“Sudah hampir (tiba) suatu masa di mana tidak tinggal lagi dari Islam itu kecuali hanya namanya dan tidak
tinggal dari al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, namun kosong
dari petunjuk. Ulama’ mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kulit langit. Dari mereka
berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah itu kembali" [HR Baihaqi].
Islam Moderat (Sederhana)
Selain masjid-masjid yang dijelaskan oleh Rasulullah yang telah roboh dari petunjuk, banyak lagi syiar Islam lainnya yang turut runtuh dengan diterapkan sistem sekular yang ada sekarang. Setiap pembangunan dan acara-acara yang dibuat atas nama Islam sebenarnya boleh dipersoalkan ‘keIslamannya’. Di Malaysia contohnya, jika kita mengkategorikan segala manifestasi untuk memartabatkan ‘Islam dan syiarnya’ sebagai sebuah kejayaan bagi Islam, maka sudah tentulah banyak negara lain, termasuklah negara-negara bukan Islam yang jauh lebih menonjol ‘keIslamannya’ dari Malaysia. Sebenarnya, telah dijadikan lumrah bahawa setiap ‘kejayaan’ yang dicapai oleh orang Melayu, baik di dalam bidang sains, teknologi mahupun kemanusiaan, maka ia kerapkali akan dikaitkan dengan ‘kejayaan’ Islam.
Hakikatnya, walaupun bangsa Melayu tidak boleh dipisahkan daripada agama Islam, namun setiap kejayaan melayu itu tentunya tidak boleh dianggap sebagai kejayaan Islam! Ia adalah dua perkara yang berbeza. Meletakkan kejayaan ‘bangsa’ sebagai kejayaan ‘Islam’ adalah suatu yang jelas-jelas keliru dan salah.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, hasil dari penerapan sistem sekular yang berdiri atas dasar kompromi di antara golongan gereja dan cendekiawan (di Barat), maka dari sinilah ajaran ‘jalan tengah’ telah dijadikan asas oleh orang Islam untuk banyak perkara termasuk di dalam bidang pemerintahan. Contohnya,‘jalan tengah’ yang diambil oleh sebuah negara yang majoriti penduduknya Islam tetapi terdapat golongan bukan Islam di dalamnya adalah dengan mengamalkan undang-undang kufur di campur sedikit undangundang Islam yang sederhana (bukan undang-undang Islam yang sebenar).
Contoh ini dapat dilihat dengan jelas di Malaysia dengan wujudnya dua sistem mahkamah sebagai pelaksanaan undang-undang yang mengkompromikan kewujudan orang-orang kafir di dalam negara. Hasilnya wujudlah dua sistem mahkamah iaitu satu mahkamah sivil (mahkamah kufur) dan satu lagi mahkamah syariah. Jika hanya wujud satu mahkamah syariah sahaja (atau dicadangkan agar diwujudkan satu mahkamah syariah sahaja), ini tentunya akan dianggap ekstrem dan menghilangkan konsep ‘Islam Sederhana’ yang dicanangkan oleh pemimpin di bawah sistem sekular.
Begitu juga, agar sesuai dengan ‘Islam sederhana’ dan tidak dianggap ekstrem, maka hukum rejam atau sebat 100 kali bagi penzina tidak boleh dijalankan. Adalah ‘teramat ekstrem’ untuk merejam atau menyebat penzina sebanyak 100 kali, jadi dibuatlah dan diluluskanlah undang-undang bahawa penzina hanya disebat maksimum 6 kali sahaja. Kita agak pelik kerana kalau mengikut tafsiran sederhana atau ‘konsep pertengahan’ yang diambil oleh pemimpin sekular ini sendiri, sepatutnya sebatan 50 kali-lah yang lebih sesuai, namun mereka tidak melakukannya. Mungkin pada pandangan mereka sebatan 50 kali pun adalah ekstrem.
Jadi yang sederhana dan tidak ekstrem adalah 6 kali sahaja! Bagi memastikan bahawa ‘keperluan’ kaum nonMuslim dan juga Muslimin di Malaysia ‘dipenuhi’ maka dilakukanlah kompromi antara Islam dan Kapitalisme di dalam sistem perundangan negara yang menyaksikan Islam mestilah diperlakukan dengan serba sederhana. Mahkamah Syariah hanya dibenar melaksanakan hukum-hakam Islam yang bersifat ‘sederhana’ sahaja dan tidak boleh sama sekali melaksanakan Islam sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah dan RasuluNya kerana ia bersifat ekstrem. Atas dasar bersikap moderat inilah, pemimpin-pemimpin kafir di dunia terutamanya George Bush la’natullah sering memuji perlaksanaan Islam di Malaysia yang dikatakan bersifat serba sederhana (moderate).
Sekelumit dari
Sumber artikel