Viere
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,579
- Joined
- Aug 8, 2008
- Messages
- 26,579
- Reaction score
- 179
- Points
- 123
MUKHRIZ cuba menunggang motosikal model Ducati terbaharu di Petaling Jaya semalam.
PETALING JAYA – Kumpulan syarikat Naza kini meneroka peluang dengan rakan kongsi global untuk mengeluarkan motor berkuasa tinggi unit terurai (CKD) dalam negara.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Bersama, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin berkata, buat masa ini syarikat dalam perbincangan dengan rakan kongsi global mengenai rancangan untuk memasang motor berkuasa tinggi berjenama antarabangsa di Malaysia.
"Kami sedang mengkaji pasaran dan jenama terbaik. Saya tidak dapat memberitahu anda jenama tersebut tetapi akan mengumumkannya sebaik sahaja kami bersedia,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran pusat Ducati bernilai RM5 juta iaitu yang terbesar di rantau Asia oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir di sini semalam.