BTC USD 84,448.2 Gold USD 4,130.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

~Mudahnya Marketing~

Sales seringkali dikaitkan dengan pemasaran...

Bagaimana kita memasarkan produk kita menentukan sales yang masuk...

Ada satu buku yang aku baca, core-messsage nya pasal imagination, tapi ada dikaitkan sekali pasal sales...

Katanya sales is a matter of situation!

Aku dah post artikel ni dalam blog aku, baca sini...

Tajuknya - CHAPTER 3 - Mental Pictures Can Help You Sell More Goods
 
aku tertarik dengan value added service tuh. korang penah tak pegi kedai kalo beli barang berat or banyak ada org tolong hantarkan sampai ke kereta?

aku buat! :)
 
Nak tanya la...

IMP wrote down pasal marketing nih saja2 nak share atau apa ya?


Bagi aku, wujud term baru untuk marketing nih, iaitu USP (Unique Selling Point...)

Cara berbisnes pada hari ini sememangnya tak sama dengan cara berbisnes zaman dulu... Kalau dulu, jual jer... Or, jual n then build up long-term relationship with customers so that they keep coming in over and over again n bring in new customers to our store...

Tapi hari ini?

Mana mungkin! Caranya, adakah pemasaran yang dilancarkan oleh satu2 organisasi tu mampu menambah-baik customernya, i mean added-value..


saja2 ja nak share. :)
sebab hasil dari kajian selama 2 tahun setengah, rata2 tengok ramai peniaga melayu tak berjaya nak melangkah kehadapan, setelah diamati, ternyata isu marketing management menjadi benda utama.

sebagai contoh, iklan di radio. sapa2 pernah tune radio suria.fm dan terdengar iklan produk MH MOHAMAD?

ada faktor repetition @ retaining factor. contoh iklan la, kicap sos tomato dah habeh belako dah ni, eh cepatnya habeh, tak kemana pon habeh, sekali dilungkuhnya puak puak dia tuh. kalau nak beli, toksah beli hok lain, beli hok MH mohammad. aloo ingat doh, eh eh cap gapo deh?? cap mh mohammad, mh mohammad. cap mh mohammad

ni contoh iklan terbaik dalam marketing, sebab repetition factor tu banyak, memangkin kepada retaining and positioning dalam fikiran mass audience.

ada iklan yang buat tak endah ja benda ni, as a result, kebanyakan mass audience tak ingat cap apa yang dok memekak kat radio ni??

USP or unique selling point ni banyak dah digunakan dari dulu lagi. tapi kalau dalam marketing, bnda ni dinamakan sebagai new marketing (new?? kalau dah berpuluh dan ratus tahun pon new gak ka?? hehe)

contoh, Taco Bell. kalau hampa pernah makan kat taco bell, apa kelebihan dorang?? elok2 ja kita mangket dari bangku, terus siap kemas meja, bila order, tak sampai 5 minit hidangan sampai. kalau tak sampai, makan free (benda ni pizza hut lak ciplak. pizza hut follower, taco bell first mover) (keunikan dorang ialah servis yang sangat cekap dan cepat)

McD, first yang buat McD ni sebab nak bg fastfood. sebab tu market Boom McD ni. (uniqueness is fast served food)

antara lain, FedEx or federal express. kita kenal fedex ni mcm mana?? hari hantar, esok or lusa sampai. laju ja dorang pos barang, siap ada insurans. (berbanding pos laju) ini dorang tekankan keunikan perniagaan dorang (speed) (fedex first mover, UPS follower)

Burger King (keunikan, daging burger kita beli timbang pakai kati)

air asia (harga tiket yang sangat murah, lg murah dari tiket bas ekspress)

senang macam ni, sebut ja tesco, satu malaysia taw harga mesti murah kaw kaw. (realiti sekarang, tag price ngan harga kat counter beza, pemuhong, dah kena byk kali)

ini semua factornya bring the business to another level a.k.a competitive edges. ni nanti saya bentang luas2 ya.

yang soalan last tu, kalau diikutkan 200 tahun lamapu zaman tok nadoq dok main guli tu, sungguh. hg nak beli beli, takmaw sudah. (opppsss sekarang pon ad jugak yg arrogant mcm tu) tp lepas ada marketing dari kajian, dah berubah. value-added, bring business to another level, competitive advantage, JIT, chained, JV, PT, outsourcing, semua ni sebab nak bertahan dalam fierce market.

contoh, cinapek sebelah bukak kedai topap, india sebelah bukak kedai topap jugak. kita pon nak bukak kedai topap. tp bagi keunikan dalam kedai topap kita. contoh, setiap kali topap, bagi sebijik gula2 hacks @ gunakan premium dan kupon, sekali topap RM10, dapat satu cop, cukup 5 kali topap RM10, bg diskaun 50sen, harga topap RM10 jadi RM9.50 saja. tu juga Unique selling point.

p/s : kawan2, start2 la buat UPS, value added, dan sebagainya
p/s/s ; contoh kedai topap amin bg gula2 hacks free tiap kali topap kedai dia. mesti orang kenal amin berbeza ngan kedai2 cinapek ngan india sebab dia bg cekelat free~~

maaf kalau penerangan tidak menjawab soalan. :">
 
Oh iya, lagi satu niche!

