BTC USD 85,307.9 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mod: Tolong delete thread ini

Allah sendiri yg kata Dia istawa atas Arsy. Di Malaysia dan Indonesia, secara umumnya, istawa diterjemahkan sebagai "bersemayam" (blh dikatakan semua Al-Quran terjemahan guna terjemahan kepada "bersemayam" ni). Dan semestinya "bersemayam" ini wajib disucikan dari kesamaan dengan makhluk (yakni, jangan beriktikad yg bersemayam Allah sama dengan bersemayam makhluk).. Actually, saya pun tak setuju dengan terjemahan kepada "bersemayam" ni, tapi at least mereka yg memegang terjemahan ini sudah mensucikannya dari kesamaan dengan makhluk.

Jadi, mungkin di kelantan "bersila lentik" bermaksud "bersemayam". Ianya hanya masalah terjemahan. yg penting, wajib mensucikan sifat tersebut dari kesamaan dengan makhluk.

Saya setuju, mungkin ada yg salah faham kerana penggunaan "bersila lentik" tersebut, dan secara tidak sengaja menyamakan sifat Allah tersebut dengan sifat makhluk. Tu sebab kena terang sampai habis (sampai ke part "wajib mensucikan" tu).

Tentang kes lain tu, wallahu a'lam.

Anyhow, SAWAS tu mende? first time nampak shortform tu :D
maaf, SAWAS itu sama jua dengan SAW...dek kerana dah terbiasa...sallallahu alaihi wa'ala alihi wasahbihi wasallam...
 
Last edited:
Allah sendiri yg kata Dia istawa atas Arsy. Di Malaysia dan Indonesia, secara umumnya, istawa diterjemahkan sebagai "bersemayam" (blh dikatakan semua Al-Quran terjemahan guna terjemahan kepada "bersemayam" ni). Dan semestinya "bersemayam" ini wajib disucikan dari kesamaan dengan makhluk (yakni, jangan beriktikad yg bersemayam Allah sama dengan bersemayam makhluk).. Actually, saya pun tak setuju dengan terjemahan kepada "bersemayam" ni, tapi at least mereka yg memegang terjemahan ini sudah mensucikannya dari kesamaan dengan makhluk.

Jadi, mungkin di kelantan "bersila lentik" bermaksud "bersemayam". Ianya hanya masalah terjemahan. yg penting, wajib mensucikan sifat tersebut dari kesamaan dengan makhluk.

Saya setuju, mungkin ada yg salah faham kerana penggunaan "bersila lentik" tersebut, dan secara tidak sengaja menyamakan sifat Allah tersebut dengan sifat makhluk. Tu sebab kena terang sampai habis (sampai ke part "wajib mensucikan" tu).

Tentang kes lain tu, wallahu a'lam.

Anyhow, SAWAS tu mende? first time nampak shortform tu :D

Bismillah.

Begini saudara.

Betul tu perkataan istawa itu bersemayam@ duduk. Namun ia bukanlah maksud sebenar. Bukan bermakna Allah swt itu duduk di atas arasy. Dalilnya, Allah swt tidak bertempat.

Perkataan duduk itu pun dah menunjukkan baharu.

Kita tak soal aqidah/iktikad TG Nik Aziz sebab dia ulama',orang alim.. Cumanya, perkataan yg dikeluarkan beliau itu syubhah. Masyarakat jadi keliru. Kena faham sini. Tok Guru pondok pun dah lama tau semua ni..

Ringkasnya di bawah.

217824_458321150864895_575317507_n.jpg

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=CMK8iYRnFWQ#at=16

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=b7a5yfsUHwQ

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=GVRoRluWQWo
 
Allah sendiri yg kata Dia istawa atas Arsy. Di Malaysia dan Indonesia, secara umumnya, istawa diterjemahkan sebagai "bersemayam" (blh dikatakan semua Al-Quran terjemahan guna terjemahan kepada "bersemayam" ni). Dan semestinya "bersemayam" ini wajib disucikan dari kesamaan dengan makhluk (yakni, jangan beriktikad yg bersemayam Allah sama dengan bersemayam makhluk).. Actually, saya pun tak setuju dengan terjemahan kepada "bersemayam" ni, tapi at least mereka yg memegang terjemahan ini sudah mensucikannya dari kesamaan dengan makhluk.

Jadi, mungkin di kelantan "bersila lentik" bermaksud "bersemayam". Ianya hanya masalah terjemahan. yg penting, wajib mensucikan sifat tersebut dari kesamaan dengan makhluk.

