BTC USD 85,403.1 Gold USD 4,136.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mod: Tolong delete thread ini

Tuan Guru Hj Salleh Pondok Sik Kedah juga ada bersuara. Kami,warga Pondok dah faham dah....

Mujassimah/Wahabi ini perlu dibendung!

Ambe ok je sape2 yg bersuara tu cuma ambe katakan td dr 9 yg dilistkan itu, ada yg diragui.. Itu aje..

Ambe stuju wahabi perlu dibendung.. Cuma ambe persoalkn kenapa prlu di 'state'kn tgna.. Itu aje..
 
tak perlu pening x perlu serabut..yakin yg Allah wujud dengan sifat2 kesempurnaannya cukup la..
 
JEMING HASSAN aktivis R tu kan
bg sy JEMING HASSAN ni.. walaupun kurang arif tapi bawa kearah selesai masalah,, ustaz seorg lg bawah kearah nak pecah belah masyarakat sapa kata org jabatan agama kurang agama sbb tak tangkap nik aziz atau dakwa nik aziz sbb kes dbincangkan... ni lah jadi nya bila isu remeh yg banyak khilaf atau pendapat dbesarkan,, knp tak bincang pasal hukum2 wajib dalam Alquran seperti hudud dimana malaysia menolak hukum itu tapi mgaku ikut aswj,,
 
Baiklah saudara. Ana bukanlah ahli ilmu usuluddin. Ana masih belajar. Ustaz ana pesan satu je " Haram belajar ilmu usuluddin daripada bukan ahli " ..

Pada ilmu hanya yg sedikit ini yg mana ilmu ini Allah swt yg Maha Mengetahui.

Ambe yakin apa yg Guru amba ajarkan. Adapun masalah iktikad dan pemahaman tuan, hanya Allah swt sahaja yang tahu.

Seeloknya tuan bertanya kepada org yg alim. Sekiranya tuan mahu bertanya akan guru ambe, tuan datanglah ke Pondok Pasir Tumbuh Kelantan.

Camner saudara blh tahu dan yakin yg guru saudara dan guru2 kat pondok pasir tumbuh tu adalah "yang ahli" dalam ilmu usuluddin ni? Sekadar nak tahu :D

Dalil? Kena belajar sifat 20. Sekiranya tuan sendiri sudah tolak pengajian sifat 20. Walau ambe jelaskan segunung langit sekalipun, tuan tetap akan cari dalil yg lain.

Seeloknya tuan belajar sifat 20. Aqaidul iman yang 50. Ambe sebagai org bukan ahli tidak mampu menerangkan kepada tuan.

Dalil dalam islam adalah Al-Quran dan Sunnah yg shahih, dengan pemahaman salafussoleh. Kalo sekadar sebut sifat 20 tu, tu bukan dalil :D... Mungkin ianya dalil aqli, tapi dalil naqli mendahului dalil aqli.

Adapun begitu,Tahukah tuan bahawa arasy ini makhluk? Dan Allah swt ini tidak berhajat kepada makhluk. Jadi,tak mungkin Zat Allah swt yg Qadim berhajat kepada benda yg baharu(binasa).

Alhamdulillah, ya, saya tahu. saya dah tulis pun dalam post2 saya kat atas tu. Mungkin saudara terlepas pandang, hehe.

Setuju dengan saudara. Allah istawa atas Arsy, yakni berada tinggi di atas Asry, tanpa melekat pada Arsy. Allah tidak perlukan Arsy, malah Arsy yg memerlukan Allah.

Dzat Allah tidak berada di mana2. Yg berada di mana2 itu adalah ilmuNya, bukan DzatNya. Kalo Dzat Allah ada di mana2, takkan Dzat Allah ada dalam tandas dan tempat2 kotor yg lain kot. Maha Suci Allah dari semua itu.

Wallahu a'lam.

Persoalan tentang ini ada disentuh dalam artikel di bawah. Mohon baca.

http://al-atsariyyah.com/dua-kerancuan-dalam-masalah-keberadaan-allah.html

Actually, Arsy adalah makhluk Allah yg paling besar dan paling tinggi. Segala makhluk yg lain adalah berada di bawah Arsy (bumi, langit, syurga, neraka, dan lain2).



