BTC USD 85,346.6 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mod: Tolong delete thread ini

Tuan, saya post ayat ke-7 dari surah Ali Imran.

"Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya . Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran".[Ali Imran:7]

Tuan kata ayat mutasyabihat ini kena takwil.

Allah SWT, Rabb kita, Pencipta kita kata orang yang hatinya cenderung ke aras kesesatan akan mencari2 takwil ayat mutasyabihat. Sedangkan maknanya hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Dan kami kata, kita tunduk pada Allah SWT dan sifat2NYA sebagaimana yang diberitahu di dalam AlQur'an dan Hadith, tanpa banyak soal.

Maka saya turut berdoa..

(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. [Ali-Imran:8]

Erm, saudara tanyalah orang yg pandai. Saya tak tahu nak jelaskan. Saya takut saudara tersalah kerna saya yg jahil dalam menjelaskan.

Amin. Wallahualam.
 
Memang tu TGNA.
Tapi tak nampakkah saudara apa yang saya cuba sampaikan?
Saudara membuat kesimpulan berdasarkan video.
Cuba tengok komen2 ni..

wmefairooz eirman 3 weeks ago

kalau mu kato Salaf wahabi pah ore gi mekoh sembahyang pakai Imam Wahabi soh dok maye..satu dunia dok soh..guano kiro..pah wahabi duk tadbir Mekoh..taksoh gi laa Mekah...tak payah buat haji sebab Mekoh sek-sek salaf, kito gege di Malaysia tapi bakpo tok gi ko Imam Masjid Haramain royak ko dio "Anta Wahabi salafi wa tujassimu zatillah...faqod qafaro"...boleh penampar cap unta la..demo....berlapang dada lah pasal umur mutashabihah
·
nur azam

nur azam 1 month ago

syeikh nuruddin ni org alim jgk... kenapa bila ada ulama' yg nak bhs perkara ni...kita plak yg bising2...
· in reply to PAS DUN BATU RAKIT (Show the comment)
gelyn sano

gelyn sano 2 months ago

tok - tok guru pondok duk ajok doh TGNA jupo nk debat tp snyap ko ari ni.. mu ni tahu ko dok ko duk mipi lg mu nih.. sbb tu lh bnda ni gege sapai loni xselesai mugo TGNA wt snyap jah hok kecek banyok pengikut2 mace mung jah.. sbb masalah iktiqad & akidah loni gu weeeh..
· in reply to PAS DUN BATU RAKIT (Show the comment)
Johari Jusoh

Johari Jusoh 2 months ago

nuruddin guna akal dia nak tafsir hadis...tok guru terus ambik berdasarkan bahasa nabi. Itu bezanya.

·
morsi azhar

morsi azhar 2 months ago

PUTAR BELITLAH KATA2 ULAMA.. KIASAN TUAN GURU UNTUK ORANG KELANTAN,SUPAYA MUDAH FAHAM.. YANG KAU LAGAKAN ULAMA NAK BUAT APA..JAHAT DEMO USTAZ FAEZ !
·
exacttc

exacttc 2 months ago

Tak payah sgt nak faham yg TGNA bgtau tu... bahaya jugak kalau org komen sesuatu yg dia sendiri kurang jelas bahasa yg digunakan... bg saya, apa yg dikatakan TGNA tak de apa yg mengelirukan...
·
PAS DUN BATU RAKIT

PAS DUN BATU RAKIT 2 months ago

Setuju dengan TGNA. ALLAH Maha Agung. DIA boleh buat apa saja. Kalau iktikad ALLAH macam manusia kalau turun dan kena naik maka sifat tu sama ngan manusia. maka tak betullah tanggapan itu. Ana rasa Nurddin asyik kondem orang aja. TGNA dan UAI dikondemnya. Ha ha ha tegur jauh-jauh je. marilah dekat2. Bincang kalau salah. ke jual ikan gelamer.
·
ameen adnan

ameen adnan 2 months ago

Tak. Ambe tak tengok video semata-mata.

Jadi,apa maksud saudara letak komen di atas? Supaya saya ambil kata-kata orang awam berbanding ulama'?

