BTC USD 60,690.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Model terbaru Proton terima 44 tempahan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Proton Holdings Berhad menerima 44 unit tempahan bagi model baru P3 21A di seluruh negara sehingga jam 5 petang, sempena pra pelancaran model itu, semalam.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pelanggan berminat boleh membuat tempahan awal dengan membayar deposit RM500 pada hari pameran dan di semua kedai pameran Proton seluruh negara.

“Model P3 21A didatangkan dalam tiga varian iaitu 1.6 liter Premium CPE, 1.6 liter Eksekutif CVT dan 1.6 transaksi manual (MT).

“Harga bagi model terbaru ini pula dianggarkan sekitar RM62,000 sehingga RM75,000 seunit mengikut varian,” katanya, ketika berucap dalam pameran automotif ‘Power of 1’ di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Model P3 21A turut boleh diperoleh dalam enam warna iaitu merah, hitam, putih, coklat, biru dan perak.

Sementara itu, menurutnya, sepanjang pameran tersebut pelanggan boleh menikmati tawaran dan jualan istimewa bagi kenderaan terpilih keluaran Proton.

Beliau berkata, antara kenderaan yang ditawarkan harga istimewa termasuk Exora Bold, Persona, Saga FLX, Gen 2 dan Savvy dengan potongan harga daripada RM500 sehingga RM15,000.

Selain itu, kenderaan edisi khas seperti Exora, Persona, Saga dan Satria Neo turut akan diberikan diskaun besar-besaran daripada RM5,500 sehingga RM15,000. Manakala, R3 Satria Neo yang dilancarkan tahun lalu turut boleh diperoleh dengan diskaun RM6,000 daripada harga asal.

Bagi memudahkan memudahkan pelanggan, Proton turut menyediakan beberapa syarikat perbankan di tapak pameran bagi menawarkan perkhidmatan dan nasihat kewangan.



sumber;http://www.sinarharian.com.my/bisnes/model-terbaru-proton-terima-44-tempahan-1.32250
 
Last edited:
aik..dah lauch ke..brp harga?..nama protong ne apa..
 
aik..dah lauch ke..brp harga?..nama protong ne apa..

* Membayar yuran tempahan sebanyak RM500.
* Harga Proton P3-21A yang ditawarkan : Antara RM62,000 untuk model asas sehingga RM75,000 untuk model Proton P3-21a untuk spesifikasi tinggi

antara ciri2

1. Auto fold/unfold side mirror - Side mirror akan automatik fold setiap kali alarm kereta diaktifkan, dan automatik unfold selepas kenderaan bergerak selaju 5km. Selain itu ada juga butang untuk kegunaan manual seperti yang ada pada Exora BOLD
2. Auto Off Rear Demister - Mengelakan tint menggelembung
3. Follow Home Lamp
5. Trunk Remote Release
6. Front & Rear Socket 12V - Terdapat di bahagian hadapan dan belakang
7. Utility Hook - Terdapat pada ruang penumpang hadapan seperti Exora, dan juga di ruang belakang pada area ‘pilar B’
8. Low Rear Hump - Ruang kaki penumpang belakang tidak lagi sempit dengan kini bonggolan tengah di lantai ruang kaki belakang lebih rendah
9. Front & Rear Fog Lamp
10. Anti-Trap Power Windor - Driver side only
11. Seat Material - Water repellent Fabric. Seat boleh fold 60:40. Material sangat lembut dan selesa
12. Smart Info Display (SID) - Mempunyai 3 bacaan kilometer, Trip A, Trip B dan Trip C. Terdapat pelbagai lagi maklumat seperti memberi amaran jika bateri pada kunci lemah dan lain-lain
13. Autolock & Advance Lock System
14. Magnisium Inside Door Handle
15. Keyless Entry - Tiada lubang kunci pada keempat-empat pemegang pintu
16. BOSCH Head-Unit - 2-Din, Touch Screen Monitor, Navigator, Bluetooth, USB, AUX, MP3
17. YES WiFi Modem - In-car Internet, first ever car in Malaysia, coverage Semenanjung Malaysia
18. S-Mode (Sport) - Terdapat pada gear column (P-R-N-D-S), S-Mode akan menambah RPM sebanyak 1,000 secara serta-merta untuk pemanduan lebih agresif
19. BCM - Body Control Module

