BTC USD 75,470.9 Gold USD 4,282.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mohon IKTISASS segera, terima elaun sara diri RM1,000 sebulan

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,537
Top Poster #10
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,537
Reaction score
4,820
Points
266
Ikstisass.jpg.webp

AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

by Norrasyidah ArshadNovember 8, 2020 8:19 am

SHAH ALAM, 8 NOV: Pemohonan Program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) dibuka sehingga 19 November depan.
Justeru, orang awam terutama bekerja di agensi atau industri di negeri ini digalakkan membuat permohonan.

“Empat kursus ditawarkan iaitu juruterbang atau pembantu juruterbang dron, penganalisis data, juruteknik dan jurutera penyelenggaraan serta baik pulih.
“Yuran latihan ditaja Kerajaan Selangor selain menerima sijil pengiktirafan. Peserta turut diberi elaun sara diri RM1,000 sebulan selain jaminan kerja dalam industri,” menurut iklan dikeluarkan semalam.

Antara syarat kelayakan, pemohon perlu mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia dengan lulus lima mata pelajaran teras termasuk Bahasa Melayu.
Pemohon atau ibu bapa mestilah warganegara serta lahir atau menetap di negeri ini atau bermastautin lebih 11 tahun di negeri ini.

“Pemohonan perlu lulus temuduga dikendalikan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia sekiranya ada.
“Borang permohonan boleh diperoleh di laman web https://www.selangor.gov.my dan https://www.selangor.gov.my/?mid=515 ,” katanya.

Pertanyaan melalui aplikasi WhatsApp di talian 017-2655850 dan pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian 0384082200. Pengenalan diri boleh diemailkan kepada [email protected]
 
Pilot dan co pilot dron? Satu benda yg baru ni, ada peluang pekerjaan ke nanti?
 
den ado kawan skolah, kami samo2 minat lukisan & muzik jamming sano sini

tapi dio masuk UIA buek law, den masuk ITM buek senibina

skg jumpo sembang2 dio langsung x praktis law, tapi buek biz advertisng & photography termasuk aerial photography utk surveillance dll

jadi dia kato bnyak travel 1malaysa utk job aerial photography utk surveillance & mcm2 service pakai drone yg mahal nak mampos

termasuk offshore aerial photography

jadi terbukti kemahiran servis utk kendalikan drone sgt2 diperlukan

masyukksssssssssssss
 
Agak2 berbaloi ke guna dron utk sawah, kos dron tu berapa ribu (yg boleh bawa racun atau baja)?
 
Back
Top
Log in Register