BTC USD 81,129.1 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Moderate dalam islam ?

kerunai

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,039
Joined
Sep 2, 2007
Messages
25,039
Reaction score
76
Points
120
moderate dalam islam ..

Majlis Pelancaran Buku Agenda Islam Dalam Transformasi Negara Oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di PWTC pada 25 Jun 2012.

251850_493027334057765_2046084291_n.jpg
 
“Sudah hampir (tiba) suatu masa di mana tidak tinggal lagi dari Islam itu kecuali hanya namanya dan tidak
tinggal dari al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, namun kosong
dari petunjuk. Ulama’ mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kulit langit. Dari mereka
berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali" [HR Baihaqi].


Islam Moderat (Sederhana)

Selain masjid-masjid yang dijelaskan oleh Rasulullah yang telah roboh dari petunjuk, banyak lagi syiar Islam lainnya yang turut runtuh dengan diterapkan sistem sekular yang ada sekarang. Setiap pembangunan dan acara-acara yang dibuat atas nama Islam sebenarnya boleh dipersoalkan ‘keIslamannya’. Di Malaysia contohnya, jika kita mengkategorikan segala manifestasi untuk memartabatkan ‘Islam dan syiarnya’ sebagai sebuah kejayaan bagi Islam, maka sudah tentulah banyak negara lain, termasuklah negara-negara bukan Islam yang jauh lebih menonjol ‘keIslamannya’ dari Malaysia. Sebenarnya, telah dijadikan lumrah bahawa setiap ‘kejayaan’ yang dicapai oleh orang Melayu, baik di dalam bidang sains, teknologi mahupun kemanusiaan, maka ia kerapkali akan dikaitkan dengan ‘kejayaan’ Islam.

Hakikatnya, walaupun bangsa Melayu tidak boleh dipisahkan daripada agama Islam, namun setiap kejayaan melayu itu tentunya tidak boleh dianggap sebagai kejayaan Islam! Ia adalah dua perkara yang berbeza. Meletakkan kejayaan ‘bangsa’ sebagai kejayaan ‘Islam’ adalah suatu yang jelas-jelas keliru dan salah.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, hasil dari penerapan sistem sekular yang berdiri atas dasar kompromi di antara golongan gereja dan cendekiawan (di Barat), maka dari sinilah ajaran ‘jalan tengah’ telah dijadikan asas oleh orang Islam untuk banyak perkara termasuk di dalam bidang pemerintahan. Contohnya,‘jalan tengah’ yang diambil oleh sebuah negara yang majoriti penduduknya Islam tetapi terdapat golongan bukan Islam di dalamnya adalah dengan mengamalkan undang-undang kufur di campur sedikit undangundang Islam yang sederhana (bukan undang-undang Islam yang sebenar).

Contoh ini dapat dilihat dengan jelas di Malaysia dengan wujudnya dua sistem mahkamah sebagai pelaksanaan undang-undang yang mengkompromikan kewujudan orang-orang kafir di dalam negara. Hasilnya wujudlah dua sistem mahkamah iaitu satu mahkamah sivil (mahkamah kufur) dan satu lagi mahkamah syariah. Jika hanya wujud satu mahkamah syariah sahaja (atau dicadangkan agar diwujudkan satu mahkamah syariah sahaja), ini tentunya akan dianggap ekstrem dan menghilangkan konsep ‘Islam Sederhana’ yang dicanangkan oleh pemimpin di bawah sistem sekular.

Begitu juga, agar sesuai dengan ‘Islam sederhana’ dan tidak dianggap ekstrem, maka hukum rejam atau sebat 100 kali bagi penzina tidak boleh dijalankan. Adalah ‘teramat ekstrem’ untuk merejam atau menyebat penzina sebanyak 100 kali, jadi dibuatlah dan diluluskanlah undang-undang bahawa penzina hanya disebat maksimum 6 kali sahaja. Kita agak pelik kerana kalau mengikut tafsiran sederhana atau ‘konsep pertengahan’ yang diambil oleh pemimpin sekular ini sendiri, sepatutnya sebatan 50 kali-lah yang lebih sesuai, namun mereka tidak melakukannya. Mungkin pada pandangan mereka sebatan 50 kali pun adalah ekstrem.

Jadi yang sederhana dan tidak ekstrem adalah 6 kali sahaja! Bagi memastikan bahawa ‘keperluan’ kaum nonMuslim dan juga Muslimin di Malaysia ‘dipenuhi’ maka dilakukanlah kompromi antara Islam dan Kapitalisme di dalam sistem perundangan negara yang menyaksikan Islam mestilah diperlakukan dengan serba sederhana. Mahkamah Syariah hanya dibenar melaksanakan hukum-hakam Islam yang bersifat ‘sederhana’ sahaja dan tidak boleh sama sekali melaksanakan Islam sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah dan RasuluNya kerana ia bersifat ekstrem. Atas dasar bersikap moderat inilah, pemimpin-pemimpin kafir di dunia terutamanya George Bush la’natullah sering memuji perlaksanaan Islam di Malaysia yang dikatakan bersifat serba sederhana (moderate).

Sekelumit dari Sumber artikel
 
sebelah buku moderate tu agak ekstrem tu, hehehe
 
aik ada ke moderate tak moderate dlm nak praktis Islam ni ?

aduihhhhhh

camna moderate Islam ni haa? sapa2 leh expalin
hmmmmm
 
moderate dalam Islam seperti setiap sesuatu acara rasmi mesti ada doa, tarian dan nyanyian. Menutup aurat tanggung jawab individu sepenuhnya. puja dan ampu pemimpin negara adalah kemestian.

paling best pelajaran agama atau program agama pun mesti moderate. banyakkan hiburan.

dan banyak lagi.... moderate. kalau Islam tidak moderate macam tu dianggap ektrimis atau pengganas.
 
wasatiyyah kesederhanaan
 
Ya Allah ....
selamatkanlah aku dan keluargaku dari fitnah ulama dan zaman ini ....
Aminnnnnnnnnnnnnn
 
elok la tuh .. ketua kaum munafiq laknatullah malaysia terbit buku ..pastu puak2 United Munafiq National Organization pakat2 la beli ya .. support tuan ketua ... buku terbitan ulama' diketepikan ...
 
Ajaran sesat ni....islam adalah islam. Manede moderate....
 
Back
Top
Log in Register