Review Proton P3-21A – CIRI-CIRI KESELAMATAN

1. 4 Wheel ABS & EBD with 4 Wheel Disc Brake
2. TC (Traction Control)
3. ESC (Electronic Stability Control)
4. BA (Braking Assist)
5. 4 AIRBAG - Airbag penumpang hadapan boleh di ON/OFF, untuk keselematan jika Bayi diletakkan di tempat duduk hadapan
6. 5 STARS Australia NCAP - Orang ramai tidak perlu lagi ragu-ragu tentang ketulenan markah penuh ujian perlanggaran P3-21A ini, kerana prosedur NCAP, pemilihan unit yang akan diuji bukan ditentukan oleh Proton atau syarikat pembuat kereta. Tetapi wakil NCAP dari Austrlia akan datang sendiri ke kilang model tersebut dan memilih sendiri secara rawak unit yang akan diuji. Jadi tiada lagi persoalan tentang markah penuh ujian perlanggaran NCAP. Dan saya sendiri tidak hairan tentang markah penuh tersebut setelah milihat video perlanggaran P3-21A dengan kelajuan 140km/h, bahagian ‘pilar A’ langsung tidak bengkok, terkesan atau sebagainya, ini membuatkan cermin hadapan tidak berderai, hanya retak atas kesan letupan Airbag sahaja. Untuk perbandingan, diantara City, Vios, Forte, Altis & Civic, hanya Civic sahaja yang mempunyai rekod NCAP, iaitu Japan NCAP.


Review Proton P3-21A - DIMENSI :

1. Length = 4.543m
2. Width = 1.786m
3. Height = 1.524m

Size luar keseluruhan kereta menunjukkan P3-21A lebih besar daripada City, Vios, Forte, Altis & Civic
Review Proton P3-21A - CASIS

1. Boot Space: 508 liter - Terbesar diantara City, Vios, Forte, Altis & Civic
2. Turning Radius: 5.3 meter
3. Full Tank Capacity: 50 liter
4. Aerodynamic (Rintangan Angin): CD Factor = 0.30 - Untuk perbandingan, Audi TT memiliki CDFactor = 0.29. Secara theory nya, semakin kurang rintangan angin, semakin kurang penggunaan petrol icon wink Review Lengkap Didedahkan Lagi!! Proton P3 21A Model Terbaik Proton Setakat Ini?

Review Proton P3-21A - POWER-TRAIN

1. 1.6L CFE with 7-speed Pro-Tronic CVT3 (VVT) - 205Nm @ 2,000rpm ; 140PS
2. 0-100km/h: 9.6 saat - Untuk perbandingan, Kia Forte 1.6: 12.5 saat

Review Proton P3-21A – VARIAN

1. Executive MT, 1.6 IAFM+ 5-Speed MT
2. Executive CVT, 1.6 IAFM+ 6-Speed CVT
3. Premuim CVT, 1.6 CFE 7-Speed CVT

Review Proton P3-21A – WARNA

1. Solid White
2. Tranquility Black
3. Genetic Silver
4. Fire Red (my favorite)
5. Blue Lagoon

Review Proton P3-21A - Ciri-ciri Lain Proton P3-21A Yang Diketahui Sebelum Ini :

1. Auto Cruise Control
2. Keyless Push Start (ON/OFF)
3. Magnesium Paddle Shift 7-speed & Manual Mode (+/-) on gear column
4. Audio Switch Steering Control
5. Soft touch plastic dashboard
6. Emblem on Steering Wheel
7. ISOFIX
8. Rain Sensor
9. Light Sensor
10. Day light Front LED
11. Sport Rim 16″ (10 Spoke)
12. Multi-link rear suspension with Lotus RIDE & HANDLING
 
Last edited:
kenapa mcm keta tak siap je dlm gmbr tu?
 
44 je? biasa kalo launch beratus atau beribu tempahan..
 
mahal gak.... kete buat dlm negara sendiri pon mahal....
 
tak lama lagi bersepah la kat atas jalanraya.....

BLM mula2 keluar pon macam2 org cakap.... senang cerita semua model proton ni mesti kena kutuk dulu... lepas tu berlambak je org pakai :D
typical malaysian :))
 
Back
Top
Log in Register