BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MPRC Perlu Memainkan Peranan Sebagai Agensi Peneraju Sektor OGSE - Akmal Nasrullah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

MPRC Perlu Memainkan Peranan Sebagai Agensi Peneraju Sektor OGSE - Akmal Nasrullah​

b56ab127d8a1005698f462db24dc14a36a2a9b040f819

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berucap pada sesi libat urus bersama media dan pemain industri di Seri Negara hari ini.
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) perlu memainkan peranan sebagai agensi peneraju sektor perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia bagi membina kapasiti syarikat, memperluas akses pasaran serta mengubah peluang di peringkat antarabangsa kepada hasil perniagaan yang berkesan.

Oleh itu, Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata MPRC boleh bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) serta Majlis Perkhidmatan Minyak dan Gas Malaysia bagi mengenal pasti, meneroka dan merealisasikan peluang pasaran luar negara bagi syarikat OGSE Malaysia secara lebih tersusun serta berkesan.

“Dalam konteks ini, kerajaan sedia memberikan sokongan dari sudut diplomasi hubungan dua hala bagi memudah cara akses perniagaan OGSE negara kepada syarikat dan kontraktor utama di rantau berkenaan,” katanya dalam Taklimat Krisis Bekalan Global di laman Facebook kementerian hari ini.

Dalam pada itu, Akmal Nasrullah memaklumkan bahawa mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini telah diberi taklimat oleh MPRC mengenai kekuatan Malaysia dalam industri OGSE.

Beliau berkata industri OGSE negara mencatatkan hasil sebanyak RM94.5 bilion bagi tahun kewangan 2024, dengan hasil eksport sebanyak RM23.0 bilion dan melibatkan 3,765 syarikat tempatan serta menyokong lebih 123,000 pekerjaan.

Selain itu, katanya, terdapat keperluan besar untuk membaik pulih dan membangunkan semula fasiliti minyak, gas serta petrokimia yang terjejas susulan konflik di Asia Barat.

Anggaran awal menunjukkan kos pembangunan semula boleh mencecah antara US$42 bilion hingga US$58 bilion, yang melibatkan 158 lapangan pengeluaran dan 21 loji pemprosesan.

Oleh itu, Akmal Nasrullah berkata MTEN mengambil maklum bahawa fasa pembangunan dan pembaikan semula kemudahan infrastruktur minyak serta gas di rantau Asia Barat kelak akan melibatkan kos yang tinggi, dianggarkan antara US$42 bilion hingga US$57 bilion.

“Ini berpotensi membuka ruang perolehan yang realistik bernilai sekitar US$1.5 bilion kepada syarikat-syarikat Malaysia dan bagi kerajaan, krisis bukan sahaja perlu diurus dari sudut risiko, tetapi juga dilihat dari sudut peluang untuk memperkukuh daya saing industri negara,” tambahnya.

 
Back
Top
Log in Register