Saya setuju, mungkin ada yg salah faham kerana penggunaan "bersila lentik" tersebut, dan secara tidak sengaja menyamakan sifat Allah tersebut dengan sifat makhluk. Tu sebab kena terang sampai habis (sampai ke part "wajib mensucikan" tu).

Tentang kes lain tu, wallahu a'lam.

Anyhow, SAWAS tu mende? first time nampak shortform tu :D

Beza antara penggunaan Istiwa', Maha Mendengar dan Maha Melihatnya Allah.

Allah adalah Maha Mendengar dan Maha Melihat... mendengar dan melihatnya Allah adalah dengan cara yg layak bagiNya.

Sekarang timbul satu persoalan... jika Allah Mendengar dan Melihat dengan caraNya... mengapa pula tidak boleh dikatakan Allah Istiwa' (duduk) dengan caranya. Yakni mengapa ayat2 yg mengatakan Mendengar dan MelihatNya Allah merupakan ayat Muhkamat dan mengapa pula istiwa' dikatakan ayat mutasyabihat?

First of all, dalam menangani ayat2 mutasyabihat... kita hendaklah berpegang pada ayat2 muhkamat. Maksudnya jika timbul dua atau lebih ayat dalam AQ yg kelihatan seolah2 bertentangan, ada kemungkinan ayat2 tersebut sama ada jatuh pada pengelasan Zahir dan Hakikat ataupun muhkamat dan mutasyabihat. Apabila ayat2 itu jatuh pada pengelasan muhkamat dan mutasyabihat... maka peganglah maksud muhkamat sementara lalukan saja bacaan mutasyabihat.

Antara ayat muhkamat adalah seperti berikut.

Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
(Asy-Syuura 42:11)

"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
(Al-Ikhlaas 112:4)

Mendengar dan melihatnya manusia adalah memerlukan organ pendengaran dan penglihatan serta medium udara dan cahaya. Apabila dikatakan Allah Mendengar dan Melihat dengan caraNya... tidak ada jalan bagi pemikiran manusia untuk membayangkan caraNya. Tidak memerlukan persentuhan antara yg melihat dan yg dilihat serta tidak pula perlu memenuhi syarat dari arah atau sudut mana2.

Akan tetapi yg dikatakan duduk MESTI memerlukan 2 objek yg bersentuhan dan yg duduk MESTI berada di atas tempat yg diduduki. Tidak dikatakan duduk apabila berada ditepi tempat duduk sahaja. Tidak dikatakan duduk apabila tidak memenuhi 2 syarat di atas. Jadi Istiwa' itu kelihatan seolah2 bercanggah dengan 2 ayat AQ diatas kerana muhkamatnya "Tiada sesuatu yg menyerupaiNya". Apabila dikatakan duduk, terlintas dalam fikiran manusia tubuh badan dan tempat duduk yg memenuhi syarat2 utk dikatakan duduk.

Wallahu A'lam
 
Last edited:
Akan tetapi yg dikatakan duduk MESTI memerlukan 2 objek yg bersentuhan dan yg duduk MESTI berada di atas tempat yg diduduki. Tidak dikatakan duduk apabila berada ditepi tempat duduk sahaja. Jadi Istiwa' itu kelihatan seolah2 bercanggah dengan 2 ayat AQ diatas kerana muhkamatnya "Tiada sesuatu yg menyerupaiNya". Apabila dikatakan duduk, terlintas dalam fikiran manusia tubuh badan dan tempat duduk yg memenuhi syarat2 utk dikatakan duduk.

Wallahu A'lam

Kenapa kita nak paksakan juga pemahaman kita tentang duduk @ istiwa yang Allah SWT beritahu di dalam Al Qur'an dengan cara mahkluk?

Kalau kita boleh menerima bahawa sifat Maha Mendengar dan Maha Melihat Allah SWT adalah dengan caraNYA sendiri dan tidak sama dengan makhluk, begitu juga kita patut terima sifat Istiwa Allah di atas ArashNYA adalah dengan caraNYA sendiri dan SEKALI2 TIDAK SAMA dengan makhlukNYA.
 
Telah dinyatakan dalam post tersebut. Baca slow2.

Tidak dikatakan duduk apabila berada di tepi, di bawah, terapung2 di atas atau tidak berada di tempat duduk.

Mendengar dan melihat tidak memerlukan syarat persentuhan dan syarat arah dan sudut.
 