Serius. Saya tak faham apa yang saudara nak katakan. :)
 
Erm, saudara tanyalah orang yg pandai. Saya tak tahu nak jelaskan. Saya takut saudara tersalah kerna saya yg jahil dalam menjelaskan.

Amin. Wallahualam.

Mungkin saya tersalah, dan mungkin saudara betul.

Mungkin juga saudara tersalah, dan mungkin saya betul.

Apapun, saya pohon saudara yang saya kasihi, baca balik dan dalami terjemahan ayat 7 surah Al-Imran tu betul2. Tak puas hati ambik terjemahan JAKIM atau mana2 yang tuan rasa betul.

Saya rasa, cukup terang dah, apa yang Allah SWT bagitahu tu...
 
Tak. Ambe tak tengok video semata-mata.

Jadi,apa maksud saudara letak komen di atas? Supaya saya ambil kata-kata orang awam berbanding ulama'?

Serius. Saya tak faham apa yang saudara nak katakan. :)

Maksud saya hanya/cuma..

Ustz Nuruddin guna akal dia nak tafsir hadis ( dia adalah seorang individu macam TGNA, saudara dan saya )...tok guru terus ambik berdasarkan bahasa nabi ( juga individu macam Ustz Nuruddin, saudara dan saya. Saya maksudkan TGNA. ). Itu bezanya. ( Ikut takrif dan pilihan terjemahan perkataan yang TGNA gunakan, atau Ustz Nuruddin gunakan )

KIASAN TUAN GURU UNTUK ORANG KELANTAN,SUPAYA MUDAH FAHAM

Tak payah sgt nak faham yg TGNA bgtau tu... bahaya jugak kalau org komen sesuatu yg dia sendiri kurang jelas bahasa yg digunakan... bg saya, apa yg dikatakan TGNA tak de apa yg mengelirukan...

Setuju dengan TGNA. ALLAH Maha Agung. DIA boleh buat apa saja. Kalau iktikad ALLAH macam manusia kalau turun dan kena naik maka sifat tu sama ngan manusia. maka tak betullah tanggapan itu.

*Sedangkan mereka yang bahasa ibundanya Arab pun bertelagah/bergaduh untuk menterjemah maksud Allah dalam Quran sebab dek kiasan Allah dalam kalamNYA. Inikan pula dari loghat kelate ke lorat Jowo.
 
Last edited:
Mungkin saya tersalah, dan mungkin saudara betul.

Mungkin juga saudara tersalah, dan mungkin saya betul.

Apapun, saya pohon saudara yang saya kasihi, baca balik dan dalami terjemahan ayat 7 surah Al-Imran tu betul2. Tak puas hati ambik terjemahan JAKIM atau mana2 yang tuan rasa betul.

Saya rasa, cukup terang dah, apa yang Allah SWT bagitahu tu...

Mazhab Khalaf dinamakan sebagai mazhab Isbat wa Takwil (yakni menerima ayat-ayat mutasyabihat itu dengan mentakwil (mentafsirkan) maknanya), mazhab Salaf dinamakan mazhab Isbat wa Tafwidh (yakni menerima ayat-ayat mutasyabihat itu tetapi menyerahkan maknanya kepada Allah) dan mazhab Ibnu Taimiyah (Salafiyah) dinamakan; Isbat wa Tanzih (menerima ayat-ayat mutasyabihat tadi dengan makna zahirnya tetapi dengan mentanzihkan Allah (yakni menyucikanNya) dari penyerupaan dengan makhluk).

Secara dasarnya, ketiga-tiga mazhab ini ada titik pertemuanya, iaitu semua mereka mengisbatkan (yakni menerima) ayat-ayat mutasyabihat. Begitu juga, semua mereka sepakat menafikan penyerupaan Allah dengan makhluk. Perbezaan mereka ialah dalam memahami kehendak ayat-ayat mutasyabihat tersebut dan menentukan mana yang paling tepat dengan kehendak Allah dari ayatNya antara mentakwilkanya, menyerahkannya kepada Allah atau memakai makna zahirnya tetapi berserta penyucian dari persamaan.

