BTC USD 63,660.0 Gold USD 4,469.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Model majalah lucah dibicarakan

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
LEWES, England - Seorang model majalah lucah, Louise Glover dihadapkan ke sebuah mahkamah di sini kerana didakwa membelasah seorang wanita di sebuah tandas kelab malam.

Menurut laporan sebuah akhbar semalam, si mangsa, Maxine Hardcastle memberitahu mahkamah bahawa Louise menarik rambut dan memukulnya sehingga menyebabkan tulang hidungnya retak.

Maxine, 23, merupakan anak perempuan bintang pop Britain pada era 1980-an, Paul Hardcastle.

"Dia (Louise) menumbuk muka saya. Saya terjatuh ke lantai tetapi dia menarik rambut saya sebelum kembali menumbuk saya.

"Darah pula terpercik di merata-rata tempat. Kemudian dia cuba untuk meletakkan kepala saya di dalam tandas. Saya berjalan keluar (dari tandas) dan setiap orang menjerit," kata Maxine.

Semasa membela diri, Louise, 26, menafikan dia mempunyai niat untuk mencederakan wanita itu dalam insiden yang berlaku di Brighton dua tahun lalu.

Namun, dia menyatakan perbuatan itu dilakukan bagi tujuan mempertahankan diri selepas Maxine mahu menggoda suaminya.

Kes itu kemudian ditangguhkan selama dua bulan selepas hakim mengarahkan panel juri supaya bersurai setelah mereka bertikam lidah dan gagal membuat keputusan berhubung kes berkenaan.

- Agensi.
 
Back
Top
Log in Register