Kerana Arsy adalah makhluk paling besar dan menutupi segala makhluk2 yg lain, ini bermakna "tempat dan ruang" juga berada di bawah Arsy, sebab "tempat dan ruang" adalah makhluk Allah. Jadi, dalil aqli yg mengatakan Allah tidak istawa atas Arsy kerana "tempat dan ruang" adalah makhluk Allah, adalah invalid, sebab "tempat dan ruang" berada di bawah Arsy, bukan di atas Arsy. Dan Allah istawa di atas Arsy (berada tinggi di atas Arsy), tanpa melekat dengan Arsy.

Kalo ada dalil lain tentang Allah tidak bertempat ni (selain dalil "tempat dan ruang"), mohon share lagi.

Wallahu a'lam.
 
Habis itu, Mujassimah kata Allah swt duduk di atas arasy tanpa takwil ayat ini macam mana pula? Ada pula yg kata Allah swt bersila lendik atas arasy,macam mana pula???

Bukanlah duduk itu baharu dan Maha Suci Allah swt bersalahan dengan segala yg baharu.

Duduk itu baharu? Boleh terangkan skit tak, tuan?

Tuan takde komen apa2 ke pasal post saya. Ada kurang2nya 6 ayat al Qur'an yang menyatakan dengan jelas bahawa Allah SWT beristiwa di ArashNYA. Tu tak termasuk hadith2 lagi.

Satu yang saya tak faham, kenapa hendak dikaitkan perkara2 yang Allah SWT sifatkan sendiri akan perlakuanNYA dengan apa yang dibuat oleh makhluk?

Padahal, kamu sendiri yang menyatakan tiada sesuatu yang sama dengan Allah SWT. Tetiba, kamu yang mengaitkan sifatNYA dengan makhlukNYA. Series tak paham.. ~X(
 
Camner saudara blh tahu dan yakin yg guru saudara dan guru2 kat pondok pasir tumbuh tu adalah "yang ahli" dalam ilmu usuluddin ni? Sekadar nak tahu :D



Dalil dalam islam adalah Al-Quran dan Sunnah yg shahih, dengan pemahaman salafussoleh. Kalo sekadar sebut sifat 20 tu, tu bukan dalil :D... Mungkin ianya dalil aqli, tapi dalil naqli mendahului dalil aqli.



Alhamdulillah, ya, saya tahu. saya dah tulis pun dalam post2 saya kat atas tu. Mungkin saudara terlepas pandang, hehe.

Bismillah. Ambe yakin apa yg beliau ajar itu betul mengikut ASWJ. Adapun soal ahli itu,wallahualam. Ustaz ambe ada cakap "dia bukan ahli cuma takdak aroh jah..kalu juppo org hok alim lagih,gi la belajar... " Bercakap atas adab ke apa ke,wallahualam.

Gitu jah.

Baiklah. Berkenaan dalil yg Allah swt tidak bertempat.

Bismillah. Seperti yang kita tahu bahawa benda yg memenuhi ruang dan tempat ini berjirim,berjisim. Apabila dikatakan berjirim,berjisim ini maka ia baharu.

Jika tuhan itu berjirim/berjisim,bertokol maka binasalah tuhan. Sepertimana yg kita tahu, zat Allah swt ini Qadim. Tiada mula tiada akhir. Kekal selama lamanya.

Apabila dikatakan baharu, ia makhluk dan binasa. Betul kan?

Itu dalil aqli. Adapun dalil naqli,dalam surah apa. Saya lupa. Yg menyatakan Allah swt tak sama dengan makhluk. Andainya saudara tahu,insyaAllah. Semoga saudara kemukakan.

Jadi, disinilah membuktikan ia bersangkutan dan mengukuhkan bahawa Allah swt tidak bertempat. Lagipun, Allah swt bersifat dengan sifat Mukholafatuhulil hawadis.

