MSI Perkenal Ciri Console Mode - Siri Paparan Skrin Gaming Mereka

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
Pra-tempah tempatan untuk Sony PlayStation 5 telahpun bermula semalam, dimana ia merupakan konsol permainan video yang cukup berkuasa sekali, dan mampu menyokong permainan pada resolusi 4K. Akan tetapi, satu isu yang dihadapinya ialah ia tidak menyokong resolusi QHD ataupun 2560×1440, yang mana penggunaannya semakin meningkat khususnya dikalangan mereka yang gemar bemain permainan komputer.

MSI-Console-Mode-1.jpg
MSI, syarikat teknologi dari Taiwan kini telah menemui satu solusi untuk isu tersebut, dengan memperkenalkan Console Mode pada beberapa paparan terpilih mereka.

MSI-Monitors.jpg

Melalui Console Mode ini, paparan-paparan MSI boleh menerima isyarat 4K tanpa masalah dan menggunakannya pada resolusi QHD tanpa masalah. Lebih menarik lagi, ia menyokong isyarat HDR juga, yang meningkatkan mutu pengalaman bermain permainan di konsol-konsol ini.

Berikut adalah senarai paparan skrin MSI yang menyokong Console Mode ini:
  • MSI MPG Artymis 343CQR
  • MSI Optix MPG341CQR
  • MSI Optix MPG341CQRV
  • MSI Optix MAG342CQR
  • MSI Optix AG321CQR
  • MSI Prestige 321QR
  • MSI Optix MAG274QRF-QD
  • MSI Optix MAG274QRF
Sumber asal https://www.techpowerup.com/274574/msi-announces-console-mode-for-its-gaming-monitors
 
Top
Log in Register