BTC USD 85,632.5 Gold USD 4,146.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mod: Tolong delete thread ini

Adapun begitu,Tahukah tuan bahawa arasy ini makhluk? Dan Allah swt ini tidak berhajat kepada makhluk. Jadi,tak mungkin Zat Allah swt yg Qadim berhajat kepada benda yg baharu(binasa).

Takde sesiapa yang mengatakan Arasy itu bukan makhluk dan takde siapa pon yang mengatakan Allah SWT berhajat akan ArasyNYA.

Dalil dari Al-Qur'an dan Hadith menyatakan bahawa Allah SWT istiwa tinggi di ArasyNYA. Takde pulak yang mengatakan bahawa Allah SWT berhajat kepada ArsyNYA untuk beristiwa. Takde dan tak pernah baca pon mana2 ulama yang mengatakan begitu.

Sebaliknya, kamu yang mengandaikan demikian dan mengaitkan sifat2 Allah SWT dengan sifat2 makhlukNYA. Sedangkan Allah SWT bebas daripada syarat2 dan kekangan (berhajat, menempati ruang, tempat dan masa) seperti makhlukNYA.

Maha Suci Allah 'Azza Wa Jalla dari penyerupaan dengan makhluk ciptaanNYA.
 
Ambe ok je sape2 yg bersuara tu cuma ambe katakan td dr 9 yg dilistkan itu, ada yg diragui.. Itu aje..

Ambe stuju wahabi perlu dibendung.. Cuma ambe persoalkn kenapa prlu di 'state'kn tgna.. Itu aje..

Oh. Ok. Macam ni saudara. Sebab TG Nik Aziz itu ulama'. Org yg alim sebab itulah tok guru pondok tegur kerana perkataan yg dikeluarkan oleh TG ini mengelirukan masyarakat dan bersalahan dgn ASWJ. Itu je.

Kami syg ulama'! :D
 
Takde sesiapa yang mengatakan Arasy itu bukan makhluk dan takde siapa pon yang mengatakan Allah SWT berhajat akan ArasyNYA.

Dalil dari Al-Qur'an dan Hadith menyatakan bahawa Allah SWT istiwa tinggi di ArasyNYA. Takde pulak yang mengatakan bahawa Allah SWT berhajat kepada ArsyNYA untuk beristiwa. Takde dan tak pernah baca pon mana2 ulama yang mengatakan begitu.

Sebaliknya, kamu yang mengandaikan demikian dan mengaitkan sifat2 Allah SWT dengan sifat2 makhlukNYA. Sedangkan Allah SWT bebas daripada syarat2 dan kekangan (berhajat, menempati ruang, tempat dan masa) seperti makhlukNYA.

Maha Suci Allah 'Azza Wa Jalla dari penyerupaan dengan makhluk ciptaanNYA.

Huh? Saya tak faham. Saya mengandaikan apa? Pelik ni.... macam dah bercanggah pulak. Apa yg saudara nak bangkitkan? Mohon nyatakan.

Yg lain saya setuju dgn penyataan saudara di atas cuma bila pula sy samakan sifat Allah swt dgn makhluk? Itu pening sikit. :D
 
Mmg best sgt2 ckp org tidak mahu berfikir.. Enko ni mmg hebat sgt2... Kagum betul.. Harap enko pun x sama dgn apa yg ko cakap..

Dr 9 list nama yg enko beri.. Masih terdapat yg enko statekan sbgai ulama yg amat diragui kebenarannya.. Tp xpelah.. Trskn diskusi ini..

Ckp pnjg2 nnt ckp x mahu berfikir.. Huh
maaf tuan...statement saya yang terakhir itu bukan ditujukan untuk tuan...ttp kepada mereka2 yang taksub melampau...harap pencerahan saya ini menjernihkan kembali keadaan...saya tidak ingin mencari cari silap manusia tanpa sebab, apatah lagi menuduh tuan sebarangan...maka khilaf saya disitu, maaf dipinta...

teruskan...
 
Bismillah. Seperti yang kita tahu bahawa benda yg memenuhi ruang dan tempat ini berjirim,berjisim. Apabila dikatakan berjirim,berjisim ini maka ia baharu.

Jika tuhan itu berjirim/berjisim,bertokol maka binasalah tuhan. Sepertimana yg kita tahu, zat Allah swt ini Qadim. Tiada mula tiada akhir. Kekal selama lamanya.

Apabila dikatakan baharu, ia makhluk dan binasa. Betul kan?

Sekali lagi, kamu cuba mengaitkan sifat2 Allah SWT dengan sifat makhlukNYA. Ada sesiapa ke yang mengatakan Allah SWT itu baharu? Maha Suci Allah SWT dari berjisim, berjirim.

Amir Izzat said:
Itu dalil aqli. Adapun dalil naqli,dalam surah apa. Saya lupa. Yg menyatakan Allah swt tak sama dengan makhluk. Andainya saudara tahu,insyaAllah. Semoga saudara kemukakan.

Jadi, disinilah membuktikan ia bersangkutan dan mengukuhkan bahawa Allah swt tidak bertempat. Lagipun, Allah swt bersifat dengan sifat Mukholafatuhulil hawadis.

Sebab itu setiap mukalaf wajib belajar sifat 20 samaada atas kaul Abu Hasan Ashaari atau Abu Mansor Maturidi untuk memudahkan kita faham.

