BTC USD 61,713.5 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Model disimbah asid kian pulih

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
du_04.1.jpg

GAMBAR rakaman kamera litar tertutup menunjukkan detik-detik wajah disimbah dengan asid di sebatang jalan raya di London pada tahun lalu.​

LONDON - Seorang model yang mukanya cacat akibat disimbah asid, Katie Piper pernah meminta ibunya membunuh dirinya semasa dia dirawat di sebuah hospital, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurutnya, semasa itu, dia beranggapan lebih rela mati daripada menjalani pembedahan dan rawatan yang menyakitkan bagi memulihkan wajahnya.

Namun, dia mengubah pemikirannya dan model berumur 26 tahun itu kini menceritakan kecekalannya untuk menjalani hidup sebagai manusia normal.

Dalam satu wawancara dalam sebuah filem dokumentari di rangkaian televisyen Channel 4, dia menceritakan kisah dirinya sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran berhubung penderitaan terhadap mangsa-mangsa melecur.

Semasa melihat wajahnya buat kali pertama dia berkata: "Saya menganggap seseorang perlu memberikan saya satu lagi cermin kerana cermin yang saya lihat itu sudah pecah.

"Saya kemudiannya sedar bahawa wajah di cermin itu ialah diri saya."

Dia turut meminta ibunya, Diane supaya membunuhnya.

du_04.2.jpg

PIPER sebelum wajahnya melecur akibat disimbah asid. Gambar kecil, Wajah terkini Piper​

Serangan asid itu diatur oleh bekas kekasihnya, Daniel Lynch yang telah merogolnya.

Piper menghadapi masalah penglihatan apabila sebelah matanya buta akibat serangan itu.

Dia turut menjalani lebih 30 pembedahan untuk memulihkan wajahnya.

Beberapa dokor di Hospital Chelsea dan Westminster di London Barat mengeluarkan semua kulit pada wajahnya untuk digantikan dengan kulit tiruan.

Pada 31 Mac 2008, dia diserang oleh seorang lelaki di sebatang jalan raya yang sibuk di sini.

Seorang lelaki yang menutup kepalanya mendekati Piper dan menyimbah cecair pada wajahnya.

"Sakitnya amat sangat. Saya dapat merasakan kulit dan pakaian saya terbakar," kata Piper. - Agensi
 
kesian..nape lah dengki sgt kat org yg cantik..cantik sgt susah..tak cantik susah,, camne eak..?
 
huhuhu.... ingat kat malaysia...
 
model..carik mkn ngn kecantikan..
mmg le smpi rase nk bunuh diri..
 
alahai siannye...

takpe la..pelan2 nanti ok la..kat sana pun dah terer operet2 muke nih..
 
harap2 lau die ade bopren bopren die x tinggalkan die laa...
 
kejamnya manusia....camtu sekali benci
 
Back
Top
Log in Register