Merujuk secara khusus kepada makna Istiwa Allah di atas ‘Arasyh, pandangan ketiga-tiga mazhab ini adalah seperti berikut;

1. Mazhab Khalaf; makna zahir istiwa ialah istaqarra dan ‘ala (iaitu menetap di atas sesuatu atau meniggi di atas sesuatu). Makna ini menurut Khalaf menyamakan Allah dengan makhluk, iaitu seolah-olah Allah itu bertempat dan berarah seperti makhluk. Kerana itu, hendaklah dipakai makna majaznya (yakni makna yang tersirat darinya) iaitu istaula atau malika yang bermaksud; menguasai atau memiliki, yakni “(Allah) ar-Rahman memiliki (atau menguasai) ‘ArasyhNya”.

2. Mazhab Salaf; istiwa Allah diyakini sebagaimana yang disebut oleh Allah tanpa perlu ditafsirkan apa maknanya. Sebarang makna bagi ayat tersebut yang menunjukkan seolah-olah Allah sama seperti makhluknya makna itu tidak dikehendaki (yakni perlu dinafikan), namun apa makna sebenarnya bagi istiwa itu hanya Allahlah yang mengetahuinya. Tidak perlu kita menyebukkan diri mencari-carinya atau membahasnya kerana ia tidak pernah dilakukan oleh Nabi dan para sahabat. Imam Malik apabila ditanya tentang makna ayat tersebut, ia menjawab; “Tentang istiwanya Allah itu sedia diketahui (kerana Allah sendiri menceritakanya. Namun kaifiyat istiwa itu (yakni bagaimana pengertiannya Allah beristiwa itu) adalah majhul (yakni tidak diketahui (kerana Allah tidak menceritakannya). Sesiapa bertanya tentangnya (yakni menyebukkan diri untuk menyelidikinya) dia melakukan bid’ah (kerana Nabi dan para sahabat tidak melakukanya)”. Jawapan Imam Malik ini memberi gambaran kepada kita bagaimana pandangan Salaf tentang masalah ini. Berkata Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya; “Mazhab Salaf ialah menerima ayat sebagaimana datangnya (yakni membacanya sahaja) tanpa takyif (menggambarkan bagaimana caranya Allah beristiwa itu), tanpa tamsil (menyerupakan Allah dengan makhluk) dan tanpa ta’til (menolak ayat atau menolak sifat Allah yang dinyatakan dalam ayatNya). Namun makna zahir ayat sebagaimana yang ada dalam kepala golongan musyabbihin (iaitu golongan yang menyamakan Allah dengan makhluk) hendaklah dinafikan makna itu dari Allah kerana tidak ada mana-mana makhluk yang menyerupai Allah” (Tafsir Ibnu Kathir, surah al-A’raf, ayat 54).

3. Mazhab Salafiyah; mereka memakai makna zahir dari istawa iaitu istaqarra (menetap) dan ‘ala (meninggi), jadi makna Allah beristiwa di atas ‘Arasyhnya ialah Allah menetap dan meninggi di atas ‘ArasyNya. Ia selari dengan firman Allah yang menegaskan bahawa Allah di langit, kerana ‘AryashNya berada di langit. Namun jangan digambarkan menetap dan meninggiNya Allah itu sama seperti menetap dan meningginya kita di atas sesuatu (katil, kerusi, bangunan tingkat atas dan sebagainya) kerana sifat Allah tidak sama dengan sifat makhluk walaupun menggunakan lafaz dan bahasa yang sama (contohnya; Allah mendengar dan makhluk mendengar. “Mendengar” adalah perkataan yang sama digunakan untuk Allah dan untuk makhluk, namun apabila kita mengakui Allah bersifat dengan as-Sama’ (mendengar) wajib kita mengiktiqadkan bahawa mendengarnya Allah tidak sama seperti mendengarnya makhluk walaupun bahasa yang digunakan adalah sama. Maka keadaan yang sama bagi istilah istaqarra (menetap) dan ‘ala (meninggi). Sama juga halnya ketika kita membaca hadis Nabi; “Allah turun ke langi dunia ketika tiba saat 1/3 malam yang akhir”, maka menurut mazhab ini; Allah sememangnya turun ke langit dunia (kerana itu yang diceritakan Nabi), namun cara bagaimana turunnya Allah jangan kita gambarkan seperti turunnya makhluk dari tingat atas ke tingkat bawah). - http://ilmudanulamak.blogspot.com/2012/09/ayat-mutasyabihat-antara-pandangan_10.html

