BTC USD 81,439.4 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mongol dan Islam, Apa Yang Pembaca Perlu Tahu..

lama jugak keturunan genghis khan ni memerintah..
 
kalau tak kerana dibunuh, anak PM sekarang berketurunan monggolia sorang.
4.gif
4.gif
4.gif
 
Kekuatan Bangsa Mongol

Kerajaaan Mongol didirikan oleh Genghis Khan dengan memakai gelaran “Khaqan”,ertinya Raja dari segala Raja.Dia mempunyai tentera yang tetap tidak kurang daripada 600 000 orang. Dia menjelajahi dan menakluk ke negeri-negeri Islam dan masuk juga ke tanah Rusia bahkan sampai ke Polang dan Tiongkok pun diserangnya juga. Mana-mana negeri yang ditaklukkannya, Masjid-masjid, rumah-rumah yang indah, perpustakaan habis semuanya dibakar.

Genghis Khan lahir dekat tasik Baikal (pada masa sekarang Rusia), pada 1167. Nama asalnya adalah Temojin. Dia adalah putra puak Yesügei, kepala dan pemimpin Mongol, dan cucu yang besar dari Kabul Khan, pemimpin mongol yang kononnya diracuni oleh Puak Tartar.

Kerajaan Khan pada masa kematiannya diperpanjang di seluruh Asia, dari Lautan Pasifik ke Laut Caspian. Pencerobohan ketenteraan yang sering ditandai dengan pembunuhan besar-besaran apabila mereka menang. Keturunannya memperluaskan kekuasaan empayar dan wilayahnya selama beberapa ratus tahun.

Setelah Genghis khan mati pada usia 73 tahun di bahaginyalah kerajaannya yang besar itu kepada 4 bahagian untuk puteranya yang berempat.
Kekuasaan sebelah Tartar Utara diserahkannya kepada puteranyayang sulung Juji Khan. Tetapi empat bulan setelah ayahnya meninggal dia pula yang meninggal. Dia digantikan oleh puteranya iaitu Batu Khan. Dialah yang menaklukkan Rusia ,Poland ,Bulgaria dan Maghyar ( Eropah Timur ) dan dia bermaksud hendak menaklukkan juga Konstantinopel pusat Kerajaan Byzantium pada masa itu tetapi belum pun sempat untuk menaklukinya beliau pun mati.
Kepada puteranya yang kedua iaitu Okutai Khan,Genghis Khan menyerahkan kekuasaan di Tartar Tengah dan Tiongkok Utara. Okutai inilah yang menyambut gelar bapanya yang besar iaitu “Khaqan”. Dan beliau pulalah yang menurunkan Emperor Kublai Khan yang terkenal dalam sejarah Tiongkok. Sejak itu yang berhak memakai gelar ‘Khaqan’ di antara mereka yang jadi Emperor di Tiongkok.

Putera yang ketiga ialah Toli Khan. kepadanya diserahkan tanah Iran,Khorasan,Kabul ( ibu negeri Afghanistan sekarang ) .Ada pun Toli Khan ini lebih kuat semangat membangun dan memperkuat kerajaan dan kekuasaannya di negeri yang dikuasainya dan tidak begitu suka memperluaskan kerajaannya. Banyak sekali Puteranya dan di antara seorangnya itulah ‘Hulagu Khan’.
 
Hulagu Khan

Hulagu Khan adalah anak Toli Khan anak kepada Genghis Khan ini mempunyai semangat Penaklukan seperti neneknya juga. Setelah teguh kekuasaannya di Tanah Iran,Khorasan dan Asia Tengah keseluruhannya, belumlah menjadi puas pada dirinya selagi negeri-negeri Islam di bawah kuasa Khalifah di Baghdad dan raja-raja Saljuk dan Raja Khawarizmi itu ditaklukkannya semua.
Perancangannya bermula dengan menyapu bersih pengikut Hasan Ibn Sabah iaitu satu perkumpulan rahsia yang paling berbahaya. Hulagu Khan seorang pemimpin perang yang pintar. Mereka memperdaya dahulu para alim ulama, imam-imam, tokoh-tokoh agama dengan diberi makan daging **** dan anjing. Makanan haram inilah menyebabkan doa-doa para ulama di belakang Khalifah al-Mu’tasim tidak dimakbulkan selama 40 hari 40 malam.

