BTC USD 63,124.5 Gold USD 4,470.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mtex Langkawi Dibatalkan

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
LANGKAWI, 28 Jun (Bernama) -- Penganjuran Ekspo Pelancongan Malaysia (Mtex) 2011 yang dirancang oleh Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) untuk diadakan di sini mulai 25 hingga 28 Sept ini terpaksa dibatalkan berikutan faktor kewangan.

Pengerusi bersama Mtex Pishol Ishak berkata pembatalan itu dibuat kerana tidak mendapat kerjasama beberapa pihak seperti syarikat penerbangan yang mengenakan tambang tinggi kapada agensi-agensi pelancongan negara-negara yang mengambil bahagian, walaupun setelah beberapa rundingan dibuat.

"Selain itu, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) tidak dapat memberi bantuan dan kerjasama bagi menjayakan program ini. Pihak agensi itu tidak mempunyai bajet (peruntukan) untuk program ini," katanya kepada Bernama di sini Selasa.

Pishol, yang juga Pengerusi Matta Kedah, berkata Exco Matta yang bermesyuarat pada 25 Jun lepas di Kuala Lumpur membuat keputusan membatalkannya dan kemungkinan mengadakannya di Kuala Lumpur tahun depan.

Matta sebelum ini memilih Langkawi sebagai tuan rumah Mtex untuk tiga tahun berturut-turut mulai tahun ini, bagi memajukan industri pelancongan dan meningkatkan kehadiran pelancong ke pulau peranginan ini dan Malaysia.

Matta pernah dua kali mengadakan Mtex, yang pertama di Melaka pada April 2007 dan kemudian di Kuala Lumpur pada Mei 2008 dengan kedua-dua acara mendapat sambutan yang baik.
 
Back
Top
Log in Register