BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MSM sasar hasil lebih baik

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

MSM akan meneroka pasaran asing tahun ini.


MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM) anak syarikat Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) menyasarkan untuk meraih peningkatan hasil lebih baik pada tahun ini berbanding RM2.2 bilion pada 2013.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM, Datuk Sheikh Awab Sheikh Abod berkata, hasil suku pertama 2014 bagaimanapun berkurang berbanding tempoh sama pada 2013 disebabkan pemansuhan subsidi gula oleh kerajaan (sebanyak 34 sen sekilogram melalui Belanjawan 2014) berkuat kuasa tahun ini.

Namun, beliau berkata MSM akan fokus untuk menguatkan pengurusan rantaian penawarannya.

“Untuk memudahkan pengeluaran, MSM akan mengoptimumkan kapasiti pengeluaran kerana ia membantu mengurangkan kos pengeluaran, meningkatkan daya saing serantau dan global serta mengimbangi kejatuhan potensi dalam permintaan domestik,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan MSM, di Kuala Lumpur, semalam.

Sheikh Awab berkata, untuk dua atau tiga tahun akan datang, MSM akan meneroka pasaran asing melalui pemerolehan atau pelaburan ke arah mencergaskan aktiviti huluan.

Pada masa ini, MSM sedang mengenal pasti empat atau lima syarikat di rantau Asia dan Afrika untuk mengadakan usaha sama kerana sasaran syarikat itu ialah menjadi sebagai pemain antarabangsa.

MSM turut menjangkakan kerjasama dengan Al-Khaleej International untuk membina kompleks kemudahan penapisan gula termasuk terminal kapal dan kompleks logistik di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor dianggarkan bernilai AS$250 juta (RM800 juta) hingga AS$270 juta (RM864 juta) akan dimeterai pada Julai atau Ogos depan.

Pembinaan kompleks tersebut yang menggunakan pembiayaan dalaman, dijangka siap menjelang 2016 serta mampu meningkatkan pengeluaran gula setiap tahun.

Kerjasama yang akan terbentuk itu memperlihatkan MSM mempunyai pegangan sebanyak 51 peratus manakala AKI sebanyak 49 peratus.
 
Back
Top
Log in Register