" Awaluddin makrifatulloh ..."

Semoga Allah swt memahamkan saudara.

Semoga Allah SWT memahamkan kamu dan kita semua.

Amir Izzat said:
Sekiranya saya tersalah, mohon saudara memperjelaskan apa yang saudara nak sampaikan. Mungkin saya tersalah. :)

Cuma saya pelik, tadi kata sifat 20 itu bukan dalil. Lepas tu cakap dalil aqli. Pening saya dengan saudara. Sifat 20 ni dalil ke bukan? Hmmmm...........

Adapun saya,tiada langsung ilmu. Mungkin saudara boleh tegur saya. :)

Dalil Naqli adalah dalil2 yang jelas dari alQur'an dan Hadith, sepertimana ayat2 alQur'an berkenaan dengan sifat Istiwanya Allah SWT di ArasyNYA.

Dalil Aqli adalah yang bersumber dari akal pemikiran manusia.
 
Oh. Ok. Macam ni saudara. Sebab TG Nik Aziz itu ulama'. Org yg alim sebab itulah tok guru pondok tegur kerana perkataan yg dikeluarkan oleh TG ini mengelirukan masyarakat dan bersalahan dgn ASWJ. Itu je.

Kami syg ulama'! :D

Tp rs x perlulah dinyatakan TGNA dlm tajuk tu sbb lain mcm bnyinye..

Ambe slalu juga dgr kuliah TGNA.. Ambe rs pemahaman org trhdp isu yg diutarakan berbeza..

Ambe serasa berstuju dgn BlueDream.. Pokok pangkal perbuatan sprti melihat, mendengar dan duduk.. Sudah semestinya berbeza dgn makhluknye.. Teringat pasal kes Allah samseng.. Skiranya kita mendengar ulasan dr TGNA sndiri, ambe bersetuju dgn knyataan TGNA..

TGNA bnyk menggunakan loghat kelantan dlm kuliahnye.. Istilah duduk ngan duk adalah berbeza.. Yg mengulas adakah benar2 memahami apa maksud yg ingin disampaikan oleh TGNA..

Maaf.. Ambe x tgk lg video tu.. Nnt mlm2 nnt ambe cuba ruang masa utk tgk..

Cuma ambe ingin jelaskan disini, ambe bkn wahabi ye.. Huhu
 
Sekali lagi, kamu cuba mengaitkan sifat2 Allah SWT dengan sifat makhlukNYA. Ada sesiapa ke yang mengatakan Allah SWT itu baharu? Maha Suci Allah SWT dari berjisim, berjirim.



Semoga Allah SWT memahamkan kamu dan kita semua.



Dalil Naqli adalah dalil2 yang jelas dari alQur'an dan Hadith, sepertimana ayat2 alQur'an berkenaan dengan sifat Istiwanya Allah SWT di ArasyNYA.

Dalil Aqli adalah yang bersumber dari akal pemikiran manusia.

Ya Allah! Subhanallah!!!

Tuan ada belajar hukum akal yang 3 tak? Susah saya nak terangkan. Saya bukan kata Allah swt itu berjisim.

Tuan sendiri tak paham lalu menilai,saya berkata tuhan berjisim. Saya nak nafikan tuhan itu berjisim(baharu/binasa) kerana kita tahu bahawa Allah swt itu Qadim. Mustahil Allah bersifat spt makhluk maka akal hukum dengan istahalah. Yakni,takda sifat mustahil itu pada Allah swt.

Adapun dalil, saya telah nyatakan keduanya. Cuma dalil naqli,saya tak ingat surah apa. Tetapi ada,yg menyatakan Allah swt tiada serupa dgn makhluk.

Saya nasihatkan tuan baca dengan teliti dan kasih sayang.

p/s: tahu tak hukum akal yg 3? Sebab itu bahaya kalau kita tak tahu hukum akal.... Semoga Allah swt tunjukan jalan kepada kita. :D
 
Huh? Saya tak faham. Saya mengandaikan apa? Pelik ni.... macam dah bercanggah pulak. Apa yg saudara nak bangkitkan? Mohon nyatakan.

Yg lain saya setuju dgn penyataan saudara di atas cuma bila pula sy samakan sifat Allah swt dgn makhluk? Itu pening sikit. :D

Kamu menyatakan bahawa Allah SWT berhajat kepada ArasyNYA apabila dikatakan Allah SWT istiwa di ArasyNYA.

Itu adalah sifat makhluk. Sebagai makhluk, kita berhajat kepada tempat, ruang, jisim, jasad, masa dan lain2.

Tetapi apabila Allah SWT menyatakan bahawa DIA istiwa di ArasyNYA, maka itu adalah kehendak Allah SWT, sesuai dengan caraNYA bebas daripada terikat dengan apa2 syarat sebagaimana kita.

Kita, hambaNYA, makhlukNYA, menerima perkhabaran (sifat2 Allah SWT) ini dengan seadanya TANPA mengandaikan bagaimana, TANPA membayangkannya, TANPA menafikan sifat2 ini dan TANPA menyamakan sifat2 ini dengan makhlukNYA.

Tapi kamu, bila sahaja menjelaskan sifat2 Allah SWT, kenapa dok asyik nak kaitkan dengan makhlukNYA?
 
Back
Top
Log in Register