk luaskan pasaran dan dapatkan pemborong

ancaman, ada orang kawan2 tak puas hati sebab kita dapat "lubang perniagaan", orang mai curi ikan, demand ikan keli jatuh.

(gunakan kaedah SWOT untuk create our competitive advantage)


Target market strategy (ini nantilah ea saya sambung, panjang) :D


akhirnya.....


pelaksanaan.... melaksanakan blue print kita dalam perniagaan.
(ini baru mukaddimah, jauh lagi untuk siap blue-print)

lepas kita melaksanakan blue-print ni, kita kena check dan monitor perniagaan kita dalam masa yang telah ditetapkan, beta stages @ test market @ lab test.

p/s ; kebanykan orang fail kat sini sebab ; objektif out-of-the-world yang pelik2 sangat dan tak realistik. marketing strategies yang tak betul. cara pelaksanaan yang tak betul dan tak ikut masa. perubahan dan perbezaan antara apa yang kita dah plan dan apa yang ktia lakukan.

p/s/s ; nanti kita sambung masa2 kritikal dalam business yang membuatkan ramai peniaga melayu tarik diri dan serik untuk meniaga.

:)paid
 
byknya info imp share..hrp dpt teruskan..

sbb sgt2 berguna bukan sahaja utk org yg baru nk meniaga..tp yg sdg meniaga dan masih mncri2 ilmu utk tmbh lagi pengetahuan dlm bidang ni..

rsanya hari tu imp ada sbut ttg buku2 marketing..tk igt kat thread mana,..klu sudi..blh bgtau tak kat mana blh dpt buku2 mcm tu..
 
byknya info imp share..hrp dpt teruskan..

sbb sgt2 berguna bukan sahaja utk org yg baru nk meniaga..tp yg sdg meniaga dan masih mncri2 ilmu utk tmbh lagi pengetahuan dlm bidang ni..

rsanya hari tu imp ada sbut ttg buku2 marketing..tk igt kat thread mana,..klu sudi..blh bgtau tak kat mana blh dpt buku2 mcm tu..

Harvard business school kat US (versi US, yang ni compliment dengan US economy)

Oxford business school, Oxford (versi international, yang ni compliment dengan Britain economy)

kalau cari, boleh jugak dapat kat business school malaysia, tapi susah sikit lah.

need translator and teacher though, can't rely solely on the books, as both of them didn't comply with malaysian economics and business perspective as well as explanations and examples.

kalau yang ada jual kebanyakannya, buku2 motivasi macam robert kiyosaki dan lain2 yang ada banyak kat kedai2, saranan, jgn beli yang tu semua. not detailed to make as business guidance. beli dekat business school. mmg lengkap A-Z, tp harga mahal banyak. (buku tebai macam bata)


p/s ; I took all the info from various sources (research, business schools, books, articles, sites, business magneto, interviews, persons and experience) and shrink them to the level of small enterprises, shares with intention solely to improve malays' business. :)cgrock

p/s/s ; ada sapa2 boleh tolong ajarkan saya online marketing?? nuffnagg ka twitter ka, apa2 ka, nak buat sites, etc etc. saya tak tahu la. hehehe.
 
kawan selalu dgr, baca dan review tapi apasai bila biz x berapa laku gak..
 
Harvard business school kat US (versi US, yang ni compliment dengan US economy)

Oxford business school, Oxford (versi international, yang ni compliment dengan Britain economy)

kalau cari, boleh jugak dapat kat business school malaysia, tapi susah sikit lah.

need translator and teacher though, can't rely solely on the books, as both of them didn't comply with malaysian economics and business perspective as well as explanations and examples.

kalau yang ada jual kebanyakannya, buku2 motivasi macam robert kiyosaki dan lain2 yang ada banyak kat kedai2, saranan, jgn beli yang tu semua. not detailed to make as business guidance. beli dekat business school. mmg lengkap A-Z, tp harga mahal banyak. (buku tebai macam bata)


p/s ; I took all the info from various sources (research, business schools, books, articles, sites, business magneto, interviews, persons and experience) and shrink them to the level of small enterprises, shares with intention solely to improve malays' business. :)cgrock

p/s/s ; ada sapa2 boleh tolong ajarkan saya online marketing?? nuffnagg ka twitter ka, apa2 ka, nak buat sites, etc etc. saya tak tahu la. hehehe.

Uit...??

TT, dah habis sharing pasal marketing?

Aku pun masih belajar lagi pasal bisnes online nih...

Masuk la forum Internet Business Discussion or Blogger!
 
kawan selalu dgr, baca dan review tapi apasai bila biz x berapa laku gak..

jeng jeng jeng... haaa, hari ni meh kita masuk bab sebab apa meniaga tapi tak laku ya.... :D


Uit...??

TT, dah habis sharing pasal marketing?

Aku pun masih belajar lagi pasal bisnes online nih...

Masuk la forum Internet Business Discussion or Blogger!

tak habes lagi, selagi misi belum tercapai. nak meluahkan ilmu yang terperap ni dan berhajat mengurangkan risiko peniaga bungkus dengan usaha yang tak seberapa ni.. :">
 
Back
Top
Log in Register