Setelah itu dilanjutkan pula maksudnya yang telah lama iaitu menghancur leburkan Kota Baghdad. Amat mudahlah baginya menaklukkan kota Baghdad yang bersejarah itu, yang mana lima setengah abad lamanya menjadi pusat kebudayaan Islam yang besar. Sebab kejatuhannya adalah kerana perpecahan yang ada sesama mereka. Wazir Besar Kerajaan Bani Abbas ketika itu adalah seorang panganut fahaman syiah, yang lebih suka negeri itu ditaklukkan oleh bangsa Mongol daripada terus-menerus di tangan Khalifah yang bermazhab Ahli-Sunnah dan hanya tinggal nama sahaja, sebab kekuasaan yang sebenarnya adalah di tangan Raja-raja Islam dari luar Baghdad yang kebanyakkan juga Ahli-Sunnah. Maka Hulagu Khan masuk ke dalam Kota Baghdad dengan tidak dihalangi sebab Baghdad dijadikan “Kota Terbuka”, mula-mula ditawannyalah Khalifah Bani Abbas yang terakhir,AL-Mu’tasim bersama putera-puteranya yang berhak menggantikannya.

Setelah beberapa hari kemudian disuruh bunuh kesemuanya. Tiga hari kemudiannya dibebaskanlah tenteranya dan membunuh serta menyapu bersih segala Kota Baghdad laki-laki mahupun perempuan,tua muda,besar dan kecilnya. Sehingga bertimbun-timbunlah mayat. Barang-barang berharga dirampas, rumah-rumah dibakar,demikian juga masjid dan kitab-kitab yang berharga dihanyutkan ke dalam sungai Dajlah sehingga ‘hitamlah’ air sungai itu disebabkan tinta yang cair dari kertas karangan kitab. Hancur musnahlah dasar ilmu pengetahuan yang berjuta bilangannya itu. Paling akhir setelah hatinya puas maka dibunuhnya Wazir Besar Baghdad Al-Alqamy yang terkenal kerana pengkhianatannya itu.

Setelah kota Baghdad tinggal menjadi runtuhan puing dan abu, Hulagu pun keluar dari bekas runtuhan kota itu dan meneruskan penaklukkannya ke seluruh tanah Iraq yang lain. Kemudian diteruskannya pula ke Sham dan di dalam masa setahun saja habislah seluruh Iraq dan Sham di bawah kekuasaannya dan tidak kurang dari 14 juta orang yang mati selama penaklukkannya.

Dari Sham bangsa Mongol hendak meneruskan penaklukkan yang dahsyat itu ke negeri Mesir pula. Ketika itu Mesir di bawah kekuasaan kaum Mamalik ( Mameluk ) yang mewarisi Kerajaan keturunan Salahuddin ,pahlawan perang Salib yang terkenal itu. Raja Mesir ketika itu ialah Saifuddin Qataz. Dialah lagi yang tinggal seorang Raja Islam yang tidak patah semangat menghadapi bahaya Mongol dan Tartar itu. Maka datanglah tentera Mongol tetapi mereka beruntung kerana yang datang ketika memimpin tentera Mongol bukanlah Hulagu tetapi wakilnya. Di satu tempat yang bernama ‘Ain Jalut’ , sempadan negeri Sham dan Mesir dapatlah Mesir menyekat kemaraan balatenteranya yang bersemangat itu hingga tertahannya dan tidak dapat meluaskan kekuasaanya ke Mesir. Hampir saja lumpuh tentera Hulagu Khan di ‘Ain Jalut’ sehinggakan mereka mundur kembali ke pusat kekuasaannya di Azerbaijan. di sanalah Hulagu Khan mendirikan sebuah kota yang indah dan dibinanya atas hasil rampasan yang bertimbun dan melimpah ruah itu dan diberi nama Kota Maraghah. Di sanalah Raja gagah perkasa itu menghembus nafasnya yang terakhir.
 
Abaqa Khan

Ianya seperti juga nenek dan bapanya. Abaqa Khan yang menggantikan bapanya iaitu Hulagu Khan menjadi Raja dan belumlah memeluk Agama yang bertuhankan yang Maha Esa. Pada waktu itu pendita-pendita Kristian Romawi Timur ( Konstantinopel ) berusaha menyebarkan Agama Kristian ke negeri-negeri Iran,apatah lagi pada masa itu Perang Salib maseh belum berhenti dan angkatan demi angkatan yang datang.

