ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
MTEM
MAJLIS Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) akan menyerahkan memorandum mengenai status Sosio-ekonomi Bumiputera kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Mohd Nizam Mahshar berkata, memorandum tersebut diperoleh hasil daripada Sidang Meja Bulat berkenaan Laporan Status Sosio-Ekonomi Bumiputera.
Menurutnya, ia merangkumi empat topik yang terkandung di dalam laporan iaitu: pekerjaan dan gaji, keselamatan sosial, nilai tambah perniagaan dan analisis institusi.
"Pandangan dan input daripada ahli jemputan sidang meja bulat ini akan dikumpulkan di dalam sebuah memorandum yang akan diserahkan pada Sidang Kemuncak Ekonomi Melayu (SEM 2015).
"Hasil kajian MTEM/IDRIS ini telah dibentangkan kepada lebih kurang 100 ahli akademik, pembuat polisi, pemain industri, ahli NGO ekonomi dan pihak yang berkenaan di dalam sebuah sidang tertutup," katanya dalam sidang media selepas menghadiri sidang meja bulat MTEM, baru-baru ini.
Menurutnya, kajian menyeluruh dilakukan untuk memastikan pada tahap manakah kesediaan golongan Bumiputera khasnya komuniti Melayu dalam mengharungi cabaran negara yang berpendapatan tinggi kelak.
"Antara statistik yang diperolehi membuktikan komuniti Melayu masih lagi kekal berada dalam kumpulan pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan iaitu 30 peratus lebih rendah berbanding kumpulan etnik yang lain.
"Walaupun diberi kemudahan pelajaran, namun masih ramai anak Melayu yang menjalani pekerjaan berpendapatan rendah (low income jobs) dan ramai graduan Melayu juga masih menganggur walaupun berbekalkan segulung ijazah. Jadi di mana silapnya?," katanya.
MTEM menjemput orang ramai memeriahkan majlis ini dengan membuat pendaftaran di mtem.my/SEM2015. Tempat terhad dan pendaftaran dibuka sehingga Ahad, 14 Jun.
SEM 2015 bertemakan Status Ekonomi Melayu: Menuju Negara Berpendapatan Tinggi dan Pengenalan Laporan Status Sosio-Ekonomi Bumiputera akan diadakan pada 17 Jun di Kuala Lumpur Golf and Country Club.