BTC USD 63,954.0 Gold USD 4,331.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Monyet gigit penduduk kampung

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
lu_06.1.jpg


Farida menunjukkan kakinya yang telah digigit oleh monyet.

SIDOARJO - Sekumpulan monyet liar yang berkeliaran di atas rumah penduduk di daerah Sidoarjo, Jawa Timur kembali menggigit penduduk.

Kali ini Farida, 25, menjadi mangsanya dan akibat gigitan tersebut, wanita yang mengandung dua bulan itu mengalami luka di bahagian kaki kirinya.

Menurut Farida, dia menerima 12 jahitan yang perlu dilakukan pada dua lapisan otot serta kulit kerana luka tersebut mempunyai kedalaman satu sentimeter.

"Saya tidak tahu bila monyet masuk ke dalam bilik saya. Saya hanya menyedarinya selepas digigit sehingga menyebabkan saya menjerit dan meminta tolong," kata Farida kepada Inilah.com.

Sekumpulan monyet dilaporkan mengganggu penduduk di kampung itu sejak dua minggu lalu dan setakat ini seramai 24 orang telah menjadi mangsa gigitannya.

Walaupun beberapa ekor daripada monyet itu telah ditangkap penduduk, namun sejumlah monyet lain masih berkeliaran. - AGENSI
 
berita kena gigit monyet dari indon pun nak siar masuk sini ke..aduh wartawan ni
 
kasi tembak itu monyet..lau dah ganggu org mmg kena bang..bang booommm
 
banayk juge berita dari seberang... amik dari kompas ke apa
 
Maybe sebab perempuan ni tak lawa monyet tu gigit,lau lawa taknye :D
 
Back
Top
Log in Register