TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,644
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,644
- Reaction score
- 38,262
- Points
- 2,836
Perniagaan merupakan mekanisma untuk manusia mendapatkan harta dan barangan yang diingini. Manusia adalah makhluk yang lemah dan saling memerlukan yang lain. Pensyariatan perniagaan ini adalah bagi memenuhi fitrah semulajadi manusia. Melalui perniagaan ini, manusia boleh memenuhi keperluan dan tuntutan individu, masyarakat dan negara.
MAKSUD PRODUK NAJIS
Haram menjual NAJIS.
Telah berlaku Ijma’ dikalangan fuqaha tentang haramnya sebarang bentuk perniagaan barangan yang najis pada zatnya seperti arak, ****, anjing, bangkai dan seumpamanya. Islam mengharamkan sebarang bentuk perniagaan barangan najis ini kerana ianya boleh mendatangkan mudarat dan kerosakkan dimuka bumi.
عن جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ يَقُولُ سَمِعْت ُرَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ عَامَ الْفَتْح ِإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَرَسُولَهُ حَرَّمَ بَيْع َالْخَنَازِيرِ وَبَيْعَ الْمَيْتَةِ وَبَيْعَ الْخَمْر ِوَبَيْعَ الْأَصْنَامِ…
Maksudnya:
Dari Jabir bin Abdullahkatanya, ia telah mendengar Rasulullah SAW bersabda pada tahun pembukaan kota Mekah, "Sesungguhnya Allah SWT dan Rasulnya telah mengharamkan jual beli b.a.b.i, bangkai, arak dan patung berhala"