Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 73,459
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,459
- Reaction score
- 7,735
- Points
- 916
26.08.2021 - Los Angeles, Lelaki yang menjadi model bayi untuk kulit album Nevermind daripada kumpulan Nirvana pada 1991 memfailkan saman terhadap kumpulan grunge legenda itu atas dakwaan eksploitasi seks. Spencer Elden, 30, berusia empat bulan ketika gambarnya dalam keadaan bogel sambil cuba mencapai wang kertas yang tersangkut di mata kail dalam kolam renang itu dirakam.
Album Nevermind yang memuatkan lagu popular Nirvana seperti Smells Like Teen Spirit, Come As Your Are dan Lithium itu mencatat kejayaan luar biasa apabila terjual lebih 30 juta unit. Ia juga diiktiraf sebagai antara album rock terbaik sepanjang zaman.
"Tiada persetujuan pernah ditandatangani oleh Elden mahupun penjaga sahnya terhadap penggunaan gambar berkenaan," demikian antara dakwaan dalam fail saman itu.
Elden dikatakan tidak pernah menerima sebarang wang pampasan untuk gambar berkenaan. Justeru, dia menuntut RM629,000 sebagai wang ganti rugi daripada 15 defendan kes itu. Mereka termasuk bekas anggota Nirvana yang masih hidup iaitu Dave Grohl dan Krist Novoselic, aset hartanah mendiang Kurt Cobain serta jurugambar, Kirk Weddle.
"Gambar pada kulit album itu sehingga sekarang mendedahkan bahagian sulit Spencer sejak dia masih bayi. Spencer menderita gangguan emosi yang ekstrim dan berpanjangan selain kehilangan punca pergantungan pendapatan," kata jurucakap itu.
Sementara itu, wakil jurucakap Nirvana dan bekas anggotanya belum memberi sebarang maklum balas terhadap saman itu. Menurut laporan, jurugambar, Weddle adalah rakan kepada bapa Elden. Gambar itu diambil ketika mereka mengadakan parti di tepi kolam renang terbabit. Ibu bapa Elden hanya menerima bayaran sebanyak RM838 untuk gambar itu.