BTC USD 81,081.4 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Model baru keluaran Proton

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Proton Holdings Berhad (Proton) optimis jualan kenderaannya meningkat menjelang 2012 berbanding tahun ini.

Sasaran peningkatan itu dijangka dapat dicapai menerusi hasil pengenalan teknologi baru yang diperkenalkan melalui Saga FLX SE 1.6 dan model kenderaan pelbagai guna (MPV) Exora.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Ahmad Suhaimi Mohamed Anuar berkata, sejak dilancarkan, Proton telah menerima tempahan kira-kira 450 unit bagi Saga FLX dan 300 unit bagi model Exora.

“Secara purata jualan Saga sebelum ini sekitar 500 unit sebulan dan menerusi pengenalan model baru ini Proton menyasarkan jualan meningkat sehingga 800 unit,” katanya sambil memberitahu Proton optimis model Exora catat jua*lan purata 2,200 unit.

Kedua-dua varian model Exora hanya berada di pasaran bermula Januari tahun hadapan.

Ahmad Suhaimi berkata, teknologi baru yang diperkenalkan menerusi dua model ini diperoleh hasil maklum balas pelanggan yang meng*inginkan kuasa pada kenderaan sekali gus mampu menjimatkan minyak.

Menurutnya, gabungan enjin kecekapan bahan bakar (CFE) bersama CVT pada dua varian Exora, Premium Bold dan Prime memberikan kecekapan penggunaan bahan api sekali gus mengurangkan penggunaan minyak. “Gabungan enjin 1.6 liter Campro IAFM dengan transmisi
berubah berterusan (CVT) pada Saga FLX memberikan peratus pecutan lebih baik dan mengurangkan penggunaan bahan api de*ngan tambahan empat peratus berbanding model Saga 1.6 sebelumnya,” katanya pada Majlis Pandu Uji Saga dan Exora Bersama Media ke Terengganu.

sumber: http://www.sinarharian.com.my/bisnes/model-baru-keluaran-proton-1.14853
 
aku tetap setia pada yg satu iaitu perodua :"> :"> :">
 
tak ade idea ke nak buat rekabentuk baru.

pusing2 itu juga
 
ingatkan Proton 1 Malaysia ...murah sket :))
 
Back
Top
Log in Register