BTC USD 61,295.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MP 'BERGADOH' di tempat rehat dewan

abang mamak

Fun Poster
Messages
726
Joined
May 6, 2010
Messages
726
Reaction score
11
Points
15
Satu usul dibentangkan mengikut peraturan Dewan Rakyat 26(1)(P) bagi menyiasat kekecohan yang berlaku di tempat rehat khas ahli parlimen ketika mereka mengadakan perbincangan mengenai kekurangan biasiswa kerajaan yang ditawarkan kepada pelajar bukan bumiputera.

3e08c311f6f57c4d207819cbf9a1e2da.jpg


MP Kinabatagan, Datuk Bung Moktar Radin dari Umno berkata beliau memfailkan usul itu selepas pertengkaran hangat antara wakil rakyat pembangkang dan kerajaan, termasuk dirinya ketika ke tempat rehat berkenaan.

Bung mendakwa 'orang luar' juga berada di tempat rehat itu dan terbabit dalam perbincangan berkenaan, justeru katanya “keselamatan ahli parlimen tergugat'.

Semasa perbincangan meja bulat, pertengkaran hangat dilaporkan antara Bung dan MP Tangga Batu (Umno) Idris Harun dengan pemimpin pembangkang.

Menurut Idris ketika menjejakkan kakinya di tempat rehat itu, beliau terdengar suara-suara yang memaki hamum Umno dan BN dan beliau cuba menegur mereka kerana tidakan berkenaan tidak berpatutan.

"Mereka memaki BN celaka, Umno celaka, jadi saya cuba menasihatkan mereka. Saya menyapa Kula (DAP Ipoh Barat) dan Kit Siang (DAP Ipoh Timur) dan memberitahu mereka bahawa saya ingin mendengar hujah mereka dan mengambil bahagian dalam perbincangan, tetapi ada di antara mereka mula memaki dan menghalau serta menolak saya,” katanya kepada wartawan.

Menurut Idris, oleh kerana jumlah mereka lebih ramai, beliau mengambil keputusan untuk berundur.
 
DAP hampeh.. BN dabel hampeh..

yang part DAP sangkut masuk biter.. part BN.. :)):))
 
ermmm baik BN mahupun MP pekatan..semua nya bercakap tanpa akal..semua nk kena bergaduh ja.politik Mlaysia lebih kotor dari air longkakng
 
itu umno kata, nanti dap kata lak mesti lain.
lagipun kalau kat luar dewan leh saman.
saman ler....:)paid
 
gadoh jerk la dok sebut2 apa ekekekkekeke
 
best gak kalu tgk MP bergadoh....
 
Anak jantan...memang mcm ni....pantang kena cuit...mesti naik...:D
 
diaorg gaduh2 manja jer tu sbb media ramailah tuh.. biasa org2 politik nih baik pihak kerajaan mau pun pembangkang bleh minum semeja lagi kat parlimen tuh...
 
kalau kat Taiwan ahli MP siap bertumbuk dalam parlimen tapi negara diaorg lebih maju dari kiter, tp kat m'sia nih ahli MP bergaduh berebut bahagian masing2-
MP DAP :mana bahagian aku?! Ko ader amik ker?
MP UmNO:Mana ader? dia yg amik?
MP DAP :saper amik?
MP UmnO:APCO amik?
MP DAP:braper percent dia amik?
MP UmNo:25%.
cam tue lah bunyinyer..hahaha:eek::eek:
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register