BTC USD 85,417.5 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mod: Tolong delete thread ini

Pertanyaan demikian timbul dari pemikiran cuba menyerupakan Allah dengan makhluk yakni "segala sesuatu"... Allah tidak tertakluk pada ruang dan masa.

Kita guna bahasa biasa sahaja... bukan bahasa kitab

Yang dikatakan segala sesuatu termasuklah

Jirim
proton elektron
unsur2 cahaya
dark matter
radioktif... dan sebagainya

Ruang dan masa... yakni sebelum einstein memperihalkan akan timespace... orang islam telahpun mengetahui bahawa ruang ada masa itu adalah termasuk segala sesuatu.

Akal manusia hanya akan berkisar di ruang lingkup perkara2 tersebut.

Akal manusia tidak mampu mencapai realiti keberadaan Allah.

Ini yang saya kata cubaan mengaitkan sifat Allah SWT dengan sifat makhluk.

Bila dikatakan bahawa Allah SWT istiwa, tinggi di atas ArasyNYA, maka cuba dikaitkan dengan tempat, ruang dan arah. Sedangkan Allah SWT bebas,tidak berhajat dan tidak terikat dengan semua tu.

Benar, akal manusia tak mampu mencapai realiti keberadaan Allah SWT. Sebab itu lah, Al Qur'an dan Hadith memandu kita. Dalil al Qur'an (yang saya post sebelum) dan Hadith mengatakan Allah SWT Istiwa, tinggi di atas ArasyNYA.

Maka kita patuh, tunduk....
 
Saudara punyai anak?
Adik beradik?
Berapa kali dalam hidup ini saudara pilih untuk 'diam' apabila diajukan soalan yang sepatutnya selesai lama dulu?
Soal Syiah, Wahhabi, ASWJ atau apa jua dah selesai lama dulu.
Siapa yang 'korek' balik masalah yang timbul ni?
Orang Yahudi ke?>
Kristian?
Buddha?
Hindu?
Jika 'diam' bererti salah dan bersalah, kenapa tak rujuk Kalamullah, Quran?
*Terkadang memang mereka rujuk, tapi amik sekerat-sekerat. Bukan konteks ayat.

Adakah saudara kenal Sheikh Ahmad Deedat?
Adakah saudara tahu Allahyarham juga dituduh wahhabi?
Sebenarnya fahaman saudara Wahhabi, Syiah, ASWJ ni bagaimana?
Jika saudara tolak cara/corak pemikiran muda, saudara tentunya akan tolak untuk menunaikan haji di Makkah. Kenapa?
Keturunan Raja Saud yang memerintah Arab Saudi sekarang adalah Wahhabi.
Lihat apa yang Allah katakan dalam Quran tentang Makkah pada hari ni?

Saudara, jika benar kerana Allah segala semua persoalan dalam benak saudara, silalah luangkan masa yang saksama dengan masa yang saudara telah luangkan dengan tok guru saudara untuk mendengar apa kata TGNA pulak.
Baru jujur dan saksama penilain saudara kemudian.
Kemudian itu saudara kongsikan disini apa yang saudara dapati.
Waktu tu saudara boleh la mampu untuk bagitau diri saudara telah meletak adil itu ditempat sepatutnya.
Jika tidak?
Pesanan khidmat masyarakat oleh Neocortex untuk saudara dan teman-teman yang mengikuti bebenang ni.
Allahuaklam.

Wallahualam. Terima kasih saudara. Saya memang banyak kelemahan cuma pada pendapat saya,pendapat peribadi saya. Saudara tak faham isu yang sebenar.

Sebab itu,saya galakkan tuan lihat dahulu video-video tersebut ataupun ttg ulama' yg mengulas ttg isu ini. Isunya pasal apa sebenarnya. Bukan pasal menuduh TGNA itu Wahabi. Tidak! Mintak2 jauh la. TGNA itu sudah alim.

Adapun,jika saya memperjelaskan apa isunya. Tiada guna. Saya sedar saya jahil..

Saya mintak maaf jika saya mengelirukan saudara. Saya galakkan saudara tahu ISU YANG SEBENAR/ PERMASALAHAN YANG SEBENAR BERKAITAN dgn AKIDAH ASWJ berdasarkan apa yg TGNA telah zahirkan.

Apapun,terima kasih. :)

DIJADIKAN LIDAH ITU LISAN UNTUK MENGELUARKAN APA YANG DI DALAM HATI. APA YG HATI FIKIR,ITULAH YANG KELUAR. APA YG HATI IKTIKAD,LISANLAH YANG ZAHIRKAN. WALLAHUALAM.
 
