BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mohon Derhaka

wanzex

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,552
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,552
Reaction score
1,107
Points
191
"Mohon derhaka" - kata Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

bolehkah anda tafsirkan?
 
Derhaka Nizar tidak boleh dipandang ringan - Muhyiddin
06/02/2009 6:43pm

KOTA BHARU 6 Feb. — Kenyataan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mahu derhaka terhadap Sultan Perak Sultan Azlah Shah tidak boleh dipandang ringan, kata Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya begitu terperanjat apabila beliau membuat kenyataan mahu derhaka kepada raja, sesuatu yang langsung tidak menggambarkan beliau menghormati Perlembagaan dan kedudukan Sultan Azlan Shah sebagai Raja bagi negeri Perak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Muhyiddin berkata ’keberanian’ Mohammad Nizar menyanggah keputusan Sultan Azlan Shah berhubung perkara itu, malah mahu mencabar Baginda di mahkamah, amat dikesali.

Mengulas lanjut, beliau berkata semua pihak sepatutnya menghormati keputusan Sultan Perak kerana Baginda juga amat arif dalam bidang perundangan selaku bekas Ketua Hakim Negara.

“Lagipun ini demokrasi yang kita amalkan. Walaupun keputusan itu tidak memihak kepada pembangkang, kita mesti hormatinya,” kata Muhyiddin.

Katanya pemilihan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, 47, sebagai Menteri Besar kerajaan BN di negeri itu adalah pilihan terbaik.

“Beliau adalah seorang tokoh berpengalaman kerana pernah menjadi exco di negeri itu sebelum ini, mempunyai kelulusan yang tinggi dan orang yang paling sesuai. Saya yakin dia dapat memberikan apa yang diharapkan oleh masyarakat di Perak ini,” kata Muhyiddin.

— BERNAMA
 
tapi dia mohon...?

yang kita patut tahu ialah, samada dia dpt perkenan ke tidak jer... permohonan itu...hehe!

mcm kalau kita nam rompak bank, pastu kita pegi kat bank tu...mintak permohonan dari manager bank...nak rompak bank itu!

biasanyer, takkan la bank manager bagi ye tak?

tapi kalau bank manager perkenankan permohonan itu... mcm mana yer?:):)
 
pi la sembang kat tempat betul...xkn isu camni letak kat chitchat....serius ah skit...
 
Tu kalo kita fokus kt pktn 'mohon'. Cuba fokus kt 'derhaka' lak, pe maksud sebenar di segi bahasa & istilah? Nape dia gunakan perkataan tu? Adakah sebab kita lebh fhm pktn tersebut apabila digunakan utk menyampaikan bantahan pada institusi raja? Nape x digunakan pktn tersebut semasa PM dulu gubal smule kuasa raja2?
 
pi la sembang kat tempat betul...xkn isu camni letak kat chitchat....serius ah skit...

tu la pesal mamat nih. aku bru nak bergurau senda dah trpksa siyes lak...~X(~X(~X(
 
Tu kalo kita fokus kt pktn 'mohon'. Cuba fokus kt 'derhaka' lak, pe maksud sebenar di segi bahasa & istilah? Nape dia gunakan perkataan tu? Adakah sebab kita lebh fhm pktn tersebut apabila digunakan utk menyampaikan bantahan pada institusi raja? Nape x digunakan pktn tersebut semasa PM dulu gubal smule kuasa raja2?

derhaka term utk lawan perintah sultan la kot....
 
pi la sembang kat tempat betul...xkn isu camni letak kat chitchat....serius ah skit...

hmm... rasenyer bukan semua org yg jenis 'serius'!

hmm... ramai jugak yg dah muak dgn politik M'sia nie...

so, itu sebabnyer kot, benda2 serius dah jadi bahan lawak!

bagi aku...kalau bab agama, gerenti bin konfirm la takleh buat main2... tapi bab2 lain still tertakluk pada pandangan masing2.:D
 
masa pemilihan mb kat tganu.. sampai naik kain rentang.. takde plak kecoh isu derhaka pd sultan..ohh lupa org amno kan penjunjung kedaulatan raja sume yg dibuat elok je..ekekeke..:))
 
teringat plak kes .....NATANG by org umeno !!

ade kecoh ?

xde kan ?

so what ?
 
Back
Top
Log in Register