BTC USD 85,622.4 Gold USD 4,130.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mod: Tolong delete thread ini

Saya pon tak kata yang tuan kata Allah SWT tu berjisim. Saya kata tuan cuba kaitkan dengan sifat makhlukNYA.



Alhamdulillah, setakat ini saya baca dengan teliti dan kasih sayang :D


Boleh tuan cuba terangkan. Ada hadith yang boleh dirujuk ke berkenaan hukum akal ni?

SUBHANALLAH...WALLAHAMDULILLAH..... ALLAHUAKBAR...

Maafkan saya. Saya pun belum habis lagi belajar hukum akal yang 3. Yaitu, 1. Ujud. 2. Istihalah. 3. Jawas.

Saya tak layak. Saya tak mampu. Saudara belajarlah di pondok dengan tok guru secara talaqqi.

Carilah kitab Ulasan Hukum Akal, karangan Ayah Dey(nama sebenar tak ingat). Belajar kitab Zahratul Murid pun alhamdulillah.

Tak guna saya beri penjelasan sekiranya tuan nak rujuk dalil hadith dan al-quran secara nyata datang daripada al-quran/hadith. Ulama' hurai ilmu inipun daripada al-quran/hatidh. Siapa kita nak lawan mereka?

Akal? Allah swt dah banyak kali tanya kita dalam al-quran.

Pentingnya Akal dalam Islam, termaktub dalam beberapa ayat Al Qur'an:

ayat al Qur'an yang memuliakan orang-orang yang berfikir:
كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ
Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berpikir(QS Al Baqoroh :219)
ذَلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
Demikian itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berpikir(QS Al A'raf: 176)
كَذَلِكَ نُفَصِّلُ الآيَاتِ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Kami) kepada orang-orang yang berpikir(QS Yunus: 24)
إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.(QS Ar Ruum: 21)
إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berpikir.(QS Az Zumar: 42)
وَسَخَّرَ لَكُمْ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ جَمِيعًا مِنْهُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Dan Dia menundukkan untukmu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berpikir.(QS Al Jatsiyah: 13)
لَوْ أَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الأمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
Kalau sekiranya Kami menurunkan Al Qur'an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berpikir.(QS Al Hasyir: 21)
Allah menyuruh kita menggunakan akal dan mencela orang yang tidak menggunakan akal:
وَفِي الأرْضِ قِطَعٌ مُتَجَاوِرَاتٌ وَجَنَّاتٌ مِنْ أَعْنَابٍ وَزَرْعٌ وَنَخِيلٌ صِنْوَانٌ وَغَيْرُ صِنْوَانٍ يُسْقَى بِمَاءٍ وَاحِدٍ وَنُفَضِّلُ بَعْضَهَا عَلَى بَعْضٍ فِي الأكُلِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ
Dan di bumi ini terdapat bagian-bagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman dan pohon kurma yang bercabang dan yang tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang menggunakan akal.(QS Ar Ra'du: 4)
وَإِذَا نَادَيْتُمْ إِلَى الصَّلاةِ اتَّخَذُوهَا هُزُوًا وَلَعِبًا ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لا يَعْقِلُونَ
Dan apabila kamu menyeru (mereka) untuk (mengerjakan) sembahyang, mereka menjadikannya buah ejekan dan permainan. Yang demikian itu adalah karena mereka benar-benar kaum yang tidak mau mempergunakan akal.(QS Al Maidah : 58)
وَمَنْ نُعَمِّرْهُ نُنَكِّسْهُ فِي الْخَلْقِ أَفَلا يَعْقِلُونَ
Dan barang siapa yang Kami panjangkan umurnya niscaya Kami kembalikan dia kepada kejadian (nya). Maka apakah mereka tidak menggunakan akal?(QS Yasiin: 68)
قَالَ رَبُّ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَمَا بَيْنَهُمَا إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ
Musa berkata: "Tuhan yang menguasai timur dan barat dan apa yang ada di antara keduanya: (Itulah Tuhanmu) jika kamu mempergunakan akal".(QS As Syu'araa': 28)
وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَلَلدَّارُ الآخِرَةُ خَيْرٌ لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ أَفَلا تَعْقِلُونَ
Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu mempergunakan akal?(QS Al An'am: 32)
وَهُوَ الَّذِي يُحْيِي وَيُمِيتُ وَلَهُ اخْتِلافُ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ أَفَلا تَعْقِلُونَ
Dan Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang (mengatur) pertukaran malam dan siang. Maka apakah kamu tidak mempergunakan akal?(QS Al Mu'minun: 80)
كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ
Demikianlah Allah menerangkan kepadamu ayat-ayat-Nya (hukum-hukum-Nya) supaya kamu mau menggunakan akal.(QS Al Baqoroh: 242)

