BTC USD 83,703.5 Gold USD 4,216.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MITI Lulus Permohonan Tesla Untuk Import Kereta BEV

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,632
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,632
Reaction score
7,745
Points
916
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kini telah meluluskan permohonan Tesla untuk mengimport Battery Eletric Vehicles (BEV) ke Malaysia. Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Tesla akan membuka ibu pejabat, pusat pengalaman dan perkhidmatan serta rangkaian Supercharger. Pada masa yang sama, ianya akan turut mewujudkan peluang pekerjaan bagi tenaga mahir dengan gaji yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul turut memaklumkan kemasukan Tesla telah dipermudahkan oleh MITI melalui pengenalan inisiatif BEV Global Leaders yang bertujuan membantu meningkatkan permintaan BEV dalam pasaran tempatan. Untuk makluman, BEV merupakan kenderaan elektrik yang bergantung sepenuhnya kepada tenaga bateri. Bagi inisiatif yang disediakan oleh MITI ini, dimaklumkan Tesla merupakan pemohon pertama.​

 
Tesla Secara Rasmi Memasuki Malaysia - Akan Membuka Pusat Servis Dan Rangkaian Supercharger

Tesla secara rasmi memasuki pasaran Malaysia dengan ia akan membuka pejabat operasi, pusat servis kenderaan dan juga rangkaian Supercharger mereka. Ini diumumkan oleh Tengku Zafrul, Menteri Perdagangan Antarabangsa menerusi akaun Twitter beliau sebentar tadi.

MITI telahpun meluluskan permohonan Tesla untuk mengimport kenderaan elektrik berbateri (BEV) mereka. Antara rungutan pengguna Tesla di Malaysia selama ini ialah tiadanya sokongan sistem pengecasan Supercharger yang pantas dan menawarkan pengecasan percuma.

Selain pusat servis dan pengecasan, kedai jualan rasmi Tesla juga akan dibuka. Tesla ialah syarikat yang bertanggungjawab mempopularkan kenderaan elektrik di dunia dengan pegangang lebih 60% di peringkat global.

​
 
Laman Web Tesla Mula Paparkan Jawatan Kosong Di Malaysia

Pada Mac lalu, kerajaan telah meluluskan permohonan Tesla bagi mengimport Battery Electric Vehicles (BEV) untuk pasaran tempatan. Dengan pengumuman itu, Tesla akan membuka ibu pejabat, pusat perkhidmatan serta rangkaian Supercharger. Ia sekali gus bakal mewujudkan peluang pekerjaan tenaga mahir untuk rakyat Malaysia. Seiring dengan itu, laman web Tesla kini mula memaparkan jawatan kosong yang tersedia di negara ini.

Antara jawatan yang tersedia termasuk juruteknik sokongan IT, pengambilan pekerja, sokongan perniagaan dan operasi, jualan dan khidmat pelanggan, pengurus stor dan sebagainya. Secara keseluruhannya, terdapat 9 jawatan kosong yang sedang dibuka untuk permohonan, dengan kesemuanya bertempat di Kuala Lumpur. Dengan penyenaraian jawatan kosong tersebut, dijangkakan Tesla akan memulakan operasi di Malaysia tidak lama lagi.

Bagi anda yang berminat untuk membuat permohonan atau mengetahui lebih lanjut mengenai jawatan kosong berkenaan, layari laman web Tesla Career.​

Tesla_Business-Insider.png

Sumber asal Tesla​
 
Back
Top
Log in Register