~BUSINESS AND PRODUCT LIFE CYCLE~
part yang paling genting dimana semua peniaga baru mesti tahu. (bukan tahu saja tapi kena adaptasi)
(klik untuk besarkan.[STRIKE]free-open to use by anyone[/STRIKE].)
Introductory stage
saya lebih suka cakap
red zone @ critical stage
introductory stage ni fasa yang paling digeruni oleh setiap peniaga dalam dunia bisnes tak kira oang tu lama atau baru.
kebanyakan peniaga baru yang nak mula berniaga tak tahu akan risiko introductory stage. fasa ni fasa yang paling susah la orang nak cakap dalam meniaga. sebab sini merupakan fasa rugi-rugi dan fasa tiada untung ataupun fasa cukup2 makan ataupun fasa peniaga nak bungkus dan putus asa dan kondem bisnes ni tak bawak keuntungan.
kenapa?? sebab apa?? mengapa??
fasa ni orang tak kenal kita
fasa ni fasa paling banyak duit
fasa paling tertekan
fasa yang tidak bwak keuntungan
fasa mengkusutkan
fasa yang paling banyak cabaran, kalau dalam islam, fasa ni yang mana orang teguh iman akan bertambah teguh
fasa 9/10 dugaan dalam perniagaan berlaku
fasa orang nak kapur
fasa paling banyak penipuan
fasa memerlukan kesabaran setinggi langit dan pengorbanan seluas lautan
fasa yang paling.... korang tmbah la sendiri yang teruk2 dan buruk2


disini permulaan, kita buat bisnes, duit dah habes berpuluh, ratusan ribu ringgit. tup2 meniaga sebulan, orang tak masuk kedai, tutup... reason, rugi. mmg la rugi, toksah la dok pertikai. time tu orang tak kenal kita lagi. taktaw pon kata kita bukak kedai. tak sedaq pon kata ada kedai kat situ
satu case study. kedai hardware cina. bertapak selama 6 bulan.
S ; tauke, kenapa hg dok bukak g kedai ni?? aku tengok pon takdak orang dok masuk pon kedai hg. hg buleh jadi noh meniaga takdak untung
t ; macam mana maw buat, adat bisness. kita bukak sampai orang kenai, sampai orang taw kata kita meniaga. baru nak mula, biasa la. u pon aaa, kalau baru masuk sekolah, ada semua student kenal?? tadak maaa, biasa la tu, lama2 orang kenai you, orang berkawan la dengan you. sama la macam bisnes pon. baru 6 bulan. kawan i bukak 2 tahun baru untung. sekarang dah naik itu kereta besar.
s ; lama ooo hg tunggu noh tauke. tak takot rugi ka?? nanti tunggu lama2 pon orang tak datang?
t ; apa maw takot. kita meniaga takdak kacau orang. kita buat iklan, lama2 orang kenai. sama macam jaga anak la. kecik2 mana dorang kasi orang tua makan. lama2 dorang dah besar, kerja elok2 dorang bagi la orang tu makan. macam bisnes la, baru nak mula, nak besar. nak tunggu anak besar 20 tahun. bisnes tunggu baru 2 tahun pon banyak kecoh, macam mana maw bisnes.
so, moral of the story, kalau takat meniaga sebulan dua, katop, toksah dok meniaga la. jaga anak, tunggu anak besaq pon 20 tahun baru kerja, tu pon kerja. takkan bisnes nak tunggu 2 tahun pon jerih kot. rilex2 sudah~~
time ni kita keluar duit nak marketing, promoting, beli barang, tambat banner, buat iklan, belajar, tambah pengalaman, ambil hati masyarakat dan pelanggan. alaaah, time ni saja kita mesti dok congak memanjang punya, aku rugi, aku rugi. dah mulut tu kesudanya sebut rugi macam mana nak untung.
positif2. takpa2, hari ni xdak pelanggan, esok mesti ada. aku mesti cari. haaa, mcam tu. use leverage and catalyst to bring our business to another stage.
part sini, kita kena banyak lakukan advertising dan promoting. canang satu dunia pon takpa. tak kisah. facebook, banner, forum, blog, tempek kat kereta, fliers dan sebagainya (banyak duit hg nak buat semua ni) nak buat macam mana, cakap nak meniaga, adat la rugi dulu. kena masukkan semua benda dalam ni. senang cakap, be aggresive on the front-line
peniaga melayu kebanyakannya hanya congak dalam pengiraan produk semata2 tanpa aspek marketing. marketing punya cost ialah 50%-80% cost satu produk. believe it or not. sebab tu pengiraan dalam business school harvard, must double your capital after all gross capital.
contoh, nak bukak kedai hardware, kos sewa, api, renovate, barang2 semua katakan 60K. kita kena double cost tu. jadi 120K
120K untuk perjalanan selama 6 bulan sahaja. untuk gaji pekerja, kos sewa, elektrik dll, dan juga kos
marketing.
next,
Growth stage
zon selamat dan selesa dan beriang ria dan yak-yak yeaaaa~~
kita sudah untung~~~ sudah untung~~~
ya, time ni la banyak peniaga sudah gembira sebab dapat balik modal, paling kurang pon, untung masuk bulan2 lepas tolak variable and fix costs while products are turnover in good shape.
saya percaya, segelintir sahaja yang mampu capai tahap ni.

takpa2, kita lepas ni dah taw, kita usaha bagi capai disni. toksah la dok berangan nak kaya juta2 kalau tak sampai pon tahap ni. tahap ni tahap kita boleh expand business kita.
beware!!! sediakan simpanan untuk masa mendatang.
Maturity stage
sini perniagaan kita ada kat top. paling atas. time tu tengah "boom" sebelum jatuh tergolek-dog. sebab tu saya kata kena ada simpanan. contoh, jus mate 5 keluaran HPM dr.rozmey.
jus mate 5 dah tak laku sebab dah ada kat maturity stage. ramai orang dah kenai dan tak laku~~~


(

((
dalam small enterprise, dinasihatkan supaya kita bukak cawangan baru. sebab mmg dalam kedai2 takdak declining stage. akan sentiasa maturity stage. tapi perlu berhati2 dan sentiada up-to-date dengan promosi dan agenda2. (lebih penerangan next entry)
stage ni kita kena lebihkan tabungan dan buat paperwork baru untuk menghadapi stage seterusnya
Declining stage
time ni business nak jatuh sebab barang dah tak laku. time ni la dr.rozmey introduce jus2 dan produk2 yang lain yang terbaru. sebab nak maintain growth stage, idaknya pakai rugi la HPM.
time ni kita nak bawak keluar barang baru lepas barang lama dah outdated. contoh sony ericsson k750i, dah outdated, dorang bawak keluar w800i. benda sama, hardware sama cuma software beza. housing pon sama. adesss!!!! (lebih penerangan next entry)
sebab tu saya cakap kena spare duit time growth stage. banyak company yang dah ada memasuki maturity stage tp last2 sengap macam tu ja. sebab owner dah joli duit habes, dah tak mampu nak tanggung declining stage.
stage ni, kita kena repeat balik dari introductory stage tapi dengan lebih agresif.
jadi,
introductory - kena banyak sabar dan promosi. sediakan duit secukupnya sebelum berniaga
growth - beringat dan sentiasa menabung
maturity - bersedia menghadapi declining stage dan lebihkan tabungan. buat paperwork baru.
declining stage - keluarkan barangan baru dan tingkatkan promosi, bermula dari introductory stage
sekian~~

paid
sambung nanti lok. nak g ambik angin malam fikirkan idea business.

