BTC USD 76,497.4 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lima Kes Rasuah Dihadapi Shamsul Iskandar Dibicarakan Bersama

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,717
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,717
Reaction score
97
Points
80
8fe621a8a141e7f1491b366c4d84cf8f69324a95c1cc7

Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin

Kes rasuah Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin di Mahkamah Sesyen Shah Alam akan dibicarakan bersama empat lagi pertuduhan rasuah melibatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Suzana Hussin memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Farah Ezlin Yusop Khan untuk memindahkan kes berkenaan dan ia tidak dibantah peguam Datuk Amer Hamzah Arshad yang mewakili bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri itu.

"Mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk kes terbabit dibicarakan bersama dan menetapkan 11 Mac ini untuk sebutan kes bagi serahan dokumen," kata Suzana.

Terdahulu, Farah Ezlin memohon lanjutan masa untuk pihak pendakwaan menyerahkan dokumen berkaitan kes kepada mahkamah dan pihak pembelaan kerana pendakwaan perlu melihat dokumen mana yang akan digunakan untuk perbicaraan kelak.

Amer Hamzah berkata pihaknya tidak membantah permohonan berkenaan, namun memohon agar dokumen yang sudah tersedia diserahkan terlebih dahulu kepada mereka.

"Selepas teliti dokumen, kami akan mempertimbangkan untuk kemuka representasi jika terdapat sebarang kelemahan atau isu berbangkit. Kami juga sedang mengkaji kemungkinan akan memfailkan permohonan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi kerana terdapat isu undang-undang berkaitan pertuduhan yang akan dicabar," kata Amer Hamzah.

Pada 4 Dis lepas, Shamsul Iskandar didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan bersetuju menerima suapan secara rasuah bagi dirinya sendiri iaitu wang tunai berjumlah RM100,000 daripada ahli perniagaan Albert Tei Jiann Cheing, 37, sebagai dorongan untuk membantu syarikat-syarikat dimiliki Tei mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah, walaupun perkara itu tiada kaitan dengan hal ehwal prinsipal tertuduh.

Shamsul Iskandar juga didakwa menerima suapan wang tunai RM40,000 daripada Tei bagi tujuan sama dan dua lagi pertuduhan menerima suapan berbentuk kelengkapan perabot dan barangan elektrik bernilai RM14,580.03 dan RM22,249 daripada individu sama bagi tujuan serupa.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di premis di Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya, di tempat letak kereta sebuah hotel di Jalan Sultan Hishamuddin, di sini dan di Jalan P14a 1/1, Presint 14, Putrajaya, antara  7 Dis 2023 dan 31 Jan 2024, serta di Jalan P14a 1/1, Presint 14, Putrajaya, antara 24 Nov 2023 hingga 5 Mac 2024.

 
Back
Top
Log in Register