TokCu
Legendary Member

- Messages
- 11,155
- Joined
- Jul 25, 2011
- Messages
- 11,155
- Reaction score
- 542
- Points
- 161
Ghazan Khan
Raja ini telah memeluk Agama Islam bersama-sama dengan 100 000 orang tenteranya tetapi beliau berpendirian agama lain dan mengikut cara pemerintahan lain pula. Sebab beberapa negeri Islam sendiri telah diserangnya dan dia banyak memberikan pertolongan kepada orang Kristian.
Dan di akhir-akhir hayatnya dia kembali menjadi seorang Islam yang fanatik sekali. Dibatalkannya hubungan “adat-istiadat” yang mengakui pertuanan Maharaja Tiongkok dan disuruhnya perbaiki bentuk wang dinar kerajaan yang di sana dilukiskan gambar beliau. Beliau berpendapat bahawa melukiskan gambar raja pada wang dinar adalah haram dan perbuatan orang kafir. Dengan pembatalan hubungan dengan Maharaja Tiongkok itu, bangsa Tartar menyerang negeri Iran tetapi dengan kebijaksanaan wazirnya yang bernama Nuruz Khan maka dapatlah serangan itu ditangkis. Dalam pada itu ada juga kecewe di hati beliau apabila di dengarnya bahawa penyerangan tenteranya di negeri Sham tidak berhasil sehingga membawa kepada wafatnya beliau.