Terima kasih tuan. Mungkin kita dah jumpa titiknya yg betul. Adapun yang salah sebenarnya ialah mengambarkan istiwa itu seperti " bersila lendik" itu yg salah. ke tuan terima jugak perkataan istawa itu bersila lendik? Membayangkan itu salah.

Saya berterima kasih atas muzakarah ini. :)
 
Maksud saya hanya/cuma..

Ustz Nuruddin guna akal dia nak tafsir hadis ( dia adalah seorang individu macam TGNA, saudara dan saya )...tok guru terus ambik berdasarkan bahasa nabi ( juga individu macam Ustz Nuruddin, saudara dan saya ). Itu bezanya. ( Ikut takrif dan pilihan terjemahan perkataan yang TGNA gunakan, atau Ustz Nuruddin gunakan )

KIASAN TUAN GURU UNTUK ORANG KELANTAN,SUPAYA MUDAH FAHAM

Tak payah sgt nak faham yg TGNA bgtau tu... bahaya jugak kalau org komen sesuatu yg dia sendiri kurang jelas bahasa yg digunakan... bg saya, apa yg dikatakan TGNA tak de apa yg mengelirukan...

Setuju dengan TGNA. ALLAH Maha Agung. DIA boleh buat apa saja. Kalau iktikad ALLAH macam manusia kalau turun dan kena naik maka sifat tu sama ngan manusia. maka tak betullah tanggapan itu.

*Sedangkan mereka yang bahasa ibundanya Arab pun bertelagah/bergaduh untuk menterjemah maksud Allah dalam Quran sebab dek kiasan Allah dalam kalamNYA. Inikan pula dari loghat kelate ke lorat Jowo.

Baiklah. Masalah bahasa?

Jadi, saudara terima TGNA berkata Allah swt bersila lendik atas arasy?

Sedangkan ulama salaf berpendapat " Apa yang Allah swt sebut itu memang betul ISTIWA,DUDUK tetapi tak sama dengan makhluk. Duduk yg macam mana? Wallahualam. Serah pada Allah swt."

Kalau salah tolong betulkan.

Jadi,macam mana boleh datang bersila lendik tu tuan? Salafiyah pun tak kata gitu. Kecuali mujassimah(baca: wahabi).

Nak tanya, macam mana pula dengan ayat " Tangan Allah swt di atas
tangan-tangan mereka" - Al Fath:10

Allah swt ada tangan ke?

Wallahualam.
 
TIDAK.
Saudara faham apa maksud mantik? Menaakul?
Saudara terikat dengan fahaman IQRA itu adalah baca. Macam baca A-B-C.
Kekeliruan yang saudara hadapi bermula disitu. :)
Terjemahan memerlukan saudara berdiri pada 2 takrif.
Melalui definisi standard, atau melalui terjemahan pilihan bahasa yang diterimapakai.
Saudara memahami lurus. Bukan pecahan maksud.
Sama belahan sifat 20 Allah. Yang 20 tu 'permukaan' sahaja.
*Contoh: A, Ikan kerapu waktu kecil dipanggil kerapu. B, bila besar sikit dipanggil apa? C, bila lagi besar dipanggil kertang.
Haiwannya sama je kan?
 
Jadi, apa maksud bersila lendik? Bersila lendik itu terjemahan daripada duduk? Sedangkan duduk itu umum. Bersila lendik itu cara duduk? Jadi, perkataan duduk(istiwa) telah dimaksudkan kepada bersila lendik. Sedangkan kita tak tahu apakah maksud Allah swt dgn akan makna istiwa. Wallahualam.