Memang sudah dijangka pada ketika itu maksud kaum Kristian. Sekiranya kaum Mongol pada ketika itu masuk Kristian maka bertambahlah kekuatan mereka dalam menghancurkan Islam.

Abaqa cuba untuk mendekati Kristian dan membiarkan penyebaran agama itu di Iran, wilayah kekuasaannnya. Untuk merapatkan hubungan itu dipinangnya Puteri Maharaja Mukhail Pilologus, Maharaja Byzantium. Pinangannya dikabulkan ,kerana pihak Nasrani mengharap dia akan memeluk agama Kristian tetapi sampai wafatnya Raja Mongol itu tidaklah memeluk agama yang tetap. Sebab melihat kegiatan kaum Kristian mendekati raja itu, orang-orang besar dan ulama serta cerdik pandai dan pujangga-pujangga Islam di Iran berlumba pula mendekati Istana. Wazir besarnya ialah seorang sarjana dan Alim akan hal Islam bernama Sheikh Shamsuddin. Sehingga semakin lama ia semakin tertariklah hatinya kepada ilmu pengetahuan dan kebudayaan Kaum Muslimin. Di zamannya inilah hidup penyair Tasauf yang besar iaitu Maulana Jalaluddin Rumi, pengarang Mastnawi yang juga terkenal dengan sebutan Ash-shaer-Ur-Ruhi ( penyair Kerohanian ) , demikian juga Penyair Sheikh Sadly. Sadly pernah mengarang syair ratapan yang sangat mengharukan atas kejatuhan Islam sebab serangan Bangsa Mongol itu.

Sehinggalah kepada kematiannya Abaqa Khan masih belum menyatakan agama apa yang diautinya.
 
Nikodar Khan

Setelah Abaqa Khan mangkat, bermesyuaratlah orang-orang besar Kerajaan mencari akan gantinya di antara putera-putera yang banyak. Maka jatuhlah pilihan kepada Nikodar Khan , adik dari Abaqa Khan kerana di antara puteranya sendiri tidak ada yang layak menjadi raja.

Di waktu kecilnya Nikodar Khan ini telah diBaptiskan di dalam Gereja Orthodok dan memakai nama Nicolas. Tetaoi setelah dia naik takhta kerajaan dipertimbangkannyalah mana yang baik dan sesuai dengan jiwanya di antara kedua agama. Kristian atau Islam dan mana pula yang akan sesuai dengan politik pemerintahannya. Dilihatnya pula bahawa golongan rakyatnya yang terbesar adalah Umat Islam. Meskipun telah sedemikian teguh kekuasaannya namun dia melihat bahawa seluruh rakyat belum lagi puas dan maseh memandangnya sebagai “orang pendatang” dalam negeri Iran. Akhirnya jatuhlah pilihannya kepada Islam dan dirasmikannyalah bahawa dia seorang Muslim dan ditukarnya namanya menjadi “Ahmad Khan” dan dipakainya gelaran “Sultan”.

Kecintaannya kepada agama yang dipeluknya itu amat dikenali dan bercampur pula dengan fanatik. Dikeluarkan aturan melarang penyiaran agama Nasrani dalam wilayah kekuasaannya bahkan pendita-pendita Nasrani disuruh berangkat meninggalkan Iran.

Sikap Sultan Ahmad Khan yang demikian itu tidaklah diterima dengan senang hati oleh amir-amir ( ketua ) bangsa Mongol sebab meskipun mereka memeluk Kristian dan ada pula yang telah memeluk agama Islam namun perhubunganmereka dengan kaum Kristian selama ini amat baik dan tekanan-tekanan yang ditimpakan kepada orang Kristian itu pada pandangan mereka memundurkan kerajaan. Tetapi oleh kerana di Iran tidak ada lagi Raja yang lebih besar daripadanya maka bersama-sama dengan pendita Kristian dan utusan Maharaja dari Rom mereka meminta keputusan Hakim mereka yang tertinggi menurut adat-istiadat bangsa Mongol iaitu “Khaqan” keturunan Okutai Khan putera kedua Genghis Khan yang memerintah Tiongkok. Maharaja Tiongkok katika itu ialah KUblai Khan. Pengaruh Agama Islam telah sangat mendalam pada diri Ahmad Khan ( Nikodar ) sebagai orang Islam dan dia tidak mahu lagi meminta hukum tertinggi kepada Maharaja Kublai Khan. Oleh sebab itu sebelum maksud orang-orang itu tercapai, mereka telah ditangkapnya. Di antaranya ialah saudara anak saudaranya yang bernama Aragon Khan. Saudaranya itu dibunuhnya. Tetapi Aragon Khan yang menang dan Ahmad Khan tertawan dan dibunuhnya.
 