Betul tu perkataan istawa itu bersemayam@ duduk. Namun ia bukanlah maksud sebenar. Bukan bermakna Allah swt itu duduk di atas arasy. Dalilnya, Allah swt tidak bertempat.

Mohon pihak tuan bawak dalil dari al Qur'an berkaitan pernyataan di atas.
 
Telah dinyatakan dalam post tersebut. Baca slow2.

Tidak dikatakan duduk apabila berada di tepi, terapung2 di atas atau tidak berada di tempat duduk.

Mendengar dan melihat tidak memerlukan syarat persentuhan dan syarat arah dan sudut.

Sapa yang letak syarat2 arah, sudut dan persentuhan tu?

Kenapa nak letak syarat2 tu pada Allah SWT?

Kamu sendiri yang menyamakan sifat2 Allah dengan makhluk ciptaanNYA. Sedangkan Allah SWT bebas dari perkaitan dan syarat2 dari mahklukNYA.
 
Beza antara penggunaan Istiwa', Maha Mendengar dan Maha Melihatnya Allah.

Allah adalah Maha Mendengar dan Maha Melihat... mendengar dan melihatnya Allah adalah dengan cara yg layak bagiNya.

Sekarang timbul satu persoalan... jika Allah Mendengar dan Melihat dengan caraNya... mengapa pula tidak boleh dikatakan Allah Istiwa' (duduk) dengan caranya. Yakni mengapa ayat2 yg mengatakan Mendengar dan MelihatNya Allah merupakan ayat Muhkamat dan mengapa pula istiwa' dikatakan ayat mutasyabihat?

First of all, dalam menangani ayat2 mutasyabihat... kita hendaklah berpegang pada ayat2 muhkamat. Maksudnya jika timbul dua atau lebih ayat dalam AQ yg kelihatan seolah2 bertentangan, ada kemungkinan ayat2 tersebut sama ada jatuh pada pengelasan Zahir dan Hakikat ataupun muhkamat dan mutasyabihat. Apabila ayat2 itu jatuh pada pengelasan muhkamat dan mutasyabihat... maka peganglah maksud muhkamat sementara lalukan saja bacaan mutasyabihat.

Antara ayat muhkamat adalah seperti berikut.

Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) dan Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.
(Asy-Syuura 42:11)

"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
(Al-Ikhlaas 112:4)

Mendengar dan melihatnya manusia adalah memerlukan organ pendengaran dan penglihatan serta medium udara dan cahaya. Apabila dikatakan Allah Mendengar dan Melihat dengan caraNya... tidak ada jalan bagi pemikiran manusia untuk membayangkan caraNya. Tidak memerlukan persentuhan antara yg melihat dan yg dilihat serta tidak pula perlu memenuhi syarat dari arah atau sudut mana2.

Akan tetapi yg dikatakan duduk MESTI memerlukan 2 objek yg bersentuhan dan yg duduk MESTI berada di atas tempat yg diduduki. Tidak dikatakan duduk apabila berada ditepi tempat duduk sahaja. Tidak dikatakan duduk apabila tidak memenuhi 2 syarat di atas. Jadi Istiwa' itu kelihatan seolah2 bercanggah dengan 2 ayat AQ diatas kerana muhkamatnya "Tiada sesuatu yg menyerupaiNya". Apabila dikatakan duduk, terlintas dalam fikiran manusia tubuh badan dan tempat duduk yg memenuhi syarat2 utk dikatakan duduk.

Wallahu A'lam

Saya setuju dengan saudara. Tu sebab saya pun tak setuju penggunaan "bersemayam" tu. Saya lebih setuju dengan penggunaan "berada di atas, tinggi di atas" seperti yg saya tulis dalam post saya yg sebelum ni :D.

Wallahu a'lam.
 
Sapa yang letak syarat2 arah, sudut dan persentuhan tu?

Kenapa nak letak syarat2 tu pada Allah SWT?

Sedangkan Allah SWT bebas dari perkaitan dan syarat2 dari mahklukNYA.

Dalilnya

Tiada sesuatu yg menyerupai Allah

dan

Dia ada sedang segala sesuatu tidak ada <--- bahasa Hakikat
Dia ada "sebelum" adanya segala sesuatu <--- bahasa Zahir yakni Allah tidak tertakluk pada "sebelum" kerana masa juga termasuk yg dikatakan sebagai "segala sesuatu" yakni ciptaanNya.

Tempat atau ruang juga adalah termasuk "segala sesuatu" yakni ciptaanNya.

Kerana Dialah yg menciptakan segala sesuatu.

panjang nak diterangkan...

cukup dululah
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register