Aku lupa dengan niche!

Nak reach out complex community nowadays, it's better to break out that community to small niche!

Contoh, kita target nak jual produk pada ibu2 mengandung, maka, ibu mengandung ni ramai kat Malaysia, jadi kita pecahkan kepada niche iaitu ibu yang pertama kali mengandung (first-time pregnant-mother)...

Apa yang aku kongsikan nih ialah untuk bisnes online!

ada tuan, mmg marketing ada konsep niche. demographic factor, geographic, races, etc etc. even dalam promoting pon ada. contoh, nak buat iklan kecik2, letak dalam paper metro utara, nak lagi kecik?? sumbat dalam radio kedah.fm

tak puas hati?? nak kecik lagi?? gantung banner

nak kecik lagi?? pos la fliers dalam kawasan rumah kita
:D
 
TT bleh x bg satu contoh/blueprint marketing online/offline yg berjaya/provenmethod?

klu ada contoh/casestudy lagila smangat kami nak blajag

ye dok?

proven method ya tuan... erm... ada beberapa case study tapi.... saya rasa lebih baik tidak gunakan blueprint orang lain. bukan kata kena saman, dak. cumanya, proven method ni banyak and differ from one organization to another.

(maaf, saya kurang sikit dalam online, saya juga masih tercari2 dan belajar dalam dunia online, macam orang buat ja sekarang, teraba sana teraba sini... :"> maaf ya)

tapi kalau offline, insya-Allah. mmg semua proven method.

satu contoh, kenapa korang semua bila orang naik kereta FERRARI, semua kata ooohhh... kereta mewah~~~~

ada dalam marketing, sebab dorang habiskan berjuta juta juta dollar untuk marketing. time tu kereta haram tak keluaq g pon. marketing ja lebih, entah propa entah betol.

hanya untuk orang kaya2, design futuristik, more than 700horsepower on crank, equipped with 9litre v9 engine, parking kereta depan rumah orang kaya2 bagai, lifestyle sempoi, bunyi enjin menderum, carbon lagi kot atas, brembo kot bawah (aku tokok tambah ja ni), time ambik gambar tu lak sikit2 ja, edit2 bg nampak gambar tu kemas kalah guruh kat langit.

last2 bila sebut ja ferrari, semua orang cakap kereta mewah lah
(ini saya akan ketengahkan nanti)

boleh ja kalau kereta Gen2 buat mcm ni. takyah launch gen2 mcm sedia ada. try launch macam ferrari launch. sumpah 120 - 150K tak jatuh aih.
 
Sales seringkali dikaitkan dengan pemasaran...

Bagaimana kita memasarkan produk kita menentukan sales yang masuk...

Ada satu buku yang aku baca, core-messsage nya pasal imagination, tapi ada dikaitkan sekali pasal sales...

Katanya sales is a matter of situation!

Aku dah post artikel ni dalam blog aku, baca sini...

Tajuknya - CHAPTER 3 - Mental Pictures Can Help You Sell More Goods

benar tuan.

ini terkandung dlm 7 steps in marketing (handling prospects)
later on, with the 7. :)

p/s : lord sugar ckp mafhumnya "tak kisahlah kalau kamu jual barang kamu separa mati ataupun hanya satu transaction, apa yang penting kuantiti, kamu jual kepada 11 orang dan setiap orang hanya beli satu, tapi dia jual kepada seorang saja tapi sekali jualan 100 barang"

p/s/s : well said lord sugar. target for the bigger fish. semuanya terletak atas style kita.
 
saja2 ja nak share. :)
sebab hasil dari kajian selama 2 tahun setengah, rata2 tengok ramai peniaga melayu tak berjaya nak melangkah kehadapan, setelah diamati, ternyata isu marketing management menjadi benda utama.

maaf kalau penerangan tidak menjawab soalan. :">

Kajian 2 tahun setengah? Ambik ijazah marketing ke TT?

Lagi satu, penerangan tu memang betul2 menjawab soalan tu...
 
value-added, bring business to another level, competitive advantage, JIT, chained, JV, PT, outsourcing, semua ni sebab nak bertahan dalam fierce market.

maaf kalau penerangan tidak menjawab soalan. :">

JIT n PT apa? Maksud panjangnya.... Cam pernah dengar JIT ni dulu...
 
Back
Top
Log in Register