Sebab itu setiap mukalaf wajib belajar sifat 20 samaada atas kaul Abu Hasan Ashaari atau Abu Mansor Maturidi untuk memudahkan kita faham.

" Awaluddin makrifatulloh ..."

Semoga Allah swt memahamkan saudara.

Sekiranya saya tersalah, mohon saudara memperjelaskan apa yang saudara nak sampaikan. Mungkin saya tersalah. :)

Cuma saya pelik, tadi kata sifat 20 itu bukan dalil. Lepas tu cakap dalil aqli. Pening saya dengan saudara. Sifat 20 ni dalil ke bukan? Hmmmm...........

Adapun saya,tiada langsung ilmu. Mungkin saudara boleh tegur saya. :)
 
Duduk itu baharu? Boleh terangkan skit tak, tuan?

Tuan takde komen apa2 ke pasal post saya. Ada kurang2nya 6 ayat al Qur'an yang menyatakan dengan jelas bahawa Allah SWT beristiwa di ArashNYA. Tu tak termasuk hadith2 lagi.

Satu yang saya tak faham, kenapa hendak dikaitkan perkara2 yang Allah SWT sifatkan sendiri akan perlakuanNYA dengan apa yang dibuat oleh makhluk?

Padahal, kamu sendiri yang menyatakan tiada sesuatu yang sama dengan Allah SWT. Tetiba, kamu yang mengaitkan sifatNYA dengan makhlukNYA. Series tak paham.. ~X(

AYAT 7 SURAH ALI IMRAN

﴿هُوَ الَّذِى أَنزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَـبَ مِنْهُ آيَـتٌ مُّحْكَمَـتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَـبِ وَأُخَرُ مُتَشَـبِهَـتٌ فَأَمَّا الَّذِينَ فى قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَـبَهَ مِنْهُ ابْتِغَآءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَآءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلاَّ اللَّهُ وَالرَسِخُونَ فِي الْعِلْمِ يَقُولُونَ ءَامَنَّا بِهِ كُلٌّ مِّنْ عِندِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُواْ الأَلْبَـبِ ﴾

Maksudnya: ” Dialah (Allah) yang menurunkan kepada kamu al Qur’an, daripadanya ada ayat muhkamat(mempunyai hukum yang jelas) yang menjadi asas kitab Al Qur’an, dan yang lainnya ayat mutasyabihat(samar). Maka adapun orang yang di dalam hatinya cenderung kepada kesesatan, lalu mereka mengikut apa yang yang samar-samar daripadanya (ayat-ayat mutasyabihat), bertujuan mencari fitnah dan mencari makna yang lain. Dan tidaklah mengetahui makna sebenarnya melainkan Allah , dan orang-orang yang mendalami ilmu berkata ‘kami telah beriman dengannya(ayat mutasyabihat) , semuanya dari sisi Tuhan kami, Dan tidaklah mengambil peringatan melainkan orang-orang yang mempunyai akal fikiran.”


Saudara kena belajar sifat 20. Adapun saya untuk menerangkan,memahamkan,menerangkan banyak-banyak. Saya tidak layak.

Saudara kena tanya orang yg alim ttg ayat muhkamat dan ayat mutasyabihat. Saya tak mampu utk terangkan. :D

#saya mohon maaf jika saya mengelirukan saudara.
 
bg sy JEMING HASSAN ni.. walaupun kurang arif tapi bawa kearah selesai masalah,, ustaz seorg lg bawah kearah nak pecah belah masyarakat sapa kata org jabatan agama kurang agama sbb tak tangkap nik aziz atau dakwa nik aziz sbb kes dbincangkan... ni lah jadi nya bila isu remeh yg banyak khilaf atau pendapat dbesarkan,, knp tak bincang pasal hukum2 wajib dalam Alquran seperti hudud dimana malaysia menolak hukum itu tapi mgaku ikut aswj,,

Pada pengetahuan saya yang lemah, ini bukan soal khilaf kecil. Ini soal aqidah tuan. Soal aqidah. Soalan pertama dalam kubur, marabbuka,siapa tuhan kamu? Haa..ini asas akidah. Penting.. :D
 
Back
Top
Log in Register