Salam untuk semua,
Hampir seminggu saya tak menjenguk di sini kerana outstation yang tak mengizinkan saya untuk browse dan buka MT4.... So bagaimana market minggu lepas? Ada yang bagus, ada yang kurang bagus ... Biasalah, market tak sentiasa dalam keadaan trending ...
Banyak PM yang tak dapat dijawab.. Insya Allah, saya akan jawab sedikit demi sedikit..
Ramai yang masih bertanya, masa yang mana elok untuk trading... Kalau nak diikutkan konsep FOREX, ianya 24 jam tapi kena tengok keadaan... Saya lebih suka untuk melihat trending awal pagi sewaktu Asian Open (jam 8am waktu Malaysia, 9am waktu Tokyo)... Dalam seminggu,
ada lebih kurang 2-3 signal yang menghasilkan 100-200 pips untuk 1 trade... Signal sebegini akan membawa trend ke malam ... Bagi saya ini sudah mencukupi... Saya tak perlu terkejar-kejar untuk melihat banyak signal... Banyak screen shot yang telah saya bagi di page yang sebelumnya ...
Saya akan cuba untuk mendapatkan pattern pair yang seiring dan berlawanan... Semakin senang trading kita ... Dengan melihat 1 pair, kita akan tahu arah pair yang lain ...
Wasalam..