BTC USD 83,759.4 Gold USD 4,295.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Motif pembunuhan Altatunya

kombeng7

Junior Member
Messages
54
Joined
May 3, 2015
Messages
54
Reaction score
0
Points
16
Azilah dan Sirul didapati bersalah membunuh Altatunya tapi diorang takde motif pun kan? Saya cuba cari motif tapi takde jumpa pun.

Kalau la betul diorang bunuh pun, mesti la ada motif. Takkan la suka2 gi bunuh orang?

Ada mana2 laporan yang tunjuk apa motif diroang?
 
dah lama tau motifnya .. duk pusing2

Azilah - UTK pengiring Najib (masa PM)
Sirul - UTK bodyguard Najib

dua2 ni tak kenal masing2 sbb bidang tugas berlainan ..

- Razak Baginda kawan rapat Najib jadi penasihat (ketenteraan / ekonomi)
- Altantuya ni pompuan simpanan Razak Baginda
- Najib deal beli kapal selam, penasihat peribadi pembelian aset Kerajaan tu Razak Baginda
- Altantuya fasih bahasa Perancis, jadi penterjemah dalam pembelian
- Najib ngan Razak Baginda nak songlap sikit dari pembelian kapal selam tu
- Altantuya dapat tau pastu ugut Razak Baginda mintak jutaan $$$
- Altantuya dibunuh (tapi imigresen takder rekod kedatangan Altantuya ke Malaysia)

Sirul & Azilah orang suruhan yang bunuh Altantuya .. so, fikirla "siapa yang agak suruh bunuh" tu 🤭
 
Last edited:
Azilah dan Sirul didapati bersalah membunuh Altatunya tapi diorang takde motif pun kan? Saya cuba cari motif tapi takde jumpa pun.

Kalau la betul diorang bunuh pun, mesti la ada motif. Takkan la suka2 gi bunuh orang?

Ada mana2 laporan yang tunjuk apa motif diroang?
images.jpg
images.jpg
images.jpg



pilih lah nak yg mana 1
 
Pelik juga kalau boleh dibicara dan didapati bersalah tanpa go through motif.

Jadi sebab dua ahli UTK tu tak kenal pun mangsa, memang bukan motif sendiri la kan. Maksudnya atas arahan. Mahkamah tak pursue sudut tu ke? Cari siapa yang bagi arahan?
Azilah-sirul-razak baginda...
Motif takde... 🤣
Maksud saya motif ahli UTK tu sendiri. Diorang tak kenal pun kan Altatunya tu sebelum ni. Nape pula nak bunuh. Jadi lagi la terang kenapa prosecutor tak pursue punca motif yang orang lain instruct ahli UTK tu?

Mungkin saya yang terpengaruh dengan drama TV, tapi bukan ke patut prosecutor cari punca asal arahan tu? Sama macam hire killer bunuh orang. Kena cas bunuh bukan hire killer tu je tapi termasuk juga orang yang upah dia.
 

Saya tidak bersalah dalam jenayah kejam ini – Najib​

  • Oleh MOHD YUNUS YAKKUB
  • 11 Oktober 2024, 2:10 pm


NAJIB.jpeg
Najib Razak

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Mahkamah Tinggi bahawa beliau langsung tidak mengenali wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Beliau turut menyatakan, tidak pernah mengarahkan bekas anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) , Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar untuk membunuh wanita tersebut.

Pada prosiding di hadapan Hakim Datuk Khadijah Idris tersebut, bekas Ahli Parlimen Pekan itu menegaskan bahawa beliau tidak bersalah atas jenayah kejam dengan Altantuya ditembak mati sebelum mayatnya diletupkan dengan bahan letupan di kawasan terpencil berhampiran Empangan Subang di Puncak Alam, Shah Alam pada 2006.

“Saya tidak mengenalinya langsung. Saya tidak pernah berjumpa dengannya dan saya tidak bersalah atas jenayah kejam itu,” katanya pada keterangan saksi dalam perbicaraan kes saman sivil hari ini.

Najib sebelum ini menyaman bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berhubung memoirnya bertajuk My Story: Justice In The Wilderness mengenai kenyataan fitnah yang dibuat dalam buku yang didakwa mengaitkannya dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu dalam bab 42.

Najib juga telah menamakan syarikat penerbitan buku GB Gerak Budaya Enterprise Sdn Bhd.
Thomas dan Gerak Budaya diwakili peguam Alan Adrian Gomez dan Datuk Ambiga Sreenevasan.

Pada prosiding tersebut juga, Najib menegaskan bahawa Thomas tidak pernah menunjukkan kepadanya kandungan bab 42 sebelum ia diterbitkan dalam buku berkenaan.

Tegasnya, adalah tidak benar bahawa beliau kononnya mendalangi pembunuhan Altantuya walaupun terdapat banyak artikel yang digunakan oleh Thomas dan Gerakan Budaya untuk mengaitkannya dengan jenayah itu.

WhatsApp-Image-2024-10-11-at-13.05.12_a5a37bae.jpg
Najib yang memakai kerusi roda dikawal ketat pihak berkuasa semasa prosiding perbicaraan saman sivil di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

Untuk rekod, Najib sebelum ini pernah membuat sumpah laknat di Masjid Jamek Kampung Baru pada 2019 menafikan dakwaan Azilah Hadri berhubung pembabitan beliau dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Dalam pada itu, Najib menyatakan mengenali Datuk Abdul Razak Baginda sebagai penganalisis pertahanan dan terlibat dalam perjanjian membeli kapal selam.

“Saya hanya mendapat tahu daripada laporan media bahawa Razak Baginda kononnya adalah seorang jurubahasa. Saya tidak tahu apa hubungan Razak Baginda dan Altantuya. Namun, saya tahu akhirnya mereka mempunyai hubungan yang romantis,” katanya.

Prosiding perbicaraan akan disambung semula pada 30 Jun tahun depan. – KOSMO! ONLINE

 
Pelik juga kalau boleh dibicara dan didapati bersalah tanpa go through motif.

Jadi sebab dua ahli UTK tu tak kenal pun mangsa, memang bukan motif sendiri la kan. Maksudnya atas arahan. Mahkamah tak pursue sudut tu ke? Cari siapa yang bagi arahan?

Maksud saya motif ahli UTK tu sendiri. Diorang tak kenal pun kan Altatunya tu sebelum ni. Nape pula nak bunuh. Jadi lagi la terang kenapa prosecutor tak pursue punca motif yang orang lain instruct ahli UTK tu?

Mungkin saya yang terpengaruh dengan drama TV, tapi bukan ke patut prosecutor cari punca asal arahan tu? Sama macam hire killer bunuh orang. Kena cas bunuh bukan hire killer tu je tapi termasuk juga orang yang upah dia.
Awal kes dlu terdgr konon diorg dpt 3 juta... Kononnye ye...
Sb diorg ade 3 org...
Ade sorg pompuan...
Cari la sape pompuan lg sorg tu...
Pompuan tu terlepas sb tak terlibat membunuh...
 
Back
Top
Log in Register