BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Motor boleh lesap dalam dua minit

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Borhan sedang mengunci motosikalnya di hadapan sebuah bank di Pekan Banting.
< 1 / 1 >
BANTING - Boleh putih mata kerana cuai! Itulah kemungkinan besar akan dihadapi pemilik motosikal sekiranya memandang ringan soal keselamatan kenderaan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azman Abdul Razak berkata, motosikal yang ditinggalkan tanpa dikunci boleh lesap dicuri dalam tempoh hanya dua minit.

Justeru, beliau menggesa pemilik kenderaan tersebut memanfaatkan kemudahan pengunci roda yang disediakan di sekitar pekan Kuala Langat ini.

"Kurang kesedaran pengguna dalam penggunaan pengunci roda, antara satu faktor penyumbang kes kehilangan motosikal kian berleluasa. Setiap kali anggota kita buat siasatan, kita dimaklumkan pemilik motosikal meninggalkan motor mereka dengan enjinnya masih hidup.

“Bukan itu sahaja, kuncinya pun dibiarkan di motosikal. Kecuaian ini beri kesenangan kepada perompak untuk curi motor mereka,” katanya sekali gus meminta penunggang motosikal menfaatkan penggunaan kunci roda di kawasan meletakkan motosikal.

Azman berkata, beliau bakal mengadakan pemantauan terhadap kemudahan itu sekali gus melihat sendiri gelagat dan tabiat penunggang dan pemilik motosikal ketika meninggalkan kenderaan mereka itu.

"Tindakan ini perlu bagi mengenal pasti sama ada pemilik motosikal tahu manfaatkan kemudahan sedia ada atau sebaliknya," katanya.

Penunggang motosikal, Borhan Agus, 65, berkata, dia menyokong usaha penggunaan pengunci roda yang telah dilaksanakan oleh pihak bertanggungjawab.

Menurutnya, dia yang singgah ke sebuah bank di Pekan Banting turut mempraktikkan kemudahan tersebut bagi mengelakkan motosikalnya hilang.

“Pakcik memang kunci motor kalau berada di Pekan Banting. Tapi kadang-kadang ada juga pakcik terlupa nak kunci. Kalau sekejap saja tak apalah, ni lama... adi kenalah kunci. Kalau tak, memang kena curi," katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kebanyakan pengunci roda yang disediakan di Pekan Banting tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Malah, palang besi yang dipasang turut dicuri sekali gus menyebabkan pengguna enggan menggunakan kemudahan tersebut.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/motor-boleh-lesap-dalam-dua-minit-1.273602
 
Syukur Malaysia selamat dan aman. Tak perlu kunci motosikal dan beli insuran.
 
klo enjin xmati tu mmg padanla muka
 
Aku penah tengok pakcik ni nak buat report Kat balai sbb hilang motor..

Datang lengkap bawak geran dokumen bagai..

Sampai kaunter balai xduduk pon gi hempas dokumen atas meja depan pegawai polis..

Sambil berkata"ni motor hilang kene curik"

Terpinga2 polis tu..

Tau laa tengah hangin.. Tapi Bakpe tunjuk bengkeng Kat polis tu..

Kejadian ni berlaku Kat balai polis skudai lebih kurang 10 tahun lalu..
 
syukurrr malaysia masih aman
*tgn di dada mata ke atas
 
pakai motor kriss.. takdak sapa nak curi..
 
Back
Top
Log in Register