petikan daripada blog - http://semangatislam.blogspot.com/2012/06/kedudukan-akal-dalam-islam.html

Jika saya tersalah. Maaf mintak maaf.
 
oh takde ke
mai mana pulak sifat 20 ni
dlm Quran or Hadis ada tak? hmmmmmmmm:-?

kena tanya siapa yang belajar,bermati2an menegakkan dan tuan guru mereka. jika perkara tu penting,bab pertama dalam kitab2 Imam 4 mazhab ASWJ sudah jelas sejelas2nya hal ini. wallahu 'alam.

p/s: istilah 'sifat 20' tiada dalam mana2 dalil sahih mahupun dhoif (lemah)
 
Last edited:
Baiklah saudara. Ana bukanlah ahli ilmu usuluddin. Ana masih belajar. Ustaz ana pesan satu je " Haram belajar ilmu usuluddin daripada bukan ahli " ..

Pada ilmu hanya yg sedikit ini yg mana ilmu ini Allah swt yg Maha Mengetahui.

Ambe yakin apa yg Guru amba ajarkan. Adapun masalah iktikad dan pemahaman tuan, hanya Allah swt sahaja yang tahu.

Seeloknya tuan bertanya kepada org yg alim. Sekiranya tuan mahu bertanya akan guru ambe, tuan datanglah ke Pondok Pasir Tumbuh Kelantan.

Dalil? Kena belajar sifat 20. Sekiranya tuan sendiri sudah tolak pengajian sifat 20. Walau ambe jelaskan segunung langit sekalipun, tuan tetap akan cari dalil yg lain.

Seeloknya tuan belajar sifat 20. Aqaidul iman yang 50. Ambe sebagai org bukan ahli tidak mampu menerangkan kepada tuan.

Adapun begitu,Tahukah tuan bahawa arasy ini makhluk? Dan Allah swt ini tidak berhajat kepada makhluk. Jadi,tak mungkin Zat Allah swt yg Qadim berhajat kepada benda yg baharu(binasa).

Ulama' ASWJ dah bahas semua. Cuma, kita je kena banyakkan belajar secara talaqqi. InsyaAllah .

Ambe sarankan tuan belajar kitab Zahratul Murid ataupun Kitab Bakuratul Amani. Sesungguhnya, Allah swt yg memahamkan hamba Nya. Wallahualam.

Terdapat banyak sekali post saudara tentang betapa betulnya tok guru saudara.
Tidakkah itu termasuk dalam kategori 'menyetujui' yang boleh jatuh dalam ketegori taksub dan takjub?
Jika tazkirah hanya boleh didapati oleh orang yang 'berilmu' atau semua perkara yang baik-baik sahaja, maka sauadara sudah agak melencong dari rahmat Allah.
Hemat saya, saudara taksub malah takjub. Kedengaran dan kelihatan berlebihan mendakwa dakwi.
Kenapa tak ajukan sendiri pada TGNA? Atau sebenarnya tak berani?
Jauh sangat ke Pasir Tumboh dengan Pulau Melaka?
Atau apa kata ajak tok guru saudara gi jumpa TGNA dan minta dia jelaskan sendiri apa iktikad dia.
Bukankah itu lebih menjawab persoalan saudara?
Malah tergamak plak saudara cakap TGNA tertipu dengan amalan dan iktikad dia?
Allahuakbar.. MasyaAllah.. Astagfirullah.
 
tak perlu bincang, sangat2 bahaya bincang soal ini (dzat Allah),seolah2 guru2 kamu lebih tahu..cukup sekadar yakin dengan apa yang telah diturunkan :).Allah tidak sama dengan makhluk. wallahu 'alam.

