BTC USD 85,806.1 Gold USD 4,140.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mod: Tolong delete thread ini

begitulah tuan, akhir zaman...

satu masa dulu saya pernah taksub dengan TGNA, saya pernah taksub dengan UAI, saya pernah taksub dengan Dr MAZA, saya pernah taksub dengan UNK (team smackdown), ttp sekarang sudah sedikit kurang...bukan bermakna mereka tidak bagus, tetapi kerana saya semakin ***** dan jahil...semakin banyak saya mengkaji, semakin dhoif jadinya...maka benarlah kata2 orang tua dulu2...

alhamdulillah saya dah lihat dan baca apa yang perlu, dan cukuplah sampai disitu...dah tiba masa siap2 nak jadi arwah dah...inilah yang saya katakan pada diri sendiri pada setiap ketika dan waktu, selalu ingat pada kematian...

nak tebus dosa satu perkara, nak membuat amal kebaikan juga satu perkara...tidak ketinggalan juga, nak memelihara pahala itu tadi...Allahurobbi...

semoga kita semua sentiasa di bawah rahmatNya, InshaAllah...aamin.

Maafkan jika saya kedengaran atau kelihatan kasar.
Cuba perhatikan apa yang saya highlightkan merah.
Itu adalah keluhan saudara yang pernah taksub.
Suruhan atau permintaan siapakah itu?
Tiada siapa bukan?
Kita perbetulkan diri.
Mana yang munasabah, tak terlalu berat untuk setuju..takkan buat saudara jatuh mengeluh begitu.
Mereka semua manusia biasa juga.
Ada lebih ada kurang.
 
Banyak jalan untuk mencapai kepada hadratillah. Mungkin saudara tahu apa yang ambe tak tahu. Ambe tidak menuduh saudara salah.

Itu sahaja.

Ambe belajar sifat 20 pun ada dalil naqli cuma atas diri ambe yg lemah lagi tak sempurna ini. Ambe lupa dan adanya ambe tidak tahu. Kelemahan ambe, ambe tak ingat ayatnya. Maafkan ambe.

Namun,asalkan tidak terkeluar daripada ASWJ. Tak apalah. Ambe berpegang kepada iktikad ASWJ. Adapun saudara, itu terpulang. Wallahualam.

p/s: Adakah saudara berpendapat bahawa Allah swt berada tinggi di atas arasy dan tidak bersetuju dgn dalil Allah swt tidak bertempat?

Berkongsi ilmu tak salah,kan? :D

(1) Saya setuju Allah swt berada tinggi di atas arasy. Begitu banyak dalil naqli yg membuktikannya.

(2) Apakah dalil Allah swt tidak bertempat tersebut?
 
Maafkan saya. Tuan lihatlah dulu video tu. Maafkan atas kelemaham ambe. Mungkin tuan boleh bagi cadangan tajuk yg sesuai?
tuan, rasanya eloklah diedit tajuknya untuk mengelakkan muzakarah terarah ke pekara yang tidak diingini...yang penting, adalah isi videonya itu...

Mungkin Muzakarah antara Ustaz Syed Faez dan Ustaz Jeming Hassan...
 
Maafkan atas kelemahan ambe wahai saudara. Buktikan yang ambe tuduh TG Nik Aziz Wahabi? Buktikan. Saudara menuduh ambe sebegini.. Hmm...

Ambe tidak menuduh TG Nik Aziz itu wahabi sama sekali. Kita tak tahu iktikad dia. Wallahualam.

Maafkan ambe. Ambe jahil..itu ambe mengaku cuma tuduhan saudara yg kata ambe menuduh TGNA itu Wahabi itu ambe tak redha. Buktikan. InsyaAllah.

Ambe mohon ampun jika ambe salah....

