Viere
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,579
- Joined
- Aug 8, 2008
- Messages
- 26,579
- Reaction score
- 179
- Points
- 123
KUALA LUMPUR 15 Ogos - Projek MY Rapid Transit (MRT) dan projek-projek lain di bawah projek permulaan (EPP) boleh merangsang permintaan domestik dan menjadi sandaran kepada pertumbuhan yang ingin dicapai Malaysia memandangkan ekonomi luaran semakin lemah, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
"Projek MRT ini merupakan salah satu projek yang memberi impak besar kepada ekonomi, sebagai satu projek yang mencetuskan pertumbuhan dalam bentuk permintaan domestik yang perlu kita tingkatkan memandangkan ekonomi luaran dijangka kian lemah pada setengah tahun ini dan pada tahun yang akan datang," kata Perdana Menteri.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian kepada Bernama apabila diminta mengulas jika projek berimpak besar seperti MRT boleh menjadi sandaran ekonomi jikalau krisis yang berlaku di Amerika Syarikat dan Eropah merudum.
Syarikat Prasarana Negara Bhd. (Prasarana) telah menyenarai pendek 28 syarikat individu dan usaha sama yang layak membida bagi pelbagai pakej kerja sivil bahagian atas, pembinaan stesen dan depot di bawah projek prasarana MRT yang bernilai berbilion ringgit.
Menurut Prasarana dalam satu kenyataan Khamis lepas, tender-tender itu terdiri daripada pakej kerja sivil bahagian atas (lapan pakej), stesen (lapan pakej) dan depot (dua pakej) akan ditawarkan secara berperingkat bermula bulan depan sehingga Disember 2012.
Sehingga hari ini, sejumlah 82 peratus daripada 65 inisiatif projek permulaan (EPP) dengan pelaburan RM170 bilion telah mula beroperasi dengan baki 18 peratus berada pada pelbagai peringkat kemajuan kerja.
Beliau yang melawat Bernama hari ini sempena program berbuka puasa Perdana Menteri bersama media yang dihoskan oleh agensi berita nasional itu di Wisma Bernama di sini berkata, jikalau ekonomi luaran jatuh sebanyak satu peratus, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara akan menguncup 0.4 peratus.
Kerajaan memperuntukkan RM212 bilion untuk Bajet 2011, di mana 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan pada 2010.
Pada suku pertama tahun ini, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia mencatatkan peningkatan sebanyak 4.6 peratus berbanding tahun sebelumnya