BTC USD 85,217.6 Gold USD 4,136.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mod: Tolong delete thread ini

Ini yang saya kata cubaan mengaitkan sifat Allah SWT dengan sifat makhluk.

Bila dikatakan bahawa Allah SWT istiwa, tinggi di atas ArasyNYA, maka cuba dikaitkan dengan tempat, ruang dan arah. Sedangkan Allah SWT bebas,tidak berhajat dan tidak terikat dengan semua tu.

Benar, akal manusia tak mampu mencapai realiti keberadaan Allah SWT. Sebab itu lah, Al Qur'an dan Hadith memandu kita. Dalil al Qur'an (yang saya post sebelum) dan Hadith mengatakan Allah SWT Istiwa, tinggi di atas ArasyNYA.

Maka kita patuh, tunduk....

Post itu adalah menafikan akan penyerupaan Allah dengan yg baharu.

Allah tidak menyerupai segala sesuatu

dan

Allah yg ciptakan segala sesuatu---> Dia ada 'sebelum' adanya segala sesuatu

Juga merupakan dalil AQ
 
dari dulu smpai sekarang.. aku sebenarnya muak dan bosan dgn benda2 mcm ni..

aku pernah berguru Usuluddin dgn Prof Syiah.. dan Prof pro Wahabi.. pastu mengikuti org yg anti Syiah dan Wahabi.. kesimpulan yg aku dpt, ini semua poyoo..

Saling menyalahkan.
 
Sudah saya katakan di mana Allah dalam post saya sebelum ni. Nampak kita asyik pusing benda yg sama je.

Cukup la tu. Sucikanlah Allah dari kesamaan dengan makhluk. Maha Suci Allah.

Hehe...

Takpelah klu camtu
 
dari dulu smpai sekarang.. aku sebenarnya muak dan bosan dgn benda2 mcm ni..

aku pernah berguru Usuluddin dgn Prof Syiah.. dan Prof pro Wahabi.. pastu mengikuti org yg anti Syiah dan Wahabi.. kesimpulan yg aku dpt, ini semua poyoo..

Saling menyalahkan.

so skrg ape?anti hadith?:)):)):))
 
Wallahualam. Terima kasih saudara. Saya memang banyak kelemahan cuma pada pendapat saya,pendapat peribadi saya. Saudara tak faham isu yang sebenar.

Sebab itu,saya galakkan tuan lihat dahulu video-video tersebut ataupun ttg ulama' yg mengulas ttg isu ini. Isunya pasal apa sebenarnya. Bukan pasal menuduh TGNA itu Wahabi. Tidak! Mintak2 jauh la. TGNA itu sudah alim.

Adapun,jika saya memperjelaskan apa isunya. Tiada guna. Saya sedar saya jahil..

Saya mintak maaf jika saya mengelirukan saudara. Saya galakkan saudara tahu ISU YANG SEBENAR/ PERMASALAHAN YANG SEBENAR BERKAITAN dgn AKIDAH ASWJ berdasarkan apa yg TGNA telah zahirkan.

Apapun,terima kasih. :)

DIJADIKAN LIDAH ITU LISAN UNTUK MENGELUARKAN APA YANG DI DALAM HATI. APA YG HATI FIKIR,ITULAH YANG KELUAR. APA YG HATI IKTIKAD,LISANLAH YANG ZAHIRKAN. WALLAHUALAM.

Saudara..
Jatuh saya tak faham bila saudara dah edit tajuk bebenang saudara?
Tajuknya tadi apa ya? Kalau saudara reply post ni dengan tajuk asal, mohon saudara hightlight tajuk asal tu tadi.
Jika saudara 'hadir' dalam perbincangan atau dalam 'muzakarah' untuk pilihan perkataan saudara yang baru ni, adakah saudara mampu menghadirkan adab mendengar? Saya yakin sukar untuk 'membuang' subjek @ orang yang diperkatakan sedangkan semua isi perbincangan adalah berkenaan orang itu. Ianya sulit bukan?
Adakah saudara mendengar sendiri tutur kata yang keluar dari TGNA seperti yang didakwa/digunakan oleh mereka yang bercakap?
Saudara mendengar dan bercakap tentang Usuluddin.
Saudara pernah mendengar dan bercakap tentang Feqah?
Dalam Feqah memberi kesimpulan untuk demi menolak musibah besar, kita perlu/boleh ambil musibah kecil.
Cabang agama ni terlalu banyak saudara.
Tetapi tiap satunya berdiri mendokong antara satu sama lainnya.
 
apa itu wahabi?
apa yg korg faham ttg wahabi?
dari mn sumber yg memahamkan korg tg wahabi?
aku pun tak paham.....:eek::eek::eek:
sedangkan dr yusuf al-qardawi apabila ditanya ttg wahabi,dia hny mendiamkan diri...
knp harus aku berbicara mengenainya?
siapa aku?
 