Sekadar mukazarah tak apa. Saya tahu saya bukan guru. InsyaAllah, sekadar muzakarah.

Cuma nak tanya, sifat 20 tak ada dalam ASWJ? Habis tu daripada datangnya Kitab Bakuratul Amani karangan Fadhail Pattani yg menjelaskan sifat 20, daripada datangnya Zahratul Murid dan sebagainya?

Mungkin tuan lebih tahu. Nak jugak tahu. :)
 
begitulah berhujah tidak bersuara ni, diselangi syaitan...eloklah kita luruskan saf, dan biarkan mereka menonton youtube tersebut akhi Amir Izzat...rasanya, sudah jelas dan terang dalil dari akhi Syed Faiz...ambil ilmu dari situ...kefahaman tentang perkara2 di luar Aqidah...

adapun subjeknya itu (TGNA) kita kesampingkan...andai TGNA terfitnah dengannya, maka Allah akan menimpakan balasan kepada akhi Syed Faiz...begitulah sebaliknya...amatlah rugi kita disini terus bertikam sedangkan kita berada di landasan yang sama, cuma masalah komunikasi (salah faham, typo error dsbnya)...

Wallahua'lam.

Tuan.. Skiranya TGNA terfitnah dgnnya, bknkh yg menyebar turut terkena tempiasnya..

Ambe x kata TGNA itu betul tp ambe dgn rendah diri x brani menentukan kefahaman TGNA itu sdiri kerana ilmu beliau dgn ambe ibarat langit dgn bumi..

Tp ambe yakin, yg menyebar ini juga mempunyai ilmu yg secukupnya untuk perbahasan ini.. Yg ambe pohon hnya, x payahlah di'state'kn TGNA pd tajuk itu kerana rmai lagi ulamak2 yg lgi dasyat kefahaman dia dr TGNA sdiri.. Termasuk jugak dlm list 9 yg saudara bono keutarakan sebelum ni..
 
Bismillah. Ambe yakin apa yg beliau ajar itu betul mengikut ASWJ. Adapun soal ahli itu,wallahualam. Ustaz ambe ada cakap "dia bukan ahli cuma takdak aroh jah..kalu juppo org hok alim lagih,gi la belajar... " Bercakap atas adab ke apa ke,wallahualam.

Gitu jah.

Oo, saudara hanya YAKIN saja la. Ok... Saya plak, saya yakin guru-guru yg mengajar saya tu betul, in shaa Allah, sebab mereka mensertakan Al-Quran dan hadis2 shahih Nabi SAW dalam pengajian mereka. Bukannya sekadar baharu, qadim, Mukholafatuhulil hawadis, dan dalil2 aqli yg lain. Mereka mementingkan dalil naqli berbanding dalil aqli.

Baiklah. Berkenaan dalil yg Allah swt tidak bertempat.

Bismillah. Seperti yang kita tahu bahawa benda yg memenuhi ruang dan tempat ini berjirim,berjisim. Apabila dikatakan berjirim,berjisim ini maka ia baharu.

Jika tuhan itu berjirim/berjisim,bertokol maka binasalah tuhan. Sepertimana yg kita tahu, zat Allah swt ini Qadim. Tiada mula tiada akhir. Kekal selama lamanya.

Apabila dikatakan baharu, ia makhluk dan binasa. Betul kan?

Itu dalil aqli.

Ya, benar, itu dalil aqli. Mohon disertakan dalil naqli, sebab akal manusia langsung tak dapat memikirkan sifat Allah tanpa dibantu oleh dalil naqli yg shahih.

Adapun dalil naqli,dalam surah apa. Saya lupa. Yg menyatakan Allah swt tak sama dengan makhluk. Andainya saudara tahu,insyaAllah. Semoga saudara kemukakan.

Jadi, disinilah membuktikan ia bersangkutan dan mengukuhkan bahawa Allah swt tidak bertempat. Lagipun, Allah swt bersifat dengan sifat Mukholafatuhulil hawadis.

