BTC USD 61,989.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MPK ajak basmi pembuangan sampah haram

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Pemantau JPP MPK, Mohd Faizal Sharifuddin menjalankan pemantau sekitar Bukit Tinggi​

SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Klang (MPK) berjaya mengatasi masalah longgokan sampah di enam kawasan panas selepas melancarkan gerak kerja agresif secara dalaman dan pemantauan berkala serta penguatkuasaan berterusan.

Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yacob berkata, pihaknya berjaya menyelesaikan 483 aduan kutipan sampah dan 169 aduan longgokan sampah dalam tempoh empat bulan sehingga April.

"MPK melalui Jabatan Perkhidmatan Persekitaran (JPP) yang bertanggungjawab dalam pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam pula telah melakukan penambahbaikan dengan penyusunan semula 27 orang pemantau mengikut kawasan masing-masing di mana setiap pemantau bertanggungjawab memantau kerja-kerja kontraktor menjalankan tugasan dengan sempurna serta pada masa yang sana menyelesaikan aduan yang diterima.

"Lokasi yang terlibat diberi perhatian serius oleh MPK melalui pemantauan dan penguatkuasaan berterusan bagi memastikan masalah di kawasan berkenaan diselesaikan segera bagi mengelakkan situasi yang tidak menyenangkan kepada penduduk serta menjejaskan kehidupan seharian mereka," katanya dalam satu kenyataan.

Antara kawasan yang telah disenaraikan sebagai 'kawasan panas' (sampah longgok) ialah Jalan Kedah, Jalan Sungai Putus, Jalan Haji Osman, Kebun Nenas, Pulau Indah dan Johan Setia dan beberapa kawasan lain.

Dalam pada itu, MPK turut sentiasa memupuk kesedaran tentang nilai kebersihan dan keperluan mewujudkan satu persekitaran yang bersih di seluruh Klang dan menanam perasaan tanggungjawab awam di kalangan semua lapisan masyarakat.

"MPK mengajak masyarakat untuk bersama membasmi pembuangan sampah haram dan bertanggungjawab menjadikan Klang sebagai 'daerah bebas sampah' bagi mewujudkan persekitaran yang harmoni untuk didiami dan suasana yang kondusif serta sejahtera.

"Bagi tujuan itu,MPK mengalu-alukan sebarang aduan dan cadangan penduduk berkaitan kebersihan dan penduduk bolehlah menghubungi talian JPP MPK iaitu 0333724820 (am),0333748132 (aduan) dan talian bebas tol 1800 88 23826 atau nombor-nombor pemantau mengikut kawasan yang terlibat," katanya.
 
Back
Top
Log in Register