(1) Wallahu a'lam. Al-Quran mengatakan yg Allah istawa atas arsy setelah Allah ciptakan langit dan bumi dalam 6 masa. Tiada dalil naqli shahih yg mengatakan di mana Allah sebelum Arsy dicipta. Jadi, itulah apa yg saya imani. Dan sampai situlah saya stop. Saya tidak mahu fikirkan lebih dari apa yg Allah dan Nabi SAW bgtau.

(2) Kalo saudara mengatakan yg Allah tidak diliputi oleh tempat, ya, saya setuju. Sebab "tempat" adalah makhluk, dan Allah Maha Tinggi di atas segala makhlukNya. Tapi ini tidak menafikan sifat istawa Allah, iaitu Allah berada tinggi di atas Arsy, terpisah dari makhlukNya, seperti yg Allah katakan dalam Al-Quran.

Baiklah saudara. Begini, sekiranya saudara ingin memperbetulkan iktikad saudara kepada iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah. Saya nasihatkan saudara cari guru Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Maafkan saya saudara. Apa yg saudara imani tampak lari daripada iktikad ASWJ. Wallahualam. Saudara kena faham, saya nak memperjelaskan saudara..adapun yg memahamkan saudara adalah Allah swt.

Apa yang saya belajar, Allah swt itu Qadim. Yakni, Allah swt tiada mula tiada akhir. Allah swt sudah ada sebelum makhluk ada. Wallahualam. Kena cari guru utk jelaskan.

Berkenaan ayat istawa itu,itu ayat mutasyabihat(tak terang maksudnya). Penejelasan ayat ini dalam surah Ali Imran ayat 7 dan 8.

Tak apa saudara, sama-sama kita berkongsi. Saya tak kata saudara salah semuanya. Saya pun tak kata saya betul semuanya. Sekadar muzakarah. Lepas ni, kita boleh tanya org yg lebih alim lagi sohih,kan?

Wallahualam. :)
 
Saudara..
Jatuh saya tak faham bila saudara dah edit tajuk bebenang saudara?
Tajuknya tadi apa ya? Kalau saudara reply post ni dengan tajuk asal, mohon saudara hightlight tajuk asal tu tadi.
Jika saudara 'hadir' dalam perbincangan atau dalam 'muzakarah' untuk pilihan perkataan saudara yang baru ni, adakah saudara mampu menghadirkan adab mendengar? Saya yakin sukar untuk 'membuang' subjek @ orang yang diperkatakan sedangkan semua isi perbincangan adalah berkenaan orang itu. Ianya sulit bukan?
Adakah saudara mendengar sendiri tutur kata yang keluar dari TGNA seperti yang didakwa/digunakan oleh mereka yang bercakap?
Saudara mendengar dan bercakap tentang Usuluddin.
Saudara pernah mendengar dan bercakap tentang Feqah?
Dalam Feqah memberi kesimpulan untuk demi menolak musibah besar, kita perlu/boleh ambil musibah kecil.
Cabang agama ni terlalu banyak saudara.
Tetapi tiap satunya berdiri mendokong antara satu sama lainnya.

Ada yang tak setuju dengan tajuk. Tak apa. Saya bertolak ansur.. Asalnya pasal video tu,yang Ustaz Faez dengan Saudara Jemi. Debat antara mereka berdua. Selepas itu,macam-macam lah yang timbul dalam ruangan posting.

Sebab itu kita takleh mencelah masuk apa yang orang lain bincangkan nanti kita pula yang tak faham.

Haa..saya harap saudara faham.

Cuba tuan dengar. Tak tahulah kalau yang dalam video ini bukan TGNA.

http://www.youtube.com/watch?v=kxIPY-NYpIQ
 
Ayat Istawa itu ayat mutasyabihat.. saudara kena tahu apa itu ayat mutasyabihat(samar-samar,tidak terang maksudnya.) Kita takleh terima bulat-bulat. Rasanya saya ada post pasal surah yg Allah swt turunkan berkenaan ayat mutasyabihat. Saudara tgk balik lah.Sila semak surah Ali Imran ayat 7 dan 8.

Ayat ni(istawa) kena takwil....takleh nak terima bulat2. Maksud sebenar? Wallahualam.. Terserah kepada Allah swt.
)

Tuan, saya post ayat ke-7 dari surah Ali Imran.

"Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya . Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran".[Ali Imran:7]

Tuan kata ayat mutasyabihat ini kena takwil.

Allah SWT, Rabb kita, Pencipta kita kata orang yang hatinya cenderung ke aras kesesatan akan mencari2 takwil ayat mutasyabihat. Sedangkan maknanya hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Dan kami kata, kita tunduk pada Allah SWT dan sifat2NYA sebagaimana yang diberitahu di dalam AlQur'an dan Hadith, tanpa banyak soal.

Maka saya turut berdoa..

(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. [Ali-Imran:8]

ps: Tuan dicadangkan baca dengan penuh tenang dan tartil. Fikirkan dalam-dalam apakah maksud ayat dari surah Ali-Imran tu. Rasanya dah izhar dah (terang,jelas dan nyata) :)
 
Last edited:
Ada yang tak setuju dengan tajuk. Tak apa. Saya bertolak ansur.. Asalnya pasal video tu,yang Ustaz Faez dengan Saudara Jemi. Debat antara mereka berdua. Selepas itu,macam-macam lah yang timbul dalam ruangan posting.

Sebab itu kita takleh mencelah masuk apa yang orang lain bincangkan nanti kita pula yang tak faham.

Haa..saya harap saudara faham.

Cuba tuan dengar. Tak tahulah kalau yang dalam video ini bukan TGNA.

http://www.youtube.com/watch?v=kxIPY-NYpIQ

Memang tu TGNA.
Tapi tak nampakkah saudara apa yang saya cuba sampaikan?
Saudara membuat kesimpulan berdasarkan video.
Cuba tengok komen2 ni..

wmefairooz eirman 3 weeks ago

kalau mu kato Salaf wahabi pah ore gi mekoh sembahyang pakai Imam Wahabi soh dok maye..satu dunia dok soh..guano kiro..pah wahabi duk tadbir Mekoh..taksoh gi laa Mekah...tak payah buat haji sebab Mekoh sek-sek salaf, kito gege di Malaysia tapi bakpo tok gi ko Imam Masjid Haramain royak ko dio "Anta Wahabi salafi wa tujassimu zatillah...faqod qafaro"...boleh penampar cap unta la..demo....berlapang dada lah pasal umur mutashabihah
·
nur azam

nur azam 1 month ago

syeikh nuruddin ni org alim jgk... kenapa bila ada ulama' yg nak bhs perkara ni...kita plak yg bising2...
· in reply to PAS DUN BATU RAKIT (Show the comment)
gelyn sano

gelyn sano 2 months ago

tok - tok guru pondok duk ajok doh TGNA jupo nk debat tp snyap ko ari ni.. mu ni tahu ko dok ko duk mipi lg mu nih.. sbb tu lh bnda ni gege sapai loni xselesai mugo TGNA wt snyap jah hok kecek banyok pengikut2 mace mung jah.. sbb masalah iktiqad & akidah loni gu weeeh..
· in reply to PAS DUN BATU RAKIT (Show the comment)
Johari Jusoh

Johari Jusoh 2 months ago

nuruddin guna akal dia nak tafsir hadis...tok guru terus ambik berdasarkan bahasa nabi. Itu bezanya.

·
morsi azhar

morsi azhar 2 months ago

PUTAR BELITLAH KATA2 ULAMA.. KIASAN TUAN GURU UNTUK ORANG KELANTAN,SUPAYA MUDAH FAHAM.. YANG KAU LAGAKAN ULAMA NAK BUAT APA..JAHAT DEMO USTAZ FAEZ !
·
exacttc

exacttc 2 months ago

Tak payah sgt nak faham yg TGNA bgtau tu... bahaya jugak kalau org komen sesuatu yg dia sendiri kurang jelas bahasa yg digunakan... bg saya, apa yg dikatakan TGNA tak de apa yg mengelirukan...
·
PAS DUN BATU RAKIT

PAS DUN BATU RAKIT 2 months ago

Setuju dengan TGNA. ALLAH Maha Agung. DIA boleh buat apa saja. Kalau iktikad ALLAH macam manusia kalau turun dan kena naik maka sifat tu sama ngan manusia. maka tak betullah tanggapan itu. Ana rasa Nurddin asyik kondem orang aja. TGNA dan UAI dikondemnya. Ha ha ha tegur jauh-jauh je. marilah dekat2. Bincang kalau salah. ke jual ikan gelamer.
·
ameen adnan

ameen adnan 2 months ago
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register