BTC USD 61,702.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MP PKR mungkin paling tadah?

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
Khabar angin kini bertiup kencang kononnya seorang pemimpin kanan PKR akan berpaling tadah dan menyertai sebuah parti lain yang mesra dengan Barisan Nasional.

Ahli parlimen dari Pulau Pinang itu juga dikatakan sudah mendapat persetujuan daripada ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lain untuk turut melompat. Dia juga didakwa sedang memikat beberapa ahli parlimen pembangkang yang lain lagi.

Rancangan mereka ialah menjadi ahli bebas sebelum menganggotai Parti Cinta Malaysia (PCM) yang baru ditubuhkan dan dipimpin oleh Tang Weng Chew.

Bulan lalu, ahli dewan undangan negeri PKR Gabriel Adit Demong menyertai parti baru yang berpangkalan di Pulau Pinang itu sebagai ketua Sarawaknya.

Mengikut sumber, pemimpin PKR itu telah berjumpa dengan presiden Umno dan pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan tindakannya serta memohon kemungkinan diberikan jawatan dalam kabinet.

Jika perkara itu menjadi kenyataan, ia adalah keputusan politik yang paling mengejutkan selepas BN berjaya merampas semula Perak daripada kerajaan Pakatan Rakyat.

Sekiranya semua itu menjadi kenyataan, hasrat BN mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen akan termakbul. Mereka kini hanya kekurangan lapan kerusi untuk meminda sebarang perlembagaan mengikut sesuka hati.
 
boleh sesape tolong listkan ahli parlimen PKR di pulau pinang? yg diwar warkan akan lompat tu dari pulau pinang
 
Sudah boleh agak da... :D:D
 
anwar ibrahim akan menyertai UMNO..mengikut sumber bole dipercayai.
 
lama tak masuk cg esp disini..
pasai aku org penang, aku selit skit

1.P53 BALIK PULAU

Jumlah Pengundi: 39,765
Peratusan Kaum: M: 60.04% C: 35.0% I: 4.0% L: 0.29%

1. Yusmadi Yusoff (PKR) (15,749)
2. Datuk Dr. Norraesah Mohamad (BN) (15,041)
Majoriti: 708

2.P52 BAYAN BARU

Jumlah Pengundi: 60,713
Peratusan Kaum: M: 39.14% C: 48.46% I: 11.75% L: 0.65%

1. Datuk Zahrain Mohamed Hashim (PKR) (27,618)
2. Ooi Siew Kim (BN) (16,589)

3.P47 NIBONG TEBAL

Jumlah Pengundi: 47,540
Peratusan Kaum: M: 45.2% C: 37.54% I: 17.08% L: 0.18%

1. Tan Tee Beng (PKR) (20,210)
2. Datuk Zainal Abidin Osman (BN) (17,123)

4.P44 PERMATANG PAUH

Jumlah Pengundi: 58,449
Peratusan Kaum: M: 68.5% C: 24.79% I: 6.3% L: 0.41%
Datuk Seri Anwar Ibrahim(PKR)

Berdasarkan senarai,
ada empat ahli Parlimen PKR di Pulau Pinang... Siapakah yang disebut Malaysiakini?

Datuk Seri Anwar Ibrahim(PKR) ???
Tan Tee Beng (PKR) ????
Datuk Zahrain Mohamed Hashim (PKR)????
Yusmadi Yusoff (PKR)???

Anwar Ibrahim mustahil, Zahrin pun kroni rapat DSAI, Yusmadi Yusoff pulak anak didik DSAI.
Kemungkinan besar adalah Tan Tee Beng, MP Nibong Tebal.
Beliau merupakan sahabat karib Huan Cheng Guan, bekas MP batu Kawan yang
sebelum ini meletakkan jawatan naib presiden Parti Gerakan dan keluar parti
menyertai PCM. Tungguu

http://panggungopera.blogspot.com/2010/01/analisis-siapakah-mp-pkr-penang-yang.html
 
xefek punnn...serius aku ckp,xefek punn...hahaha...keluarlah bp org pun...hahaha
 
Back
Top
Log in Register