Luqmanul Hakim
CG Top Poster Club

- Messages
- 23,318
- Joined
- Mar 17, 2010
- Messages
- 23,318
- Reaction score
- 4,848
- Points
- 196
MPK tak berniat usir
KLANG: Jumlah tunggakan sewa mencecah lebih RM100,000 yang gagal dibayar penyewa di Blok K, Rumah Pangsapuri, dekat Bukit Tinggi 1 di sini, menyebabkan Majlis Perbandaran Klang (MPK) bercadang menjualnya.
Pemangku Yang Dipertua MPK, Mohd Ikhsan Mukri berkata, sehingga kini 23 unit kediaman di kawasan itu kosong dan terbiar sejak 2006 menyebabkan MPK terpaksa menanggung peningkatan kos penyelenggaraan.
“Bukan itu saja, kita juga berdepan kegiatan vandalisme di blok itu menyebabkan banyak peralatan rosak.
“Sehubungan itu, kita memutuskan jalan terbaik mengatasi masalah itu ialah dengan menjual unit kediaman itu bagi mengelak MPK terus menanggung hutang,” katanya mengulas dakwaan penduduk mengenai notis dikeluarkan MPK baru-baru ini menggesa penduduk membeli rumah berkenaan yang disewa sejak 11 tahun lalu dengan harga RM60,000 seunit.
Dakwaan penduduk yang disiarkan Harian Metro pada 10 Julai lalu turut mendakwa mengarahkan mereka mengosongkan rumah selewat-lewatnya 27 Julai depan. Difahamkan, penduduk terbabit menyewa rumah berkenaan antara RM150 hingga RM250 sebulan.
Mohd Ikhsan berkata, MPK bukan berniat mengusir penduduk di situ, sebaliknya ingin memberi jaminan masa depan yang cerah melalui pemilikan kediaman bagi mereka yang berpendapatan bawah RM1,500.
“Lebih baik mereka bayar pinjaman bank kemudian dapat rumah, daripada mereka bayar sewa rumah tetapi rumah tidak menjadi milik mereka,” katanya. Menurutnya, penjualan unit kediaman di rumah pangsa itu perlu dilihat daripada sudut positif kerana MPK bertujuan memberi peluang kepada penyewa untuk memiliki kediaman sendiri.
Katanya, kebanyakan penghuni yang mengadakan bantahan tidak mengetahui dengan lebih lanjut kenapa MPK bertindak menjual unit kediaman di situ.
“Kita ada alasan yang kukuh dan saya percaya bantahan itu mempunyai agenda yang tertentu,” katanya. Daripada aset terbiar adalah lebih baik ia diurus dan hasilnya jadi duit rakyat dan ia juga untuk projek rakyat lain,” katanya.
sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MPKtakberniatusir/Article/index_html