KERANA SAYA NAK NAFIKAN SIFAT YANG MUSTAHIL ITU ADA PADA TUHAN. SAYA NAK NAFIKAN. YAKNI,SAYA NAK KATAKAN BAHAWA SIFAT YG MAKHLUK ITU TAKDA PADA TUHAN MAKA KITA KENA GUNA HUKUM AKAL.

Saudara, rasanya tiada yang mengatakan Allah SWT bersifat dengan sifat makhluk.

Bila kita kata Allah SWT istiwa tinggi di atas ArasyNYA, kita ambil bulat2 dari kalam Allah SWT dan RasulNYA. Jika Allah SWT meyifatkan diriNYA dengan sifat Istiwa di atas ArasyNYA, maka kita terima dengan redho.

Bukan kita kata, itu sifat makhluk, nak kena bersentuhan, itu berhajat pada makhluk, menempati ruang dan sebagainya kerana kita semua tahu yang Maha Suci Allah SWT dari menyerupai dari segala sesuatu.

ps: Besar font, bang :)
 
Baiklah. (1). Kalau begitu. Sebelum Arasy tiada, Allah swt berada dimana?

Sila tengok video.

http://www.youtube.com/watch?v=CMK8iYRnFWQ

(2). Dalilnya? Allah swt itu Qadim. Allah swt itu bukan berjirim kerana yg berjirim itu baharu. Jirim itu sesuatu yg memenuhi ruang. Benda yg berjirim akan binasa. Nasnya? Surah Al-Syura:11. Terjemahnya " Tiada sesuatu pun yang serupa dengan Dia.."

(1) Wallahu a'lam. Al-Quran mengatakan yg Allah istawa atas arsy setelah Allah ciptakan langit dan bumi dalam 6 masa. Tiada dalil naqli shahih yg mengatakan di mana Allah sebelum Arsy dicipta. Jadi, itulah apa yg saya imani. Dan sampai situlah saya stop. Saya tidak mahu fikirkan lebih dari apa yg Allah dan Nabi SAW bgtau.

(2) Kalo saudara mengatakan yg Allah tidak diliputi oleh tempat, ya, saya setuju. Sebab "tempat" adalah makhluk, dan Allah Maha Tinggi di atas segala makhlukNya. Tapi ini tidak menafikan sifat istawa Allah, iaitu Allah berada tinggi di atas Arsy, terpisah dari makhlukNya, seperti yg Allah katakan dalam Al-Quran.
 
Saya langsung tidak menyerupakan Allah dengan makhluk. Blh tgk post2 saya sebelum ni.

Tentang Jirim,proton elektron,unsur2 cahaya,dark matter,radioktif dan sebagainya tu, bukankah semua tersebut adalah makhluk Allah? Ruang dan masa juga adalah makhluk Allah. Jadi, bila dikatakan Arsy adalah makhluk tertinggi dan terbesar dan memayungi semua makhluk, pastinya Jirim,proton elektron,unsur2 cahaya,dark matter,radioktif dan sebagainya tu berada di "bawah" atau di "dalam" Arsy.

Actually, perbincangan ini takkan habis, unless seseorang dapat membuktikan adakah "ruang" yg dicipta dahulu, atau "Arsy" yg dicipta dulu. Kalo ruang dicipta dahulu, dan ianya berada di atas Arsy, maka dah contradict dengan dalil shahih yg mengatakan Arsy adalah makhluk Allah paling tinggi dan besar. Wallahu a'lam.

Berdasarkan kitab Imam Syafie yg saudara attached tu, tidak mengatakan pulak yg ruang diciptakan sebelum Arsy.

Dah selesai kot?
Yang memerlukan 'bukti' adalah sifat manusia untuk diperlihat, disentuh, dirasai, dialami dan sebagainya.
Allah cakap 'kun fa ya kun' maka jadilah sesuatu itu.
Mereka yang perlukan 'bukti' masih perlukan jawapan.
Mereka yang masih perlukan jawapan adalah mereka yang belum kukuh Tauhidnya.
Terkadang ada benda perlu untuk kita nampak baru kita percaya.
Seringkalinya perlu untuk kita percaya dahulu baru boleh nampak.
Jangkau akal manusia ni walau setinggi mana, sejauh mana, sedalam mana..memang takkan habis.
Manusia 7 billion atas bumi sekarang ni belum pun abis atau tau tentang 'universe'.
Dah ada pulak segolongan manusia yang dah masuk fasa 'multiverse'.
Kan tak habis semua tu?
Ada orang tahu tentang billion dan trillion tu berapa kosongnya.
Tapi berapa ramai yang tau Triacontillion tu ada berapa kosong?
Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.
Itu cukup buat saya. :)
 
"bukti" yg saya maksudkan di sini adalah dari Al-Quran dan hadis shahih Nabi SAW, sebab perkara ghaib perlukan bukti dari 2 sumber itu :D.
 
