BTC USD 63,425.3 Gold USD 4,334.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Model terbaru Proton terima 44 tempahan

44 yg tempah...5 je yg lulus...hahah...padan muka protong...
 
tak lama lagi bersepah la kat atas jalanraya.....

BLM mula2 keluar pon macam2 org cakap.... senang cerita semua model proton ni mesti kena kutuk dulu... lepas tu berlambak je org pakai :D
typical malaysian :))

biasa org tunggu yg 2nd bacth... first bacth nie takut skit...
 
image.jpg


Proton Holdings Berhad menerima 44 unit tempahan bagi model baru P3 21A di seluruh negara sehingga jam 5 petang, sempena pra pelancaran model itu, semalam.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pelanggan berminat boleh membuat tempahan awal dengan membayar deposit RM500 pada hari pameran dan di semua kedai pameran Proton seluruh negara.

“Model P3 21A didatangkan dalam tiga varian iaitu 1.6 liter Premium CPE, 1.6 liter Eksekutif CVT dan 1.6 transaksi manual (MT).

“Harga bagi model terbaru ini pula dianggarkan sekitar RM62,000 sehingga RM75,000 seunit mengikut varian,” katanya, ketika berucap dalam pameran automotif ‘Power of 1’ di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Model P3 21A turut boleh diperoleh dalam enam warna iaitu merah, hitam, putih, coklat, biru dan perak.

Sementara itu, menurutnya, sepanjang pameran tersebut pelanggan boleh menikmati tawaran dan jualan istimewa bagi kenderaan terpilih keluaran Proton.

Beliau berkata, antara kenderaan yang ditawarkan harga istimewa termasuk Exora Bold, Persona, Saga FLX, Gen 2 dan Savvy dengan potongan harga daripada RM500 sehingga RM15,000.

Selain itu, kenderaan edisi khas seperti Exora, Persona, Saga dan Satria Neo turut akan diberikan diskaun besar-besaran daripada RM5,500 sehingga RM15,000. Manakala, R3 Satria Neo yang dilancarkan tahun lalu turut boleh diperoleh dengan diskaun RM6,000 daripada harga asal.

Bagi memudahkan memudahkan pelanggan, Proton turut menyediakan beberapa syarikat perbankan di tapak pameran bagi menawarkan perkhidmatan dan nasihat kewangan.



sumber;http://www.sinarharian.com.my/bisnes/model-terbaru-proton-terima-44-tempahan-1.32250


waaaaaa bnyk tu.....
 
nampak yg penuh stiker hitam putih tu mcm cutting body latio sedan jer...
jenis tak lebar tp tinggi...

tp dh lowered nanti smart kot... harap2 laa...
 
biasa org tunggu yg 2nd bacth... first bacth nie takut skit...

betul betul betul
contoh terbaru Exora BOLD 1st edition skang dah mula ada masalah
bukan kecik lak tu oil leaking..
 
44 je?...

dah test drive ke?... camne performance?...

berani btol dorang main beli aje... :))


 
patot proton buat promosi 10000 pertama dapat Ipad2 keh2
 
tak lama lagi bersepah la kat atas jalanraya.....

BLM mula2 keluar pon macam2 org cakap.... senang cerita semua model proton ni mesti kena kutuk dulu... lepas tu berlambak je org pakai :D
typical malaysian :))

hati bkn rela pn nk pakai,,tp trpaksa sbb kete luar lg mahal sbb cukai gilo babaeng :))
 
Back
Top
Log in Register