BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mohamad Sabu kini tempang

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Mohamad Sabu (kanan) menceritakan detik kemalangan ngeri yang dilaluinya kepada Mohd Khairuddin.
< 1 / 1 >
KUALA NERUS - Kehidupan seorang pemuda, Mohamad Sabu Ali berubah sekelip mata apabila dia tidak lagi secergas dahulu selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya kira-kira setahun lalu.

Menurut pemuda berusia 22 tahun yang juga anak yatim piatu itu, akibat nahas berkenaan, dia mengalami kecederaan patah paha dan bengkak di bahagian mata, selain kakinya menjadi tempang.

Lebih malang, Mohamad Sabu yang kini tinggal di Kampung Pak Katak, Bukit Tunggal, di sini, bersama enam lagi adik-beradik lain turut berdepan masalah kesempitan hidup.

“Sehingga kini saya masih belum dapat berjalan jauh kerana belum sembuh sepenuhnya. Dalam keadaan begini, macam mana saya nak keluar bekerja?

“Hati saya sekarang runsing fikirkan nasib saya dan adik-beradik lain kerana ketika ini kami hanya bergantung pada bantuan yang diterima salah seorang kakak kami, itu pun hanya RM300 setahun,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.

Mohamad Sabu berkata, dia ada membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan zakat, namun ditolak kerana telah ada penerima yang menggunakan alamat sama menerima bantuan tersebut iaitu kakaknya.

Bagaimanapun, kesedihannya sedikit terubat apabila menerima kunjungan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali bersama Adun Bukit Tunggal, Dr Alias Razak dan rombongan sempena Program Cakna Rakyat.

Mohd Khairuddin berkata, beliau akan meminta pihak berkenaan meneliti kembali kes membabitkan keluarga tersebut.

Menurutnya, walaupun kakak Mohamad Sabu tersenarai sebagai penerima bantuan, permohonan pemuda itu perlu dipertimbangkan dan pegawai berkenaan juga perlu turun padang melihat sendiri kesempitan hidup yang dialami adik-beradik malang tersebut.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/mohamad-sabu-kini-tempang-1.290888
 
Agak dah. Baik bantu ni sebab dia nak keeja
 
adoi2 ... terkena ngan tajuk ...

cian budak ni
 
nama aje sama tapi orang lain...semoga ada pihak2 berkenaan dapat menghulurkan bantuan.
 
Back
Top
Log in Register