Aragon Khan

Raja ini pun telah memeluk Agama Islam sebagai yang digantikannya tetapi tidak mengikut sepertimana Ahmd Khan. Mula-mulanya diangkatnya kembali Wazir Shamsuddin yang menjadi wazir di zaman Abaqa dahulu. Kemudian difitnahkan orang wazir itu, dikatakan bahawa dialah yang meracun bapa saudaranya Abaqa. Lantaran itu wazir itu dibunuhnya dan digantinya dengan wazir lain.Setelah wazir pengganti ini memegang pemerintahan, dilihatnya wazir ini hendak melanjutkan siasatan ke atas Ahmad Khan pula, maka dibunuhnya pula dan digantikannya dengan seorang Yahudi bernama Sad ud-Daulah. Sebagaimana kebiasaan orang yahudi, wazir ini amat pintar mengumpulkan wang dan manis pula mulutnya berkata-kata dan pandai menarik hati tetapi sangat berdendam kepada orang Islam. Orang Kristian dipujuknya dan ditolongnya mendirikan gereja-gereja sedang masjid-masjid orang Islam disuruhnya runtuh. Rakyat dihalangnya agar tidak sampai mendekati Istana dan berhubungan dengan Raja. Kemudian itu diteruskannya juga menyiasat dan dibuatnya hubungan dengan Paus Nicolas IV di Rom supaya segera memperbesarkan penyebaran Kristian di Tanah Iran.
Bukan main cemasnya kaum Muslimin di Iran ketika itu. Dan mereka telah bersedia hendak menghadapai sebarang kemungkinan tetapi kemudian datanglah pertolongan Tuhan yang tidak di duga. Raja Aragon Khan sendiri ditimpa sakit yang membawa kepada kematian. Maka setelah jelas kebenaran berita itu sebelum orang besar-besar Mongol memilih siapa akan gantinya, penduduk dengan cepat mengambil keputusan sendiri iaitu dengan segera mengepung rumah wazir besar Sad ud-Daulah lalu tiada maaf bagimu lagi dan beliau dibunuh.
 
Kaikha Khan

Setelah itu dipilih oranglah akan gantinya Aragon Khan itu dan saudaranya yang bernama Kaikha Khan bekas wali di negeri Anatolia.
Meskipun siasatan hendak menghancurkan Islam telah berhenti dengan pengangkatan baginda ,namun kenaikannya pula tidak memberi harapan baru. Sebab Raja ini adalah seorang yang sangat pemalas dan tidak memperhatikan keadaan kerajaannya malah memperturutkan hawa nafsunya sahaja dengan meminum arak sepuas-puasnya. Sehinggakan dikirimnya pegawai-pegawai istana untuk menculik anak-anak gadis orang,hinggalah orang tidak merasai aman dan belanja Istana menjadi besar. Akhirnya Raja itu mendapat akal buat mengumpul harta benda yang ada di tangan penduduk dengan ditukarnya wang emas dengan wang kertas, iaitu menurut peraturan yang telah berlaku terlebih dahulu di Tiongkok.. Wang kertas itu diberi ukiran yang indah dan di sebelahnya dituliskan dengan huruf Arab-Parsia dari huruf “Kanji-Tiongkok” kalimat puji-pujian kepada Maharaja Tiongkok ( Khaqan ) dan di sebelahnya lagi dihiasi dengan dua kalimat Shahadat “La ilahaillal-Lah Muhammadur Rasulul-Lah” , lalu dipaksakan kepada orang ramai memakainya.
Lantaran itu maka Iranlah kerajaan yang mula-mula memakai wang kertas sesudah Tiongkok dan beratus tahub selepas itu barulah digunakan di Eropah.

Kezaliman Sultan tidaklah sederita rakyat sehingga di satu masa bangkit seorang Amir lain memberontak dan segera mendapat sokongan rakyat yang kuat. Amir itu adalah Baidu Khan cucu kepada Hulagu Khan .Maksudnya berhasil merebut kerajaan dan Kaikha Khan dapat ditwan dan dibunuh. tetapi Baidu Khan hanya beberapa bulan saja memerintah diberontaki pula oleh Ghazan Khan putera Aragon.
 
Back
Top
Log in Register