BTC USD 61,854.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Modification & Enhancement BrainTrading & 4H Swing System

Masih tercari-cari Indicator ??

Salam semua...

Apa khabar? Semoga ceria selalu di dalam kehijauan .. Sejak kebelakangan ini, saya melihat seolah-olah traders kembali tercari-cari indi-indi warna-warni yang cantik yang akan menjadikan carta ceria ...

Pernah dahulu saya katakan, selagi boleh kita hendak kurangkan indicator untuk mengurangkan 'kekonfiusan' dan trade dgn keyakinan yang tinggi..

Sebenarnya Sistem MBT itu merangkumi beberapa perkara asas utk traders.
1. Technical Analysis
- RSI, Support Resistance, Bollinger Band, MCAD
2. Fundamental Analysis (news)
3. Customized Indicator
- BrainTrading

Asalnya bermain 30M, kita mencuba utk 4H yang lebih santai secara Swing. Semakin kurang indicator, semakin ramai yang tidak mahu mencuba kerana tidak yakin. Ada juga yang suka kerana secara tidak langsung mereka hanya perlu menjengah carta setiap 4 jam.

Di dalam MBT, ada diberikan Bollinger Band (16,2) dan MCAD_2 color - (12,26,9). Sekiranya anda yang suka Swing Style MCAD_2_color di 4H tf, syabas..
Saya tidak bercadang utk membuat sebarang panduan terhadap Swing 4H MCAD_2_Color kerana pandangan mata sudah tepat. Dengan membuat pemahaman bagaimana 4H Swing Powerband dgn Bollinger Band, anda akan melihat bagaimana mendapatkan pips dengan mudah tanpa sebarang takut. Anda juga tidak perlu tergopoh-gapah untuk membuat analisa menggunakan 4-5 indicator yang berlainan. Berpandukan MCAD_2_Color, Bollinger Band, kita Swing..

SL 100 pips atau di mana Support & Resistance area .. TP mestilah Risk:Reward yang tinggi seperti 1:1, 1:1.5 atau 1:2.. Contohnya SL100, TP 100 pips, 150 pips atau 200 pips.

Lihat carta di bawah ini ... :D :D Telah bertarung lebih 48 jam.. Banyak masa yang boleh saya buat tanpa perlu mengadap notebook...

uchf%20simple.JPG


Mari kita cuba..
 
Bro warhead, nak tanya, kalau nak open position, kena confirm di TF4H jugak kn? Contoh di TF30 keluar signal SELL tetapi di TF4H msih lagi signal BUY?
 
"Kini saya memberikan satu Sistem Swing 4H pula. Mengapa? Kerana ramai yang tidak sanggup mengadap PC 24 jam atau setiap 30 minit. Dengan sistem ini, sahaja setiap 4 jam sahaja. Telah dicuba oleh beberapa pengguna MBT dan hasilnya memang menghijaukan"

Saya msih kurang fhm mksud ayat ni, saya dh download ebook dan indicator bro template dan memahaminya tapi apa maksud setiap 4 jam sahaja, harap ada yg membantu..(maaf newbie forex)
 
"Kini saya memberikan satu Sistem Swing 4H pula. Mengapa? Kerana ramai yang tidak sanggup mengadap PC 24 jam atau setiap 30 minit. Dengan sistem ini, sahaja setiap 4 jam sahaja. Telah dicuba oleh beberapa pengguna MBT dan hasilnya memang menghijaukan"

Saya msih kurang fhm mksud ayat ni, saya dh download ebook dan indicator bro template dan memahaminya tapi apa maksud setiap 4 jam sahaja, harap ada yg membantu..(maaf newbie forex)

system ni berpandukan Cs 4 jam dan guna Tf4H. So kita x perlu la mengadap chart 30M ke, 1H ke. Tpi kita tgk 4 jam sekali. katakan la sekarang pukul 12.00, bila tgk chart x der yg cantik utk Op, so pukul 4 nti kita tgk la balik. kalau ada yg sesuai blh OP, kalau x der tgk la pukul 8 pulak.
 
salam bro warhead,
Terima kasih kerana memberi ilmu yang selengkap ini. Hanya 'DIA' yang dapat membalas jasa baik bro warhead.
 
Assalamualaikum dan slm sejahtera....sya baru nak berjinak ngan forex. Harap otai-otai smua boleh tunjuk ajar
 
Assalamualaikum dan slm sejahtera....sya baru nak berjinak ngan forex. Harap otai-otai smua boleh tunjuk ajar
Waalaikumsalam, selamat menceburi bidang forex...bagi saya ada 3 kunci untuk mengelakkan terkena Margin call (MC) dalam forex,
1. Sabar
2. kawal perasaan tamak sekiranya sudah boleh buat profit
3. gunakan money management (mm) yang betul, bagi saya tidak lebih dari 1o% dari equity yang ada dalam broker
Petua diatas cuma untuk mengelakkan terkena MC, belum cukup untuk memahami market movement untuk pair yang bro nak trade nanti:)
 
Hello smua...macam mana nak tau perkembangan sistem ni...ada blog yang lain ke??? selain di cari gold..
 

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.15216
USD / JPY
160.310
GBP / USD
1.33905
USD / CHF
0.79340
USD / CAD
1.39325
EUR / JPY
184.702
AUD / USD
0.70520
Back
Top
Log in Register