BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Model 10 tahun cetus kejutan

hab81020

Super Active Member
Messages
5,119
Joined
Mar 21, 2010
Messages
5,119
Reaction score
233
Points
83
NEW YORK - Gaya seorang model kanak-kanak yang baru berusia 10 tahun yang dipaparkan dalam majalah Vogue Enfants telah mencetuskan kejutan dalam industri peragaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Gaya kanak-kanak itu, Thylane Lena-Rose Blondeau yang semakin menjadi sebutan dalam arena fesyen telah menimbulkan kontroversi kerana dia memaparkan gaya tarikan seksual seperti individu berusia dua kali ganda umurnya.

Thylane telah muncul dalam pelbagai kempen dan imejnya tersebar luas di Internet.

Kejelitaan wajah kanak-kanak dari Perancis itu pernah menghiasi muka depan majalah Vogue Enfants dalam edisi khas.

Dilahirkan di Ivory Coast, Thylane merupakan anak pasangan pemain bola sepak pasukan Perancis, Patrick Blondeau dan pelakon Véronika Loubry.

Seorang perunding psikologi, Dr. Emma Gray menyatakan bahawa gambar itu menunjukkan kanak-kanak berkenaan didedahkan dalam dunia orang dewasa.

Menurutnya, sebelum kanak-kanak didedahkan dengan dunia seperti itu, orang dewasa perlu mencipta suasana yang memberikan golongan tersebut masa dan ruang selain memupuk perkembangan fizikal serta psikologi. - Agensi


article-0-0D4BBE8500000578-29_634x520.jpg

NEW YORK - Gaya seorang model kanak-kanak yang baru berusia 10 tahun yang dipaparkan dalam
majalah Vogue Enfants telah mencetuskan kejutan dalam industri peragaan, lapor sebuah akhbar
semalam
 
Last edited:
rosak bdk nieeeee
 
habis ... makin teruk
 
mak bapak tak sabo2 nak bagi anak "dewasa".. last2 jadi camni..
 
mak bapak bdk tu nk cr duit lebih tuuu..
 
Back
Top
Log in Register