BTC USD 61,742.7 Gold USD 4,270.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Modification & Enhancement BrainTrading & 4H Swing System

slm

saye bdk br dlm forex ni
harap blh bg tunjuk ajar.
semoga allah murahkan rezeki kalian semua
 
hehehehe..lama jugak tak masuk sini...dah makin meriah..bro FT pun dah ade awek baru..wah...cun tu...:):D:">

mcm kenal je c2d ni..tapi dimana ye...:D:D
rasanya selalu jumpa.Oh..master GPV1 rupanya..
Tgk boleh avatar tu..jgn jatuh hati dahla..hehehe
 
mcm kenal je c2d ni..tapi dimana ye...:D:D
rasanya selalu jumpa.Oh..master GPV1 rupanya..
Tgk boleh avatar tu..jgn jatuh hati dahla..hehehe

heheheh...adehhhh dpt title otai lak dah...:">:">:"> dpt tgk je jadilah.....heheehee
 
Salam sejahtera buat saudagar matawang asing semua,

Thread ini dibuka bertujuan untuk berkongsi sistem asal BrainTrading System (www.braintrading.com), indicator dari Newdigital di Forex-tsd dan kemudian dikomersialkan DuniaFX (www.duniafx.com).

Ramai yang telah menguji DuniaFX aka Braintrading - ianya memberikan hasil yang memberangsangkan. Walau bagaimanapun masih terdapat kelemahan untuk menentukan Entry (Buy & Sell).

Sistem ini amat sesuai untuk mereka yang tidak memahami Analisa Teknikal,sukar untuk menarik Fibo, mengira Wave.. Memang tidak ada langsung. Tiada Pending Order. Ramai newbies inginkan sesuatu yang ringkas, mengikut market trend dan menguntungkan, bukannya yang kompleks.

Akhirnya saya menyiapkan panduan ringkas yang disertakan dengan Indicators, Templates dan Profiles sebagai alat untuk menjadi Saudagar Matawang Asing. Mungkin selepas ini, forum akan menjadi senyap, perbincangan di YM/MSN/Skype akan berkurangan kerana semuanya sibuk berdagang. Itu yang bagus kerana seorang Saudagar Matawang Asing yang hebat tidak berbincang di forum dan IM sewaktu dalam perniaagaan - mereka fokus dalam urusan perdagangan mereka. Ya ... Anda akan menjadi seorang Saudagar Matawang Asing yang hebat.

Sistem ini tidak akan menjanjikan beratus-ratus pips atau beribu pips sebulan seperti yang pernah kita baca di tempat lain, tetapi kita lebih melihat kepada nilai pips itu sendiri. Kita inginkan satu sistem yang mudah, ringkas dan memberikan pips yang berterusan. Apalagi jika diberikan secara PERCUMA dan panduan ditulis dalam Bahasa Melayu (walaupun sukar sebenarnya bagi saya menulis dalam Bahasa Melayu). Kali terakhir menulis karangan yang panjang ialah sewaktu peperiksaan SPM 1991.

Ramai bertanya kenapa percuma sahaja sedangkan sistem asal dijual di antara RM99 - RM700. Saya melihat banyak kekecewaan di kalangan traders mencari sistem, beli EA,indicator, pergi kelas forex yang berkuasa, kelas forex yang senang dengan 1 indicator, kena datang kelas pemantapan berbayar, ada yang bantuan percuma sepanjang masa dan sebagainya. Saya berpendapat sekiranya sistem forex mereka berkuasa dan senang, maka tiada lagi kelas ulangkaji, berkumpul ramai-ramai di Starbuck dan berchatting untuk pemahaman. Saya berikan sistem ini kepada sekumpulan traders yang sedang membuat perbincangan sistem forex yang senang semasa sedang minum di salah sebuah restoran di Alamanda 2 minggu lepas.

Saya amat berharap Buku Elektronik dibaca setiap mukasurat untuk mengelakkan kekeliruan. Di dalam buku ini, kami nyatakan di mana sistem diperolehi, siapa yang mengubahsuai dan juga perancangan di masa hadapan. Genap seminggu, ianya telah dibawa-turun lebih 1,200 salinan percuma di ruang yang lain. Kami gembira kerana maklumbalas yang positif.


RALAT
1. Malay Forex sebenarnya menciplak MTF Braintrading dan dinamakan Cyberkreatif_BrainTrend1Sing_AlertMulti_time

2. Malay Forex menggunakan forummers MBT sebagai bahan ujinya. Setelah berjaya, dia menjual MFS v2 dengan harga USD400 dan mesti register FXCM di bawahnya (beliau jadi IB). Nasir Yaacob pun tak tipu seminar kuasaforex macam nie.. Bapa borek, anak rintik .. Cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari ...

Dia menciplak dan cetak rompak indicators di forex-tsd dan mendakwa MF Strategy adalah hakciptanya ...:(scam:(scam:(scam

Tiada tempat bagimu di sini ...



Terima kasih kepada rakan-rakan dari ruang yang lain yang memberi sokongan untuk saya mengeluarkan Panduan ringkas ini. Mungkin di masa hadapan, ada lagi nilai tambah yang dapat kami kongsikan. Semoga apa yang diberikan ini akan memberi sedikit manfaat kepada kita semua.

Saya dan rakan-rakan yang lain sebenarnya baru setahun jagung di arena perdagangan matawang asing. Amat jauh jika dibandingkan dengan 'sifu-sifu' di sini. Jadi, dengan rasa rendah diri, kami berkongsi sistem ini kepada para pengunjung tetap Carigold.com. Sekiranya sistem ini bagus, warwarkan lah. Kami meletakkan di ruang Forex Development Technique untuk menggalakkan mengubahsuaian dan saling memantapkan.

Senarai Download

1. Sistem Green Pips Strategy oleh Bro Forextrading - Dilancarkan di pertengahan Ramadhan. Semoga diberkati Pips Hijau
http://www.savefile.com/files/1805326

2. Sistem Merdekarama Oleh Bro WHA928 - Dilancarkan di petang Kemerdekaan - 30hb Ogos 2008
http://www.savefile.com/files/1758928

3. Indicator, Templates, Profiles dan E-Book Panduan Modified BrainTrading-MBT (1 Jun 2008)
http://www.savefile.com/files/1584943


==========================================================================
SEGALANYA MENGENAI MF Strategy V1 & V2 (Unlimited, No Expiry, Non-Locking)


MFS V1 kat sini
http://www.savefile.com/files/1825306

MFS V2 kat sini
http://www.savefile.com/files/1825301

Video MFS v2 kat sini
http://www.savefile.com/files/1825348


Wasalam.
Salam warhead,
Nampaknya saya yang terlambat jumpa kat sini.
 

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.15483
USD / JPY
160.355
GBP / USD
1.33829
USD / CHF
0.79757
USD / CAD
1.39525
EUR / JPY
185.182
AUD / USD
0.70289
Back
Top
Log in Register