Dh x tahu iktikad TGNA.. Buang ajelah persoalan tajuk tu.. Aduhhhh
 
Kenapa saudara cakap begitu? Camner saudara tau yg jarak antara Arsy dan Allah juga adalah "ruang"?

atas, bawah, kiri, kanan adalah arah... tidak dikatakan arah jika tidak bertempat di ruang. Dan "jarak" itu sendiri memerlukan ruang
 
Maafkan jika saya kedengaran atau kelihatan kasar.
Cuba perhatikan apa yang saya highlightkan merah.
Itu adalah keluhan saudara yang pernah taksub.
Suruhan atau permintaan siapakah itu?
Tiada siapa bukan?
Kita perbetulkan diri.
Mana yang munasabah, tak terlalu berat untuk setuju..takkan buat saudara jatuh mengeluh begitu.
Mereka semua manusia biasa juga.
Ada lebih ada kurang.
bukan keluhan tuan...sejarah saya...

seperti juga satu masa dulu saya pernah gila mancing, gila judi dan sebagainya...itu sahaja...

dan telah saya tuliskan juga, saya berhenti taksub bukan kerana mereka tidak hebat, tetapi kerana keadaan diri saya yang semakin dhoif...itu sahaja...
 
tuan, rasanya eloklah diedit tajuknya untuk mengelakkan muzakarah terarah ke pekara yang tidak diingini...yang penting, adalah isi videonya itu...

Mungkin Muzakarah antara Ustaz Syed Faez dan Ustaz Jeming Hassan...

:)cgrock:)cgrock:)cgrock

Dr td lagi ambe nk yg ini..
 
atas, bawah, kiri, kanan adalah arah... tidak dikatakan arah jika tidak bertempat di ruang. Dan "jarak" itu sendiri memerlukan ruang

Berdasarkan hadis shahih, Arsy adalah makhluk Allah yg paling tinggi dan paling besar. Adakah atas, bawah, kiri, kanan, ruang, tempat ni berada di "dalam" Arsy atau berada di "luar" Arsy?.
 
Maafkan atas kelemahan ambe wahai saudara. Buktikan yang ambe tuduh TG Nik Aziz Wahabi? Buktikan. Saudara menuduh ambe sebegini.. Hmm...

Ambe tidak menuduh TG Nik Aziz itu wahabi sama sekali. Kita tak tahu iktikad dia. Wallahualam.

Maafkan ambe. Ambe jahil..itu ambe mengaku cuma tuduhan saudara yg kata ambe menuduh TGNA itu Wahabi itu ambe tak redha. Buktikan. InsyaAllah.

Ambe mohon ampun jika ambe salah....

Adakah saudara faham dengan kenyataan saya ni?
*Jika saudara dengan kukuh, teguh dan utuhnya meletak TGNA beriktikad wahhabi, maka tak jatuh begitu ke?
Ianya hanya akan jatuh 'melulu' jika saudara tidak berpegang begitu.


a- Maka jatuh tertuduh sepertinya saudara beriktikad TGNA adalah Wahhabi jika saudara dengan kukuh, teguh dan utuhnya meletak TGNA beriktikad wahhabi. Jika tidak ianya tak jatuh saya menuduh saudara. Terjawab?
b- Ianya jatuh tuduhan saya terhadap saudara 'melulu' hanya jika saudara beriktikad TGNA adalah Wahhabi. Sekarang saudara katakan tak tahu atau serah pada Allah. Jadi? Ada apa dengan redha atau tak dengan kenyataan saya?

*Jika dengan kenyataan saya yang kerdil lagi jahil ni saudara dah susah nak faham, bagaimanalah saudara?
Soalan saya tetap saudara tak mampu/boleh jawab. Adakah terlalu jauh dari pondok saudara sering/selalu bertemu tok guru saudara dengan Pulau Melaka kediaman TGNA?
 
(1) Saya setuju Allah swt berada tinggi di atas arasy. Begitu banyak dalil naqli yg membuktikannya.

(2) Apakah dalil Allah swt tidak bertempat tersebut?

Baiklah. (1). Kalau begitu. Sebelum Arasy tiada, Allah swt berada dimana?

Sila tengok video.

http://www.youtube.com/watch?v=CMK8iYRnFWQ

(2). Dalilnya? Allah swt itu Qadim. Allah swt itu bukan berjirim kerana yg berjirim itu baharu. Jirim itu sesuatu yg memenuhi ruang. Benda yg berjirim akan binasa. Nasnya? Surah Al-Syura:11. Terjemahnya " Tiada sesuatu pun yang serupa dengan Dia.."
 
Back
Top
Log in Register