BTC USD 26,274.7 Gold USD 1,942.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Moontoon bakal memperkenalkan NFT Mobile Legends tetapi dalam sistem gacha

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,223
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,223
Reaction score
4,129
Points
661
Awards
1
mobile-legends-nft-750x375.jpg




Selain daripada membuat perubahan daripada gaya pakaian, nampaknya Moontoon akan ada banyak lagi rancangan untuk game MOBA popular mereka. Menurut seorang leaker bernama @dafrixkun2, Moonton bakal memperkenalkan NFT Mobile Legends tetapi dalam sistem gacha. Akan dijual di platform Binance NFT, koleksi ini bernama MLBB: The Aspirants Mystery Box dan berharga sebanyak 25 BUSD atau RP 357,873.86 (anggaran RM 104.40).
 
Sponsored Post

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,223
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,223
Reaction score
4,129
Points
661
Awards
1
271975011_393604142570362_8990837064644358602_n-1024x1024.jpg


NFT menawarkan 12 Mystery Box daripada 4 kelas berbeza, di mana setiap satu mengandungi figura digital dan animasi eksklusif bagi watak. Bukan itu sahaja, ia juga memberikan peluang untuk memenangi hadiah eksklusif seperti in-game NFT skin, NFT emoji atau hadiah BUSD (Binance USD). Setiap pengguna hanya boleh membeli maksimum 100 Mystery Box sahaja.
 

soybean

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,223
Paid Membership
Joined
Feb 15, 2009
Messages
63,223
Reaction score
4,129
Points
661
Awards
1
Buat masa ini, hanya skin Layla dan Fanny sahaja yang korang boleh dapatkan sebagai NFT. Berikut adalah maklumat lanjut:
Dalam kelas “N”, kita ada skin Layla – Green Flash dan Fanny – Campus Youth. Sebanyak 3000 jumlah akan diterbitkan dengan peluang 12% untuk memperolehnya. Dalam kelas “R” adalah skin Layla – Bunny Babe, S.A.B.E.R Breacher dan Fanny – Christmas Carnival, Lightborn Ranger yang akan diterbitkan sebanyak 2,250 jumlah dengan peluang 9%.

Seterusnya di kelas “SR” adalah skin Fanny – Skylar dan Layla – Blazing Gun yang bakal dikeluarkan sebanyak 1,850 jumlah dengan peluang 7.4%. Akhir sekali di kelas “SSR” ialah skin anime pertama untuk Layla -Miss Hikari dan Fanny – Blade of Kibou. Hanya 150 jumlah akan diterbitkan dan peluang kita untuk mendapatkannya sebesar 0.60% sahaja.

Itu sahaja info buat masa ini daripada kawan-kawan Gamebrott. Cuma agak terkejut Moontoon teringin nak terlibat dalam NFT memandangkan kita tahu kontroversi semasa. Ada baik ada buruk, tetapi ditambah lagi dengan sistem gacha, mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan rancangan ini.


271985700_608043170288319_8535732610268125749_n-1024x1024.jpg
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register