Membincangkan sifat Allah hanya dengan dalil aqli masih belum cukup untuk membuktikan apa2. Mohon dikemukakan dalil naqlinya :D

Sebab itu setiap mukalaf wajib belajar sifat 20 samaada atas kaul Abu Hasan Ashaari atau Abu Mansor Maturidi untuk memudahkan kita faham.

" Awaluddin makrifatulloh ..."

Semoga Allah swt memahamkan saudara.

Sekiranya saya tersalah, mohon saudara memperjelaskan apa yang saudara nak sampaikan. Mungkin saya tersalah. :)

tahukah saudara yg imam mazhab yg 4 tidak mengajar aqidah menggunakan method sifat 20 ini? Mereka menggunakan dalil naqli dari Al-Quran dan hadis shahih Nabi SAW..... Dan saya cenderung belajar aqidah menggunakan cara mereka ini. Lebih jelas dan memahamkan :D

Wallahu a'lam.
 
kena tanya siapa yang belajar,bermati2an menegakkan dan tuan guru mereka. jika perkara tu penting,bab pertama dalam kitab2 Imam 4 mazhab ASWJ sudah jelas sejelas2nya hal ini. wallahu 'alam.

kasi pm link tuan
minat nak baca ni
 
AKU BUKAN WAHABI ATAU SYIAH ATAU ASWJ SEKALIPUN....AKU JUGA BUKAN PENGIKUT IMAM SYAFIE,IMAM HANAFI,IMAM HAMBALI ATAU IMAM APA PUN

AKU BUAT KEPUTUSAN BEGINI KERANA AKU TIDAK SUKA CAKAP ORANG LAIN YANG TIDAK SEPENDAPAT DENGAN AKU SEBAGAI SESAT

*Dr asri yang ramai cakap wahabi tu pun lebih suka berdebat dari cakap orang itu dan ini sebagai sesat.Tapi ramai aswj pula aku tengok yang suka menyesatkan orang.Nak berbeza pandangan berbezalah...tak payah la cakap orang lain sesat.
 
Then saya nak kepastian dengan mengemukakan pertanyaan, iaitu telahpun dintanyakan #98

Jika di dalam arsy adalah ruang dan masa seperti yg bro post dalam # 95... adakah Allah berada "di luar"

Ya
Tidak

???

Tidak. Allah berada tinggi di atas Arsy.
 
Terdapat banyak sekali post saudara tentang betapa betulnya tok guru saudara.
Tidakkah itu termasuk dalam kategori 'menyetujui' yang boleh jatuh dalam ketegori taksub dan takjub?
Jika tazkirah hanya boleh didapati oleh orang yang 'berilmu' atau semua perkara yang baik-baik sahaja, maka sauadara sudah agak melencong dari rahmat Allah.
Hemat saya, saudara taksub malah takjub. Kedengaran dan kelihatan berlebihan mendakwa dakwi.
Kenapa tak ajukan sendiri pada TGNA? Atau sebenarnya tak berani?
Jauh sangat ke Pasir Tumboh dengan Pulau Melaka?
Atau apa kata ajak tok guru saudara gi jumpa TGNA dan minta dia jelaskan sendiri apa iktikad dia.
Bukankah itu lebih menjawab persoalan saudara?
Malah tergamak plak saudara cakap TGNA tertipu dengan amalan dan iktikad dia?
Allahuakbar.. MasyaAllah.. Astagfirullah.

Alhamdulillah. Semoga saudara menegur hamba. Mana tahu nafsu ambe menguasai diri.

Hm, saudara, bila pula ambe menuduh TGNA tertipu dgn amalan dan iktikad dia?

Ini tuduhan melulu. Ambe tak pernah tuduh TGNA. Tiada langsung kebencian ambe.

Cuma ambe yg jahil berbincang ttg aqidah ASWJ. Ambe nak saudara nyatakan bukti ambe menuduh TGNA.

Tok Guru pondok dah tegur................ Saudara buatlah kajian. InsyaAllah. Maafkan ambe yg hina.
 
Back
Top
Log in Register