Hmm...Mengikut ASWJ,boleh ke?

Sedangkan Allah swt tiada serupa dengan segala makhluk.

Buat apa nak bantah perkataan TGNA ? Dek politik? Takda faedah.. Buat penat je cuma nak memahamkan masyarakat ni. Ttg akidah ASWJ.

#balaghah kelate ko abe dio weh? Jangan nanti ada orang tanya .

A: Mung akidah gapo?
B: ASWJ.
A: Apa yg mung paham ttg ayat ISTIWA(duduk)?
B: Allah swt duk bersila lendik atas arasy lah... (mengikut terjemah TGNA)
A: Eh! Kata ASWJ...ASWJ mana kata gitu... Sedangkan, Allah swt ini tidak bertempat dan tak sama dengan makhluk. Macam mana boleh bersila lendik atas arasy?

Haa...nak jawap guane? Contoh la. Kalau salah,tegur lah apa yg salah. Saya pun manusia biasa..... :D
 
Demi Allah saya hanya guna celcom broadband, jika tidak nescaya saya dapatkan versi penuh untuk saudara berkenaan video tu. Serta jawapan yang sepatutnya saudara dengar demi untuk memuaskan hati saudara.
Ada ke orang yang berjumpa kerana atau untuk Allah bila berjumpanya bertanyakan akidah mende?
Wallahi tak pernah pulak saya alaminya.
Andai berlaku kepada saya, saya tentunya takkan berikan jawapan, hanya lagi soalan.
Kenapa itu pula yang didahulukan?
Yang saya selalu lalui adalah, soalan yang bermula dengan sama ada saya sihat atau tidak. Dan seterusnya tentang keluarga, kerja..
Atau kalau yang advance sikit bertanyakan 'iman' sihat ke tak? :)
*Saya dan anak sedara selalu begitu. Tapi ini adalah kerana akrabnya kami. Itu lain.
Pada saya saudara remeh lagi meremehkan.
Umpamanya bertanyakan mana dahulu antara telur dengan ayam.
Saya minta maaf jika saudara tetap tak faham apa yang cuba disampaikan.
Bukan saya yang Allah izinkan untuk buat saudara faham. :)
 
Oh. Saudara, ketahuilah saudara bahawa saya tidak menghukum saudara. Tidak menghukum sesiapa yang berbeza pendapat.

Tetapi ini soal akidah saudara. Soal keyakinan,iktikad kita ASWJ kepada ALLAH SWT. Niat saya hanya nak betulkan. Sekiranya saya salah, tuan betul. Saya menerima. Tiada masalah.

Cuma disini saudara,saya membawa kisah seperti tadi adalah kerana saya mahu saudara berfikir kerana saudara katakan ia adalah masalah bahasa. Bukan saya sahaja yang mempersoalan perkataan "bersila lendik..". Ramai lagi, tak percaya? Tanya tok guru pondok. Cuba tanya ustaz2 lain boleh ke guna perkataan bersila lendik ini.

Bukan masalah bersila lendik sahaja wahai saudara yang dirahmati Allah swt, masalah maulid,masalah kenabian yang TGNA zahirkan. Berbeza dengan ASWJ yang boleh membawa kecelaruan kepada orang awam. Orang awam akan jadi keliru.

Ditanya dalam kubur adalah mula-mula soal aqidah. Siapa tuhan kamu?

Tiada ditanya "mung ada bela ayam?" tiada. Contohnya lah. Wak lawak sikit. Hehe. :D :D

Begitulah saudara. Menegakkan kebenaran sahaja. Adapun jika saya terkasar bahasa,tersalah. Saya mohon maaf. InsyaAllah. Saya akan rujuk orang yg alim lagi,saya tahu saya jahil.

Saudara rujuklah pada mereka yang lebih tahu. Saya mohon maaf jika saya mengelirukan saudara sekalian.

Saudara ada video ea? Nanti saudara bagi link kat saya. Sama2 kita cari kebenaran. :)

Aqidah didahulukan,syariat diutamakan. :)cgrock:)cgrock
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register