BTC USD 63,759.0 Gold USD 4,329.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Modal RM3 saja, untung RM1,000

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Pemenang bertuah itu, Mohd Zin Udin
< 1 / 1 >
SEREMBAN – Hanya bermodalkan RM3 untuk membayar wang pos bagi menghantar jawapan PR1M anjuran Sinar Harian, seorang pesara tentera berjaya memenangi wang tunai berjumlah RM1,000.

Pemenang bertuah itu, Mohd Zin Udin, 63, berkata, dia sangat terkejut sebaik sahaja dimaklumkan memenangi peraduan itu, pada penghujung bulan lalu.

“Awalnya saya ingat panggilan itu hanya main-main tetapi setelah disahkan oleh pengurusan Sinar Harian nama saya terpilih, saya hampir melompat kerana terlalu gembira.

“Tidak sangka pula rezeki saya menang hadiah wang tunai sebanyak ini. Dengan duit ini, bolehlah saya buat belanja seharian. Belum ada sebarang perancangan apa-apa lagi,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dia yang sebelum ini menghantar enam penyertaan, berterima kasih kepada Sinar Harian kerana menganjurkan peraduan yang sedikit sebanyak membantu meringankan beban pembacanya.

Mohd Zin yang juga pembaca setia Sinar Harian, berharap peraduan sebegini diteruskan.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/modal-rm3-saja-untung-rm1-000-1.376284
 
Dengan duit ini, bolehlah saya buat belanja seharian.

Kalau terima duit percuma, ayat atas mesti keluar. Terima kasih BR1M :D
 
image.jpg

Menurutnya, dia yang sebelum ini menghantar enam penyertaan, berterima kasih kepada Sinar Harian kerana menganjurkan peraduan yang sedikit sebanyak membantu meringankan beban pembacanya.

Menurutnya, dia yang sebelum ini membeli enam kali nombor 4d, berterima kasih kepada 4d,magnum,toto kerana menganjurkan peraduan yang sedikit sebanyak membantu meringankan beban pembacanya.
 
Menurutnya, dia yang sebelum ini membeli enam kali nombor 4d, berterima kasih kepada 4d,magnum,toto kerana menganjurkan peraduan yang sedikit sebanyak membantu meringankan beban pembacanya.

Mende nih bro?...:-?
 
Jangan magnum 4d dshler.. Tahniah kat pakcik tu
 
apalah wartawan ni.. boleh plak tnya perancangan nk buat apa dengan duit sebanyak tu... :))
 
Menurutnya, dia yang sebelum ini membeli enam kali nombor 4d, berterima kasih kepada 4d,magnum,toto kerana menganjurkan peraduan yang sedikit sebanyak membantu meringankan beban pembacanya.

awak samakan peraduan dgn judi ke?
rm3 yg dia bayar tu utk belanja pos.. #-o
 
Back
Top
Log in Register