Saya langsung tidak menyerupakan Allah dengan makhluk. Blh tgk post2 saya sebelum ni.

Semua orang yg ada disini pun mengatakan demikian... persoalannya apa yg difaham tentang tidak menyerupakan itu.

Tentang Jirim,proton elektron,unsur2 cahaya,dark matter,radioktif dan sebagainya tu, bukankah semua tersebut adalah makhluk Allah? Ruang dan masa juga adalah makhluk Allah. Jadi, bila dikatakan Arsy adalah makhluk tertinggi dan terbesar dan memayungi semua makhluk, pastinya Jirim,proton elektron,unsur2 cahaya,dark matter,radioktif dan sebagainya tu berada di "bawah" atau di "dalam" Arsy.

Perkara yg ingin diketahui di sini ialah bagaimana kamu memahami soalan "di mana Allah"

Actually, perbincangan ini takkan habis, unless seseorang dapat membuktikan adakah "ruang" yg dicipta dahulu, atau "Arsy" yg dicipta dulu. Kalo ruang dicipta dahulu, dan ianya berada di atas Arsy, maka dah contradict dengan dalil shahih yg mengatakan Arsy adalah makhluk Allah paling tinggi dan besar. Wallahu a'lam.

Yang utamanya Allah tiada menyerupai dan tidak tertakluk pada perkara2 tersebut. Istiwa' itu adalah mutsyabihat.

Berdasarkan kitab Imam Syafie yg saudara attached tu, tidak mengatakan pulak yg ruang diciptakan sebelum Arsy.

Kitab itu menegaskan Allah wujud tidak bertempat.
 
Saudara, rasanya tiada yang mengatakan Allah SWT bersifat dengan sifat makhluk.

Bila kita kata Allah SWT istiwa tinggi di atas ArasyNYA, kita ambil bulat2 dari kalam Allah SWT dan RasulNYA. Jika Allah SWT meyifatkan diriNYA dengan sifat Istiwa di atas ArasyNYA, maka kita terima dengan redho.

Bukan kita kata, itu sifat makhluk, nak kena bersentuhan, itu berhajat pada makhluk, menempati ruang dan sebagainya kerana kita semua tahu yang Maha Suci Allah SWT dari menyerupai dari segala sesuatu.

ps: Besar font, bang :)

Hehe. Besar ke? Ye lah. Takut tak nampak. Hehe. :D

Erm,maaflah. Mungkin saya yang menaip sehingga buat saudara tak faham. Saya mintak maaf.

Adapun saudaraku yg dirahmati Allah swt.

Ayat Istawa itu ayat mutasyabihat.. saudara kena tahu apa itu ayat mutasyabihat(samar-samar,tidak terang maksudnya.) Kita takleh terima bulat-bulat. Rasanya saya ada post pasal surah yg Allah swt turunkan berkenaan ayat mutasyabihat. Saudara tgk balik lah.Sila semak surah Ali Imran ayat 7 dan 8.

Ayat ni(istawa) kena takwil....takleh nak terima bulat2. Maksud sebenar? Wallahualam.. Terserah kepada Allah swt.

Adapun mujassimah/wahabi ni pada pendengaran dan pembacaan saya. Mereka kata Allah swt duduk tetapi tak serupa dengan makhluk... (cuba tgk video kt page utama)

Hal ini bersalahan dgn ASWJ. Kena faham ni.

Seeloknya, rujuk pada yg ahli. Saya cuma menyampaikan. Adapun saya tersalah, saudara tolong tegur dan tanyalah pada yang arif atas apa yg saya nyatakan. :)
 
Semua orang yg ada disini pun mengatakan demikian... persoalannya apa yg difaham tentang tidak menyerupakan itu.

Perkara yg ingin diketahui di sini ialah bagaimana kamu memahami soalan "di mana Allah"

Yang utamanya Allah tiada menyerupai dan tidak tertakluk pada perkara2 tersebut. Istiwa' itu adalah mutsyabihat.

Kitab itu menegaskan Allah wujud tidak bertempat.

Sudah saya katakan keyakinan saya tentang di mana Allah dalam post saya sebelum ni. Nampaknya kita asyik pusing benda yg sama je. Saudara pun tidak dapat nak jawab adakah ruang dan masa dan tempat tu di "dalam" Arsy atau di "luar" Arsy.

Cukup la tu. Sucikanlah Allah dari kesamaan dengan makhluk. Maha Suci Allah.
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register